Friday, September 14, 2012

Wira Yang Tak Didendang

Pemanah elit paralimpik negara, Hasihin Sanawi (kiri) yang memenangi pingat perak, mengucapkan tahniah kepada atlet dari Itali, Oscar de Pellegrin yang memenangi pingt emas dalam acara recurve individu W1/W2 (berkerusi roda) Sukan Paralimpik London 2012. Memerhatikan pememang pingat gangsa, Tseng Lung Hui dari Taiwan (kanan).
























ZIYAD menunjukkan pingat gangsa yang dimenanginya dalam acara melontar peluru lelaki F20 di London.


Sedang kejayaan atlit olimpik dengan bermacami anugerah dan imbuhan yang mereka dapat dari pelbagai pihak, kejayaan atlit paralimpik negara hanya sekadar suam-suam kuku. Sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang turut bersimpati dengan nasib 2 orang atlit yang turut sama menjulang nama Malaysia di pentas dunia yang tidak setanding dengan pengikhtirafan atlit olimpik. Puak pembangkang pula seperti biasa mengambil kesempatan.

Lihat sahaja respon rakyat Malaysia melalui akhbar dan internet, ramai yang bersetuju jika mereka juga sepatutnya mendapat pengiktirafan yang sama. Tahniah dari PPUBT kerana kejayaan atlit ini mengangkat nama Malaysia.



Lihat respon dari artikel yang berkaitan dari
SinarHarian










Thursday, August 9, 2012

Produk Baru PAS

Mungkin hasil dari ceramah-ceramah ostad youtube PAS maka segalanya nampak elok kalau mereka yang buat. Kalau UMNO yang buat perkara seperti ini, berkilolah cacian yang dihamburkan. PAS...parti 2 hukum.

Thursday, July 26, 2012

Rakyat Berkebajikan

Alhamdulillah, PM telah mengumumkan bonus untuk kakitangan awam dan saguhati untuk pesara. Kakitangan awam yang pro-pembangkang seperti biasa setiap masa dan tahun tak akan pernah bersyukur dengan apa sahaja pemberian kerajaan. Mereka lebih sibuk mewujudkan politik persepsi. Tidak diberi dikatakan kerajaan tiada duit, diberi pula dikatakan gula-gula politik untuk mengundi. Tanpa mereka sedar, setiap tahun itulah ayat bodoh tahap dewa yang diulang-ulang.


Pemimpin mereka yang tidak pernah memberi malahan meminta dari mereka, tidak pula mereka pertikaikan. Surat khabