Thursday, December 8, 2011

Anvar Barsumpah...


Puak-puak pembangkang dikhabarkan telah merancang untuk mengadakan satu debat diantara DS Najib dan juga Ketua Umum Pakatan, Anwar Ibrahim. Kata mereka, tujuan debat tersebut ialah untuk mendapatkan penjelasan tentang kebebasan Akademik dalam negara.

Selain itu, debat tersebut bertujuan untuk melihat bagaimana kebebasan Akademik dapat membentuk pelajar serta Mahasiswa lebih baik. Ia sekaligus dikatakan dapat menyelesaikan segala permasalahan yang timbul akibat dari desakan pelajar untuk menceburi politik.

Kalau melihatkan tujuan debat yang dirancangkan itu, nampak memang baik niatnya. Tapi rasanya kalau debat mengenai Akademik ini, tak perlu DS Najib yang menjadi pemidatonya. Wajar tugas berdebat mengenai isu tersebut diberikan kepada Menteri Pengajian Tinggi kerana beliau lebih arif.

Apa perlunya Perdana Menteri berdebat mengenai isu tersebut jika beliau selama ini mempunyai barisan pemimpin yang dipertanggung jawabkan menangani hal ehwal berkenaan didalam negara? Perlukah DS Najib mengikut rentak pembangkang hanya kerana mereka mahukan populariti mudah?

Mungkin pemimpin pembangkang serta pengikutnya akan menuduh Perdana Menteri sebagai penakut kerana menolak tawaran debat dari mereka. Namun yang sebenar penakutnya ialah pembangkang sendiri kerana melakukan sesuatu perkara yang tak menguntungkan negara.

Lagipun, bagaimanakah mereka yakin Anwar akan berani berhadapan dengan DS Najib untuk berdebat? Takkan lah pihak pembangkang tak menyedari bahawa Anwar amat terkenal dengan sikap penakutnya selama ini?

Kalau hendak bersumpah di masjid dan mengangkat sumpah di Mahkamah pun Anwar tak berani, sanggupkah dia bersedia untuk berdebat dengan Perdana Menteri? Silap-silap haribulan, Anwar akan sekali lagi lari menyorok di Kedutaan Turki sebagaimana yang dilakukan di awal kes Saiful Bukhari dahulu.

Satu nasihat buat Anwar serta pengikut-pengikutnya.., daripada sibuk-sibuk hendak berdebat dengan DS Najib, lebih elok rasanya mereka pergi berdebat dengan rakyat di negeri-negeri jajahan Pakatan. Rakyat disana tertunggu-tunggu bilakah janji-janji manis Pakatan pada PRU12 dahulu hendak ditunaikan.

Tak perlulah puak-puak nak berdebat atau mengadakan segala macam cabaran yang bertujuan membuang masa pemimpin kerajaan. Jangan ingat rakyat tak tahu, Anwar dan pembangkang sengaja mahu mencari populariti murahan dan sengaja nak cari glamour masuk TV dan akhbar.

Inilah jadinya kalau dapat Ketua pembangkang yang malas nak buat kerja. Asyik nak cari jalan mudah untuk terkenal dan popular tanpa mahu bersusah payah. Cuba bayangkan kalau mereka ini diberikan peluang untuk mentadbir negara.., hancur jadinya Malaysia!!

sumber - che_wan/mykmu.net

Sunday, October 9, 2011

Giliran Ustaz Kazim

Pengikut tegar PAS kini memang dah berasap atas bawah dengan Ustaz Kazim ni. Beliau adalah mangsa selepas Dato Harussani. Maka jangan hairan kalau mereka kini dicaci dan dimaki kerana sudah tidak sebulu.

Friday, October 7, 2011

20 Ribu Penyokong PAS



Gambar di atas adalah satu ceramah PAS di Stadium MPSJ, Serdang. Berdasarkan kiraan puak PAS, mungkin hampir 20 ribu orang yang hadir ceramah Hj.Hadi dan rakan-rakannya ini.

PAS sebenarnya sudah ketandusan sokongan melayu. Pada PRU12 dulu pun, PAS,DAP dan PKR mendapat dapat sokongan protes dari penyokong UMNO dan ahli komponen BN yang lain.

Pembangkang yang sebenarnya terkejut dengan kemerosotan sokongan kepada BN waktu itu akhirnya terus melayan ' perasan ' bahawa sokongan rakyat kepada mereka bertambah. PRK selepas itu pula, mereka lebih mendabik dada apabila menang beberapa kerusi.

Namun akhir-akhir ini mereka semakin goyah terutamanya PAS yang nyata hilang sokongan dari pengikutnya sendiri. Mereka sedar PAS hanyalah menjadi bola dalam pakatan, ditendang dan lambung sesuka hati oleh PKR. PAS juga seperti haiwan tunggangan yang dicucuk hidung oleh DAP.

Maka, jangan hairan kalau slogan-slogan islamik kembali dilaungkan oleh PAS. Kasihan kepada pak cik dan mak cik yang sebaya dengan Nik Aziz ditipu hidup-hidup oleh pemimpin mereka yang kononnya bergelar tuan guru dan ulamak. Amat malang juga kepada golongan muda yang boleh tertipu dengan retorik pemimpin yang lidah bercabang dalam PAS.

Friday, September 30, 2011

UMNO Rela Disabotaj

Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategik kerajaan?

APABILA saya diberitahu mengenai maklumat ini saya tidak tahu di mana hendak bermula. Apakah benar maklumat yang saya terima ini?

Jika benar apakah wajar saya dedahkan? Jika saya dedahkan apakah implikasinya? Namun saya tetap berdoa agar maklumat ini salah.

Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan

kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku.

Tapi sebagai penulis, itulah risiko yang harus dihadapi.

Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya.

Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam

kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.

Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata.

Baca seterusnya di SINI


PPUBT - Mengapa musang-musang ini terus dibiarkan bermaharajalela mencarikkan usaha-usaha yang kerajaan telah lakukan selama ini ? Amat malang ianya berlaku di kala UMNO/BN memerintah.

Thursday, September 29, 2011

LGE Tertelan Lidah

Inilah manusia yang orang melayu PAS dan PKR angkat jadi khalifah. Berjayakah pemimpin PAS mentarbiyah LGE atau pemimpin dan pengikut PAS yang dah basah dimandikan dengan air kaki LGE.

Sudah menjadi budaya pemimpin pembangkang memang suka memburuk-burukkan negara sendiri di luar negara. Kalau negara lingkup sekalipun, mereka apa peduli.

Kalau nak tarik pelabur ke Pulau Pinang, janganlah sampai memburukkan negeri yang lain. Atau mungkin lebih suka pelabur luar pergi ke negara jiran mentor kepada DAP ?

Seperti biasa, pemimpin pembangkang akan pusing sampai 360' dan akan menyalahkan TV3,UMNO dan BN. Hatta ditunjukkan bukti, untuk mengaku salah dan minta maaf tidak sama sekali. Memang nyanyuk sungguh LGE cuba nak menegakkan benang yang basah.

Syabas kepada DYMM Sultan Johor yang turut bersuara apabila Johor diperlecehkan sesuka hati oleh LGE yang tak sedar diuntung menjadi warganegara Malysia yang tercinta ini.


Monday, September 26, 2011

Jamuan Hari Raya Pemuda UMNO Bahagian Tapah

Hujan lebat yang turun sebelum majlis pada pukul 3 petang tidak menghalang orang ramai datang ke Dewan Merdeka Tapah untuk menghadiri Jamuan Hari Raya.








Saturday, September 24, 2011

Gambar Penuh Makna


Apa persepsi sesiapa yang melihat kain rentang ini? Ada udang sebalik batu, superimpose, kerja orang UMNO sendiri, puak PAS nak buat sketsa lawak, ini hanya sandiwara atau pun kedatangan PM DS Najib memang diraikan.

Kalau waktu PRK, gambar DS Najib dan kain rentang UMNO selalunya jadi mangsa kemarahan pengikut tegar PAS. Alangkah bagusnya kalau budaya tersebut tiada lagi kalau mereka dapat melihat kain rentang di atas dan berubah dari sikap agresif kepada yang lebih rasional.

Wednesday, August 24, 2011

Tema Dan Logo Hari Kebangsaan Ke-54


Sambutan Kemerdekaan kali ini akan diadakan serentak dengan Hari Malaysia iaitu pada 16 September 2011. Logo 1 Malaysia digunakapakai dengan tema " 1 Malaysia : Tranformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera ".

Dengan izinNya, sudah 54 tahun negara merdeka hasil keringat pejuang dan pemimpin terdahulu. Terlalu banyak pengorbanan mereka untuk mencapai, mengisi dan mengekalkan kemerdekaan negara. Segala yang ada hari ini bukan datang bergolek dan sesiapa sahaja boleh melakukannya. Lihatlah negara Asia Tenggara yang lain, dan sudah tentunya kita patut berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia.

Semoga rakyat tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan retorik pembaharuan yang kabur oleh pembangkang. Halatuju mereka nyata tidak fokus dan sentiasa berubah. Gabungan mereka pula ketara berbeza dan rapuh.

Tuesday, July 26, 2011

Rakyat Bersama PR Di Selangor




Stadium penuh sesak dengan 'rakyat' Selangor sempena pelancaran slogan 'Selangorku'. Diceritakan kerajaan negeri telah mengedarkan 40,000 kupon percuma bernilai RM5 kepada pengunjung untuk membeli makanan dan minuman di gerai-gerai yang disediakan.

Akhirnya, pelancaran majlis tidak lebih kepada ceramah politik yang asyik dengan isu Altantuya,scorpene dan isu-isu basi.

Tahniah rakyat Selangor kerana tidak mudah diperbodohkan oleh pemimpin rakus PR. Tumbangkan Pakatan Retorik di Selangor pada PRU 13 nanti, insyaAllah boleh.

Sunday, July 24, 2011

Lakon Layar Hebat 2011

Sumber -Mingguan Malaysia. Klik gambar untuk besarkan.

Orang nombor 2 PAS kata kena rempuh Land Rover dan Malaysiakini pun siarkan tajuk sadis dakwaan Mat Sabu. Sekarang ni pulak kata Kereta Waja Polis yang langgar dia, alahai penganut PAS, malangnya dapat pemimpin penipu dalam parti yang mendakwa lebih islam dari rang lain. BOS PKR pula macam dah nazak tapi masih boleh berceramah dengan rancak walaupun pakai topang leher. Menipu pulak pasal layanan polis kepada Haji Hadi. Penganut PR masih menganga kena kencing berkali-kali.

Sunday, July 17, 2011

Saya nak tumbuk Anwar - Kamariya


Menurut Kamariya, dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sanggup berulang-alik ke rumahnya di Desa Pandan, Kampung Pandan di sini sejak enam bulan lalu untuk menguruskan persiapan perkahwinan anak perempuan tunggalnya, Rehan Jaharudin, 29.

"Rehan adalah satu-satunya anak saya dan sudah lebih 50 tahun saya menunggu detik manis untuk menyaksikan majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana meriah.

"Selama lebih 20 tahun saya bekerja keras menyimpan wang untuk perbelanjaan perkahwinannya tetapi alangkah kecewanya apabila ia berlangsung dalam suasana muram disebabkan ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan dan Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi seperti 13 Mei 1969," katanya.

Kamariya ditemui pemberita semasa datang untuk mendapatkan khidmat guaman percuma yang disediakan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Bazar Masjid India di sini, hari ini.

Menurut Kamariya, dia menjemput seramai 3,000 tetamu untuk meraikan majlis perkahwinan Rehan dengan menantunya, Mohd. Dzulfikar Mahtar, 29, pada Sabtu lalu di kediamannya tetapi hanya 1,000 orang yang hadir.

Baca lagi

Sunday, July 10, 2011

Raja Drama



BERSIH adalah Drama terkini dan mungkin terakhir. Raja Drama diceritakan dibelasah oleh polis, tapi masih sempat mengutuk pentadbiran DS Najib selepas itu baru dikejarkan ke hospital.

Syabas PDRM kerana berjihad mempertahankan negara dari anasir asing yang ingin melihat sebuah lagi benteng negara islam hancur selepas Mesir dan negara islam yang lain.

Monday, July 4, 2011

Golongan Pondok Menyeru Hentikan BERSIH

Tuan Guru Hj.Abdullah Annajmimelalui kuliah subuh beliau menyentuh tentang Perhimpunan "BERSIH 2.0" yang akan diadakan pada 9/7/201

Sunday, June 26, 2011

Pembangkang Kelu Sehingga Merapu


Selepas Klinik 1 Malaysia,kini Kedai Rakyat 1 Malaysia pula. Tahniah DSN dengan satu lagi langkah mengurangkan beban rakyat.

Kedai 1 Malaysia ini diuruskan oleh Mydin Holdings. Rakyat Malaysia mempunyai pilihan alternatif untuk berbelanja dengan lebih murah terutama mereka yang berpendapatan rendah sudah tentunya memilih harga yang lebih murah berbanding mereka yang mungkin cerewet dengan jenama.

Belum pun sampai seminggu,sudah ada suara sumbang dari puak yang otak mereka tidak mampu membezakan isu-isu yang patut dipolitikkan.

"Alah,label aje 1 Malaysia tapi barang Mydin...", kata Lebai Kaduk.

"Kualiti barang ntah-ntah hancur...", kata Nyonya Tee Po.

Banyak lagi cakap-cakap negatif dari puak yang hanya tahu kondem. Ada yang sampai tahap nak boikot kedai ini. Tapi biasanya mereka inilah yang akan jadi pelanggan tetap, sebagai contoh kereta Proton. Dulu mereka jugalah yang bising mengatakan Tun Mahathir ada saham, sekarang...ntah berapa keturunan mereka masih membeli kereta keluaran Proton.

Syarikat besar yang lain sepatutnya mengambil langkah yang sama kerjasama Mydin dan kerajaan ini dengan mewujudkan rangkaian kedai harga patut mereka sendiri. Ini adalah tanggungjawab sosial kepada rakyat dan membantu usaha kerajaan menangani kenaikan harga barang.

Dengan wujudnya lebih banyak rangkaian kedai harga patut, pihak tertentu yang mempunyai agenda dan suka memanipulasikan harga barang tidak lagi bermaharajalela.

Tuesday, June 21, 2011

Program Kepimpinan Pemuda Dan Puteri


Pada 10 hingga 12 Jun 2011, Program Kepimpinan Pemuda Dan Puteri telah dijayakan di Melaka. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Sohaimi bin Shahadan, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Majlis juga telah mendapat kunjungan mesra dari Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Menteri Besar Melaka.

Saturday, June 18, 2011

Zulkifli Noordin : Saya Berdosa, Perdayakan Syeikh Yusof Al Qaradawi


AIDCNews – 18/06/11 – “Maksudnya beginilah”…kata YB Datuk Zulkifli Noordin yang nampak sangat ikhlas dan berterus terang … “kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik”, ketika diwawancara AIDC, di Bangunan Parlimen, 14 Jun 2011.

“Saya antara orang yang terlibat. Bila kita tengok balik, banyak dosa kita buat dalam benda macam ini. Sampai ulama macam itu pun, kita boleh perdayakan supaya percaya isu Anwar ini isu fitnah, isu Qazaf”, kata bekas salah seorang peguam bela Anwar untuk kes liwat I (1998) yang telah menyesali segala perbuatannya melakukan kesilapan semata-mata untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selalunya lelaki mempunyai ego yang sangat tinggi dan tidak mahu mengakui kesilapan yang telah dilakukan, namun berlainan dengan Zulkifli Noordin, beliau mengakui kesilapannya dan berusaha mencari dan memohon maaf kepada setiap manusia yang telah dipedayakannya.

Malah beliau pernah memohon maaf kerana melakukan kesilapan semasa ucapan di Parlimen, dan berharap kesilapan yang sama tidak dilakukan oleh rakan-rakannya yang lain.

Ini merupakan episod terakhir wawancara bersama Zulkifli, satu sesi temu bual yang sangat bermakna dan pendedahan maklumat sebenar yang belum terdedah selama ini.

Ikutilah wawancara itu sepenuhnya. AIDC

Saturday, June 11, 2011

Tilawah vs Badan Cantik

Pas Kelantan anjur pertandingan badan cantik

KOTA BHARU 9 Jun - Tindakan Pas Kelantan menganjurkan Pertandingan Badan Cantik Mr. Kelantan 2011 mencetuskan pers

oalan mengenai dasar Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri selama ini.

Pas Kelantan yang mendakwa berada di bawah kepimpinan ulama, sebelum ini telah mengharamkan penyertaan wanita dalam pertandingan tilawah al-Quran dengan alasan suara mereka adalah aurat.


Sebaliknya, Pertandingan Badan Cantik itu yang diadakan bersempena Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2011, jelas menunjukkan puluhan lelaki perkasa mendedahkan sebahagian besar tubuh mereka. Malah, pemakaian kain tambahan pada pinggang setiap peserta masih gagal menutup sepenuhnya aurat mereka.

Walaupun pertandingan itu diadakan dalam dewan tertutup iaitu Dewan Jubli Perak dengan setiap pintu masuk dijaga oleh individu berbaju merah tua, ia tetap 'menarik' beberapa penonton wanita yang mengintai-ngintai dari luar dewan.

Lebih menarik, terdapat kain rentang di belakang pentas yang memaparkan wajah dua pemimpin Pas Kelantan iaitu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood.

Kelibat peserta yang 'menayang' badan mereka di bahagian luar belakang dewan, turut mencetuskan persoalan mengenai peraturan berpakaian menutup aurat di khalayak yang dilaksanakan oleh kerajaan Pas selama ini.

Selain pertandingan badan cantik itu, beberapa acara lain yang diadakan bersempena sambutan tersebut ialah karnival sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), pertandingan gusti lengan, perarakan berkuda, bola sepak, perarakan bermotor 'Yang Berhormat Exco Belia Kita' dan anugerah Tokoh Anak Muda Kelate 2011.

Sambutan selama dua hari dengan tema 'Anak Muda Kelate Bermaruah' dan 'Memperkasakan Kerajaan Islam Kelantan' itu, turut menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa komputer riba sebagai tarikan kepada pengunjung.

........................................................................................................................................

PPUBT - Dulu Jom Heboh dan konsert tak dibenarkan di Kelantan. Peserta wanita Tilawah Al Quran pun gigit jari tak boleh nak turut serta. Kini, Jom Heboh,konsert dan yang terbaru Badan Cantik sudah pun dihalalkan oleh PAS. Nasib peserta wanita untuk menyertai Tilawah pulak nanti agaknya bagaimana ?

Friday, May 27, 2011

Cerita Tentang Mufti Perak


Selain dari digelar Haramsani, Mufti Perak juga digelar Mufti Pasir Berdengung dan macam-macam lagi mengikut sedap kepala lutut penceramah PAS yang kononnya nak menegakkan islam.

Mendoakan kesejahteraan Lim Guan Eng dan macam-macam karut lagi yang pemimpin dan ahli PAS sanggup buat demi memuaskan kebencian mereka kepada UMNO.

Yang kelakarnya, mereka lupa ahli-ahli PAS yang bekerja dengan kerajaan dan kerajaan negeri Perak pula apa status sumber rezeki mereka ? Begitu juga dengan kerajaan negeri Pakatan, adakah sumbernya bersih dari segala kekotoran, negeri Kelantan bagaimana ?

Tuesday, May 24, 2011

Larang artis tidak bermoral tetapi bagaimana pula orang politik?

Hassan Mohd. Noor - Utusan Malaysia

BULAN lalu, Kerajaan Negeri Selangor dilaporkan melarang artis sama ada tempatan mahu pun luar negara yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral mengadakan persembahan terbuka di negeri pentadbiran trio 3P - DAP-PKR-Pas.

Kenyataan berkaitan dikeluarkan oleh Exco Selangor, Dr. Hassan Mohd. Ali yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Beliau dilaporkan sebagai berkata: “Kita tidak akan memberi ruang (adakan sebarang persembahan) kepada artis sedemikian kerana perlakuan kurang bermoral yang dilakukan sebelum ini dilihat akan memberi kesan negatif kepada golongan muda terutamanya yang menjadikan artis sebagai idola mereka.

“Kita bimbang para remaja akan terikut-ikut perlakuan artis tersebut dan sekali gus menyebabkan perlakuan sumbang di kalangan remaja meningkat di Selangor.

“Oleh itu dengan cara seperti ini, ia sedikit sebanyak dapat membendung kegiatan sedemikian daripada terus merebak,”.

Beliau merujuk kepada perihal yang melibatkan penyanyi Indonesia, Kris Dayanti yang mengaku hamil empat bulan walaupun baru berkahwin empat minggu sebelumnya.

Kata Hassan lagi: “Apa yang dilakukannya (mengandung luar nikah) itu adalah berdosa dan haram di sisi agama dan ini bukan contoh yang patut dicontohi oleh mereka (masyarakat).

“Kita tidak mahu anak-anak muda kita terlalu mengagung-agungkan personaliti seperti itu,”.

Kenyataan itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada golongan artis.

Siapakah yang dimaksudkan artis yang tidak bermoral itu? Apakah yang dimaksudkan aktiviti tidak bermoral? Moral sinonim dengan akhlak, budi pekerti, budi bahasa, kesopanan, kesantunan, sopan santun, ketertiban, adab dan baik perangai.

Maka apakah definisi moral yang mahu ditekankan oleh kerajaan Selangor dalam menjaga generasi muda? Sudah tentu moral tidak terbatas kepada hubungan luar nikah sahaja sebaliknya aktiviti lain seperti melakukan aksi lucah, rogol, ketagihan arak, dadah dan sebagainya.

Hasrat kerajaan negeri itu memang dialu-alukan bagi membendung anak-anak muda daripada terjebak ke dalam kancah yang tidak diingini. Tetapi adakah mengharamkan artis terlibat mengadakan persembahan akhirnya hasrat murni tersebut tercapai? Adakah dengan melarang mereka yang ‘tidak bermoral’ ini mengadakan persembahan dapat membantu kerajaan negeri melahirkan insan berakhlak mulia?

Hiburan hanyalah salah satu daripada bidang yang sedikit sebanyak boleh mendorong anak-anak kita tidak bermoral. Hakikatnya masih banyak saluran lain yang akan mendorong anak-anak muda terjebak dalam kegiatan yang tidak diingini. Jika artis tidak bermoral dilarang ‘masuk’ Selangor tetapi mereka mungkin muncul di televisyen, Internet, kelab malam, pusat hiburan dan pelbagai sumber lain di mana-mana saja.

Inilah hakikat yang harus diterima. Maka larangan seumpama itu tidak akan memberi kesan yang besar sebaliknya sekadar menjejaskan ‘periuk nasi’ artis.

Bagaimanapun persoalan yang lebih besar kenapa sekadar hiburan dan artis? Bagaimana pula bidang lain? Dalam politik juga ada individu yang tidak bermoral.

Bagaimana jika artis yang didakwa tidak bermoral akhirnya ‘insaf’ dan menyertai parti politik lebih-lebih lagi Pas atau PKR? Adakah ketika itu dosa mereka diampunkan, menjadi ‘bersih’ seperti kain putih dan boleh muncul di pentas tetapi kali ini di pentas politik?

Sama ada hiburan atau politik, usahlah ‘memilih bulu’. Janganlah apabila melibatkan orang politik, maka kita akan berkata, itu hak peribadi. Sama ada aktiviti tidak bermoral itu melibatkan nafsu peribadi, untuk simpanan atau koleksi peribadi tetapi apabila ia tersebar luas melalui Internet dan sebagainya maka ia secara tidak langsung boleh dianggap terlibat dalam aktiviti tidak bermoral. Begitu juga orang politik turut terlibat dalam rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya.

Adakah atas nama politik, perbuatan mereka ini boleh dimaafkan? Adakah kerana politik, mereka yang tidak bermoral ini akan terus diberi tempat - memegang jawatan dalam kerajaan, dibenarkan berceramah malahan menyampaikan khutbah Jumaat?

Artis dan ahli politik adalah manusia. Pengaruh bukan sekadar datang daripada orang seni tetapi juga orang politik. Orang muda juga berminat dalam politik. Adakah membiarkan orang politik yang tidak bermoral, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya muncul di pentas poltik, maka kesannya jauh berbeza berbanding melibatkan anak-anak seni yang didakwa tidak bermoral?

Kerajaan negeri perlu adil dan tidak bersikap double standard. Kenapa ahli politik yang tidak bermoral tidak dikenakan tindakan yang sama seperti dihadapi artis? Kenapa tidak diharamkan sahaja mereka daripada muncul di pentas politik?

Dalam politik, ramai penceramah yang tidak peduli soal adab sopan. Selak pernah menulis mengenai isu berkaitan di bawah tajuk Selak, dedah, londeh jadi mainan politik; Berbaloikah provokasi sesama insan hanya sekadar mencari undi?; Hilang adab sopan apabila ‘dibogel’ ‘dilondeh’ dalam blog; Apabila mulut mula berkata-kata, kemesraan pun hilang.

Seolah-olah sudah lumrah penceramah parti politik tertentu, banyak ceramah mereka mengaibkan orang, menghina, memaki hamun, mencarut dan macam-macam lagi. Adakah wajar penceramah seperti ini dibenarkan terus berceramah?

Di samping artis dan ahli politik tidak bermoral, niat murni kerajaan negeri tidak akan ke mana jika sumber lain yang menyumbang kepada gejala tidak sihat gagal dibendung. Kemunculan rumah urut haram, pusat hiburan yang berselindung di sebalik aktiviti tidak bermoral termasuk pelacuran dan macam-macam lagi juga mendorong anak-anak muda terlibat dalam kegiatan tidak diingini.

Maka Kerajaan Negeri Selangor perlu melihat semula pelbagai sumber yang mendorong kegiatan tidak bermoral ini. Jangan sekadar mencari silap orang lain.

Saturday, May 14, 2011

Bikin Filem


Kita jijik betul dengan kelakuan Anwar mengarahkan anaknya Nurul Izzah membuat lapuran polis mendakwa adanya cubaan untuk menculik dan mengapa-ngapakan cucunya. Kita yakinlah ini semua arahan Anwar sebab taktik reka cerita untuk dapat simpati ini dah banyak kali diguna Anwar sehingga kita boleh baca dengan mudah.

Peliknya pulak sejak kes video lucah yang ramai yakin dia adalah pelakunya tersebar luas, macam-macam hal yang ditimbulkan Anwar. Dari cubaan membunuhnya dengan cara mensabotaj kereta sehingga kepada konon cubaan nak culik cucu.

Dan demi nak menyokong dakwaannya itu, kisah tragis kehilangan kanak-kanak bernama Sharlene Mohd Nashar dikaitkan pula dengan ‘cubaan’ nak culik cucu ini. Anwar masa rangka ‘drama’ ni tak fikir pasal perasaan keluarga mangsa ke?

Apa Anwar dah habis strategi lagi dah ke sampaikan cucu pun nak diseret sekali dalam masalah video seksnya?

Kenapa kita kata video seks? Sebab sejak video seks ini tersebar dan Anwar semakin hari semakin jelas sebagai pelaku di dalamnya, semua permasalahan ini berlaku. Daripada cubaan bunuh dengan cara sabotaj kereta sehinggalah nak culik cucu pula.

Semua ini tak nampak ada motif yang jelas kenapa ada orang cuba nak bunuh Anwar dan culik cucunya. Kalau nak buat, dari sejak Anwar keluar penjara dah buat dah. Soalannya kenapa sekarang?

Dan satu soalan lagi, kenapa sejak Anwar tersepit dengan hal videok seks ini saja yang semua ini terjadi?

Realitinya, karier politik Anwar dah hancur sejak video lucah mengandungi mukanya ini tersebar. Dan kita jangan lupa, ada banyak lagi yang akan tersebar selepas ini kerana tabiat Anwar, kalau dia percayakan satu orang, tiada apa yang akan disurukkan daripada orang tersebut, termasuklah Eskay.

Dan bila Eskay dah berpaling tadah ni, Anwar tahu dia ada masalah besar!!

Tapi takkanlah sampai nakseret cucu sekali masalah ni? Hina dan jijik betul Anwar ni, bukan setakat tak layak jadi datuk, malah tak layak jadi manusia pun.

Sejak kes video seks ini, Anwar bukannya semakin kuat, malah semakin lemah. Buat apa nak bunuh dia? Dia memang dah hancur pun.

Penulis minta agar rakyat tidak terpedaya dengan cerekarama (cerita rekaan ramai) Anwar ini. Cukup-cukuplah kita diperdayakan dengan pelbagai jenis pembohongan Anwar sebelum ni, dari arsenik, virus HIV sampailah sekarang.

Semua pun bohong belaka.

Sumber - mykmu

Monday, May 2, 2011

Sesumpah Yang Takut Bersumpah

Lidah bercabang yang mahu jadi Perdana Menteri Malaysia. Sungguh malang ada generasi muda yang tidak tahu hujung pangkal dan sejarah politik Anwar tetapi sibuk mempertahankan dan menyanjungnya.

Generasi muda perlu lebih rajin mencari dan mengkaji sejarah politik negara sebelum menyondol membenci kerajaan.

Video ini adalah untuk anda mengenali secara ringkas tentang Anwar dan sumpah yang cuba dia elakkan.

Thursday, April 28, 2011

Tahniah Dan Syabas Melayu PAS

Tahniah dan syabas kepada barisan kepimpinan PAS kerana memudahkan usaha UMNO untuk menyatu padukan orang melayu dengan kembali menyokong perjuangan murni UMNO. Orang melayu sudah kembali menyokong perjuangan UMNO walaupun melayu tegar PAS masih berdolak dalik.

Tindakan kepimpinan PAS yang rela hati untuk diperbodohkan dan menjadi korban dalam Pakatan sememangnnya memalukan. Akhirnya melayu semakin sedar wajah sebenar PAS yang dulunya dicanangkan parti yang kononnya menegakkan Hukum Allah.

Mereka yang dulunya terlampau fanatik dan sensitif dengan perjuangan islam kini tersungkur di kaki DAP dan Anvar. Tembelang DAP dan PKR pula semakin nyata dan PAS terperangkap didalam lubang biawak. Ditelan mati emak, diluah mati bapa.

Dengan izin Allah jua, PAS kini terpaksa mendukung biawak hidup dan menanggung malu. Mereka masih menunggu ketetapan takdir yang mengikut selera perut mereka. Tidak pula mereka bermuhasabah, mungkin apa yang sedang berlaku kini adalah ketetentuan Allah. Adakah mereka berharap sangat solat-solat hajat yang mereka buat perlu terjadi keburukan kepada UMNO ?

PPUBT yakin masih ada melayu yang waras dalam PAS yang jauh dilubuk hati mereka sedar betapa PAS menyimpang jauh perjuangan yang sebenarnya adalah retorik semata. Marilah bersama UMNO berjuang demi agama,bangsa dan tanah air tercinta serta mengeratkan silaturahim umat melayu di Malaysia.

Tinggalkan PAS dan biarkanlah PAS berkubur seperti mana parti serpihan yang hanya merugikan agama dan bangsa. Melayu dalam PKR hanya melukut dan telah ramai yang kembali kepada UMNO.

Orang melayu perlu bersatu padu untuk menyanggah pembangkang yang tak sedar diuntung, tidak kira dalam BN mahupun Pakatan.

Kepada orang melayu PAS,PKR dan atas pagar yang telah sedar pentingnya perpaduan melayu,tahniah dan syabas.

Thursday, April 21, 2011

Bebal Tahap Kronik

Apa agaknya yang membuatkan melayu islam PAS cukup lembut dan mudah benar bertolak ansur dengan DAP ?

Kronik sungguh dendam kesumat kepada UMNO sehinggakan sanggup bersekongkol dengan parti seperti DAP hanya untuk mejatuhkan sebuah parti islam yang memimpin parti lain untuk memerintah, sedangkan mereka nyata tidak mampu mengantikan UMNO menjadi tonggak dalam Pakatan.

Retorik tentang perjuangan islam mereka terus dijual kepada orang melayu disurau dan masjid. Berhadapan dengan DAP pula, nada islam yang lebih lembut dan lebih liberal disuarakan. Pantang sekali kalau slogan seperti Negara Islam ditimbulkan dihadapan Karpal Singh.

Lihat,faham,fikir dan kita renungkan apa punya jenis melayu PAS dalam video ini. PAS yang hanya menjadi 'pemecah undi melayu' harus kita tentang habis-habisan dan kita berusaha agar semua melayu kembali bersatu dalam UMNO yang lebih berpotensi menjadi pemerintah.




Wednesday, April 13, 2011

Soalan Yang Patut Rakyat Sarawak Renungkan

1. Kalau tempoh perkhidmatan Taib Mahmud dengan tempoh Lim Kit Siang, Karpal Singh, Hj Hadi dan Nik Aziz dalam politik, siapa sebenarnya yang lebih lama?

2. Kekayaan Taib Mahmud menjadi isu, tetapi jika bandingkan kekayaan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibarhim) dan Azmin Ali, siapa sebenarnya lebih diragui punca kekayaannya?

3. Isu Teoh Beng Hock, siapa sebenarnya yg untung bila dia mati? Siapa yg hendak sembunyikan rahsia yang diketahui Teoh Beng Hock? Adakah kerajaan Sarawak, SPRM, Kerajaan PKR Selangor, Khalid Ibrahim atau DAP yang untung? Maka tidakkah lebih munasabah Teoh dibunuh oleh mereka ini?

4. DS Najib sudah membuktikan janji-janji beliau, dan masih berusaha lagi. Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya belum lagi membuktikan apa sumbangan kepada rakyat di Sarawak.

5. Janji isu tanah selesai dalam masa 1 tahun Pembangkang. Lihatlah apa terjadi kepada penduduk Kg Buah Pala di Pulai Pinang..bukankah dulu Anwar berjanji akan selesaikan masalah Kampung itu sebaik sahaja menang pilihanraya?

6 .Janji Pas tentang agama Islam, berapa kerusi Pas bertanding di Sarawak? Apakah Pas akan jadi dominan dalam pakatan nanti kalau begitu?

7. Apakah Pas berniat hendak melaksanakan hudud di Sarawak ataupun kerana hendak meruntuhkan kepimpinan Islam di negeri ini?

8. Kenapa PKR begitu tamak bertanding di tempat yang sepatutnya diberikan kepada SNAP? Awal awal lagi mereka sudah mula memperkecilkan kepimpinan pembangkang tempatan dan mengutamakan kepimpinan parti daripada semenanjung untuk memerintah Sarawak.

9. Kenapa ketua umum PKR tak nak bersumpah, tak nak bagi DNA, tak tunjuk jam Omega, tidak mahukan Suruhanjaya Penyiasat. Jika Anwar tidak bersalah mengapa perlu takut?

10. Pihak mana lebih jujur kepada rakyat Sarawak dan tidak perlu berkempen memburuk-burukkan lawan sehingga menimbulkan fitnah???

rajahmas.blogspot.com

Sunday, April 10, 2011

1 Malaysia Yang Di Israelkan

Kalau orang biasa memakai pelekat,baju,rantai kunci dan lain-lain benda yang ada lambang 1 Malaysia, sudah tentu akan dipandang sinis. Puak lebai dan penyokong tegar pembangkang ini cukup alahan dengan slogan dan simbol 1 Malaysia. Konsep 1 Malaysia juga ditohmah ada kaitan dengan Israel, APCO dan sewaktu dengannya. Apa pula hendak ditafsirkan gambar-gambar berikut mengikut akal sempit puak pembangkang, superimpose atau Nik Aziz telah dibeli ?

Tuesday, April 5, 2011

Ahli Pakatan Terkucil Tak Ketahuan



Sudah gempar di Facebook dengan klip video panas Bos Pakatan yang pada awalnya tersebar di Youtube. Klip di Youtube telah di flag sudah tentunya dari penganut pembangkang yang malu dengan kebenaran yang bakal terbongkar. Namun di Facebook ianya masih boleh ditonton dengan aplikasi Facebook.

Maka ramailah penganut-penganut tegar pembangkang cuba menegakkan benang yang basah. Pipi tak sama,perut buncit dan tetek macam orang tua,video hitam putih dan macam-macam cara mereka mempertahankan Bosnya.

Belum pun mereka tatap video penuh, dan hanya screen shot video, sudah macam-macam analisis yang mereka cipta di FB,forum dan blog. Bagaimana pula agaknya kalau lebih banyak video yang bakal menyusul selepas ini yang mungkin lebih jelas ?

Analisis bodoh ini jugalah yang mereka hamburkan dengan siri pendedahan melalui vcd pada tahun 2001 dan tersebar kemudiannya di Youtube. Aksi berdangdut,didalam penjara,perbualan telefon dan lain-lain semua mereka sanggah seolah susah untuk menerima kebenaran.

Presiden dan PAS yang patut malu kerana terang-terang diperbodohkan oleh Bung Nuar yang menjerumuskan PAS dalam kekalutan yang amat memalukan. Mereka tidak ambil ikhtibar dari cerita kesombongan Iblis. Akhirnya, solat hajat yang selalu dibuat oleh melayu PAS dan PKR agaknya terjawap juga.

Analisis menarik tentang video hitam putih di sini

Friday, March 25, 2011

Melayu Pendatang


Inilah wajah sebenar parti DAP, yang mana ada melayu menjadi ahli. Bagi PAS pula, hanya dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang ingin mencontohi khalifah Umar Abdul Aziz sudah cukup mengatakan mereka telah berjaya mentarbiah DAP. Sedangkan, perjuangan DAP jelas menolak bukan sahaja penubuhan negara islam malahan pernyataan rasmi yang mengatakan Malaysia sebuah negara islam yang dibuat oleh Tun Mahathir di parlimen satu waktu dulu. Begitu juga soal ketuanan melayu dan institusi beraja.

Apa nak dikata, ahli tegar PAS sanggup bersekongkol dengan puak DAP hanya untuk menjatuhkan sebuah parti orang melayu islam yang memerintah sedangkan mereka belum tentu dapat menjadi ketua dalam pakatan. Dalam kepala ahli tegar PKR pula hanya untuk menjadikan Bung Nuar sebagai PM tak kira berapa kali mereka ditipu dan ditipu.


Monday, February 28, 2011

Maulidur Rasul Kampung Tekal


Malam tadi, sewaktu berlangsungnya majlis sambutan Maulidul Rasul di kampung Ustaz Syed Ibra’ sendiri, iaitu di Kuala Tekal turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa guru pengajian Mesir... Mereka merupakan sahabat Ustaz Syed Ibra’

Gambar-gambar sekitar majlis disini.

Tuesday, February 8, 2011

UMNO Perak Edar 1 juta CD


IPOH 7 Feb. - Pergerakan Pemuda UMNO Perak akan mengedarkan satu juta cakera padat (CD) bagi menjelaskan pembohongan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai isu ancak.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Khairul Azwan Harun berkata, pengedaran CD dalam tempoh terdekat ini bagi membolehkan rakyat mengetahui gambar dan cerita sebenar isu ancak yang diputar belitkan oleh Nizar itu.

Beliau berkata, isu ancak yang dibangkitkan Pas Perak itu jelas merupakan satu fitnah dan pembohongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk mengelirukan rakyat.

"Kita mempunyai gambar yang menunjukkan majlis itu bukan ancak kerana ada kenduri kesyukuran oleh penduduk kampung apabila membina rumah baru.

"Nizar dan pembangkang turun ke kampung berceramah dan mengedar risalah berbaur fitnah ke atas Zambry walaupun majlis yang dihadiri Menteri Besar empat bulan lalu di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar bukannya ancak.

"Isu itu pernah dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang lalu dan telah dijawab oleh Zambry, tetapi Nizar masih tidak berpuas hati dengan masih menuduh Zambry dengan isu berkenaan," katanya pada sidang akhbar di bangunan UMNO Perak di sini hari ini.

Khairul Azwan berkata, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah menjelaskan tentang kehadiran Menteri Besar pada majlis itu tidak bertentangan dengan akidah.

Menurutnya, Nizar sengaja membangkitkan isu tersebut semata-mata bagi mengelak isu beliau yang pernah memegang lilin dalam satu upacara diketahui sedangkan perbuatannya itu dilarang di sisi agama.

...................................................

PPUBT - Sudah tiba masanya UMNO melalui jentera parti turut membuat serangan untuk menangkis dakyah politik kotor pembangkang. DS Najib sendiri telah lama menyatakan agar UMNO perlu agresif dan tidak terlalu defensif. Kenapa harus membiarkan pembangkang seperti di Perak menjaja fitnah kepada rakyat Perak.

Kalau kita bersolat Jumaat di Masjid Besar Ipoh tentu kita akan lihat gerai-gerai diluar masjid bersebelahan medan selera yang sentiasa menjual VCD ceramah-ceramah politik pembangkang. Tindakan UMNO Perak amatlah wajar. Jangan kita hanya mengharapkan bloggers untuk menerangkan isu atau menyerang pembangkang. Mereka yang tiada talian internet juga adalah penting untuk kita dekati.

Seperti isu pemecatan Anwar Ibrahim dimana VCD diedarkan kepada rakyat Malaysia sebagai penerangan tindakan kerajaan ketika itu. Sedikit sebanyak dapat meredakan kemarahan rakyat ketika itu yang dibakar oleh gerakan reformasi. Tindakan pro aktif sangat penting supaya negara kita tidak menjadi seperti negara Thailand,Mesir dan lai-lain lagi. Apabila nasi sudah menjadi bubur, tak perlu kita kesali lagi.

Thursday, February 3, 2011

PAS Akan Berjihad Ke Mesir

Krisis Di Mesir: Utamakan Bawa Pulang Yang Sokong Umno Terlebih Dahulu

Mengikut laporan terdapat 11,300 orang rakyat Malaysia sedang terperangkap di Mesir yang sedang dilanda krisis sekarang. Boleh dikatakan 70-80 % antara mereka adalah pelajar.

Sepertimana yang kita tahu, semalam Kerajaan BN telah mula menghantar bantuan kepada mereka. Baik makanan atau pengangkutan untuk mereka pulang.

Untuk mengangkut mereka pulang bukan kerja yang senang kerana jumlahnya terlalu ramai dan ditambah pula dengan keadaan trafik udara yang sendat di Cairo sekarang.

Sekiranya 11,300 orang itu semuanya mahu diangkut pulang ke Malaysia, maka kita memerlukan 28 buah pesawat Boeing 747 yang boleh memuatkan lebih kurang 400 penumpang untuk satu penerbangan.

Itu jika kita guna B747, kalau gunakan Airbus selain dari A380 maka jumlahnya penumpang kurang dari 400 orang lagi untuk satu-satu penerbangan.

Dalam situasi sekarang mana kita nak cari pesawat sebanyak itu untuk mengangkut mereka pulang ?

Kalau semua pesawat MAS dan Air Asia hendak digunakan untuk misi tersebut maka habislah jadual penerbangan di negara kita jadi kucar-kacir kerana tidak cukup pesawat.

Dari segi kos pula, ianya bukan kecik anak punya kos. Pesawat terpaksa pergi kosong dari KLIA ke Cairo yang memakan masa 9-10 jam kemudian ambil mereka dan balik ke KLIA pula, makan masa yang sama juga.

Majoriti pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Mesir adalah penyokong-penyokong Pas. Disana boleh dikatakan kilang untuk melahirkan pemimpin-pemimpin Pas.

Oleh yang demikian saya mencadangkan kepada Kerajaan BN , jika hendak hantar pesawat untuk angkut mereka pulang, pastikan beri keutamaan kepada pelajar-pelajar yang menyokong Umno dan BN terlebih dahulu. Jangan pedulikan mereka-mereka yang menyokong Pas. Biarkan mereka melalak-lalak, utamakan orang kita terlebih dahulu.

Orang-orang seperti mereka tidak perlu diutamakan untuk diberi pertolongan. Waktu mereka susah baru mereka ingat nak minta tolong kerajaan. Waktu senang merekalah yang menjadi barua-barua menghentam kerajaan.

Selama ini mereka-merekalah yang sering menghentam Kerajaan BN kononnya zalim, rasuah dan sebagainya sedangkan dalam masa yang sama mereka menikmati pelbagai kemudahan untuk pergi belajar disana.

Kerajaan tolong pun mereka tetap kata kita zalim. Sekarang adalah lebih baik kerajaan jangan tolong. Biar kerajaan jadi benar-benar zalim kerana apa yang kerajaan buat baik selama ini pun mereka tak hargai.

Beri keutamaan kepada orang-orang kita terlebih dahulu sebagai menghargai sumbangan mereka selama ini. Jangan sesekali susukan kera di hutan.

Bila susah baru ingat kerajaan. Pergilah minta bantuan denganKERAjaan Kelantan. Minta Nik Aziz sewa pesawat dari mana-mana negara untuk angkut kamu semua pulang. Jangan nak menyibuk minta bantuan Kerajaan BN.

Semalam saya juga diajak oleh Datuk Azeez untuk ke Cairo bagi membantu apa yang patut,tetapi saya tak dapat mengikutinya kerana ada kerja lain.

Saya tanya Datuk Azeez, nak pergi tolong orang Pas ke ? Dia jawab nak tolong semua tak kira Pas atau Umno kerana arahan PM supaya tolong kesemuanya.

Akhirnya orang Umno yang dikatakan jahiliah juga yang tolong, mana dia pemimpin Pas ? kenapa tak pergi tolong orang-orang mereka ?

Rombongan sukarelawan yang diketuai oleh Datuk Azeez berkumpul di LCCT sejak jam 3 petang semalam untuk bertolak ke Cairo. Sejam ke sejam penerbangan ditunda. Sehingga jam 11.00 malam tadi mereka masih belum dapat 'clearance' lagi dari pihak berkuasa penerbangan Mesir untuk berlepas ke Cairo. Dengar cerita mereka dah lunyai sekarang ini kerana dah 10 jam duduk menunggu di LCCT untuk berlepas ke Cairo.

Semuanya kerana kesesakan trafik udara dan lapangan terbang disana kerana semua orang nak keluar dari Mesir dan secara kebetulan pula Air Asia tiada hak mendarat di Mesir. Itulah yang membuatkan kerja semakin susah.

Ada sesetengah beruk yang yang tak faham duduk melalak dalam blog kononnya kerajaan lambat bertindak. Dia tak tahu yang kerajaan sedang bersusah payah berusaha. Apa kau ingat nak pergi angkut orang kat Chow Kit dan bawa ke Petaling Street ke ? Kalau rasa Pas terror sangat pergilah ambil sendiri bawa balik. Bercakap berdegar-degar , tapi habuk pun tarak.

sumber - RBF
..............................................................................

Lebai PAS di sini menyokong gerakan rusuhan untuk menjatuhkan Hosni Mubarak, lebai-lebai muda yang bakal menggantikan barisan kepimpinan PAS pula dah kecut perut di sana untuk pulang ke Malaysia bumi bertuah ini. Tak perlu pulang,inilah masanya untuk berjihad untuk menegakkan daulah islamiah (konon) di sana....ada berani ke ?!

Thursday, January 27, 2011

PAS Sanggup Mati Demi Kerpal


Malang sungguh pemimpin dan pengikut PAS meletakkan maruah mereka ke tahap ini. Dari sebuah parti yang kononnya lebih arab dari orang arab suatu waktu dulu, kini ideologi PAS menjadi cair hanya kerana godaan DAP dan PKR.

Kalau dulu mereka cukup gembira menghina UMNO menjalinkan kerjasama dengan parti bukan islam, siapa sangka PAS kini lebih hina apabila tersungkur di kaki pemimpin PKR dan DAP sambil menjilat kembali fatwa dan hukum yang mereka lontarkan kepada UMNO. Terang-terang mereka diperkudakan oleh dalam Pakatan Rebah. Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui.

Monday, January 24, 2011

PAS Kini Sekular



Dulu UMNO cukup senang dituduh sekular,taghut dan macam-macam lagi ikut selera lebai parti panadol. Slogan Hudud dan Membangun Bersama Islam memang menjadi kebanggaan lebai PAS ketika itu. Merekalah yang lebih islam, kerjasama dengan orang bukan islam oleh UMNO dipandang hina.

Kini, slogan itu semakin terpinggir, dan di tong sampahkan oleh Tok Gundu dalam PAS. Pengikutnya seolah pengikut Ayah Pin bagai lembu di cucuk hidung seolah terlupa pula slogan keramat PAS itu.

Mungkin tiada yang berani pun nak mempersoalkan atau nak menghidupkan slogan yang kini cukup sensitif untuk dilaungkan. Kerana apa.... seperti lirik lagu Fantasia Bulan Madu, 'Demi cintaku pada mu,ku korbankan jiwa dan raga...' Kasih PAS kepada DAP, mereka sanggup menelan kahak hijau yang dulunya dilontarkan kepada UMNO.

Hati Mujahid Karpal dan Khalifah Guan Eng perlu dijaga. Dapat jadi tukang tampal poster dan jaga parkir,jadi body guard unit amal waktu ceramah Pakatan pun jadilah. Kalau dulu jadi Ketua Pembangkang di parlimen tapi kini hanya jadi pecacai DAP dan PKR pun sudah cukup membanggakan.

PAS For All, inilah slogan yang lebih lunak berbanding slogan Sokong Hudud atau Membangun Bersama Islam. Depan,belakang...semua boleh. "Kita lihat siapa yang kena..."


Sunday, January 16, 2011

DAP Tersirat PKR PAS Terjerat

Bila Negeri Beraja Nak Diperintah Cara Republik


Tak tahulah kalau ada orang yang sedar punca kenapa banyak masalah dalam negeri-negeri yang diperintah pembangkang hari ini ialah kerana wujudnya cubaan nak memerintah negeri asal Tanah Melayu ini menggunakan sistem pemerintahan republik.

Di Malaysia, gerakan nak menubuhkan republik ini dipelopori oleh DAP (sebut cina) yang majoritinya digerakkan oleh orang cina. DAP pulak diketahui umum berkiblatkan PAP di Singapura. Singapura mana ada raja, mana ada agama rasmi dan bahasa kebangsaan.

Kenapa penulis cakap begitu?

Sebabnya (walau bukan semua}, majoriti yang tak hormat raja ialah puak cina, yang tak peka adat istiadat orang lain, cina, yang tak hormat adab sopan termasuk bab-bab menyucikan diri bila masuk rumah ibadat, cina.

Itu sebab susah nak tengok cina dalam perkhidmatan tentera sebab tentera hanya menjawab kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, masuk masjid pakai seksi, raja depa nak saman (guna Singh). Dah kalau tut tut sendiri pun lap pakai tisu saja, apa hal nak adab sopan ni semua.

Di Selangor, Perak (dulu) dan Pulau Pinang memang jelas perkara ini berlaku sebab itu banyak masalah, demonstrasi sana sini dan sebagainya. Macam mana maju pun kita, adat budaya dari mana kita berasal ni tak boleh dilupakan. Adat budaya dan sosio ekonomi inilah yang membentuk negara dan masyarakat kita sehingga hari ini dan sebarang cubaan nak mengubahnya, dah tentu akan dapat tentangan.

Lain pulak dengan cina, depa memang dah tak beraja sejak 1917, depa merantau dan meniaga di pelusuk dunia ni, pendek kata adat budaya depa dah hilang, kalau tak hilang terus pun dah bercampur aduk dengan budaya lain (budaya rojak).

Akibat dari cuba mengadaptasi pemerintahan cina ke dalam negara majoriti orang melayu macam Malaysia ni, menyebabkan banyak masalah penolakan berlaku.

Macam di Selangor, betullah MBnya nama Khalid Ibrahim (melayu) tapi kita semua tahu secara teknikal siapa yang sebenarnya memerintah. Dalam isu perlantikan SUK contohnya, Khalid takde masalah pada mulanya sebab dia dah dimaklumkan awal oleh KSN melalui bekas SUK. Jadi masalah bila perlantikan itu tak dapat perkenan DAP dan DAP pulak yang sebenarnya menjamin majoriti dalam DUN Selangor yang membolehkan Khalid bertahan MB.

Sepatutnya Azmin, bukan Khalid yang jadi MB Selangor sebab Azmin Pengerusi PKR Selangor sedang Khalid takde apa jawatan politik.

Jadi yang kita nampak derhaka kepada raja, putar belit kenyataan sultan dan sebagainya itu ialah sebenarnya DAP, Khalid hanya boneka yang dikawal dari jauh saja. Serupa macam disebut diatas dalam soal saman Sultan, depa gunakan Singh.

Kenapa orang macam Khalid, Shuhaimi dan Nizar digunakan DAP untuk menderhaka kepada raja dan sultan masing-masing? Sebab DAP pun tahu macam mana pun orang melayu ni mereka anggapkan, taat dan hormat kepada raja itu memang tak boleh nak dibuang melainkan melalui gerakan orang melayu yang membentuk majoriti. British pun tak berani nak buang sistem beraja (cuba tahun 1946 tapi gagal), inikan pulak cina yang British bawak masuk, at least secara terang-terangan.

Kalau sembunyi-sembunyi tu kita tahu memang ada dalam agenda mereka.

Ini bukan berlaku di Malaysia saja, di serata dunia pun penolakan ini berlaku juga. British gagal nak perintah Amerika dulu sebab British terkenal dengan gentlemennya, sedangkan Amerika cara koboi (tembak dulu tanya kemudian). Indonesia gagal nak perintah Papua New Guinea sebab Indonesia nak tebang pokok untuk buat pembangunan sedangkan majoriti penduduk PNG duduk atas pokok.

Pendek kata, asas kepada pembentukan negara ini ialah Islam dan raja (sebut melayu) tanpa mendiskriminasi bangsa dan penganut agama lain. Sebarang cubaan mengubah asas ini, akan membawa kepada penolakan secara total.

Dan inilah yang banyak berlaku sekarang.

sumber = mykmu

.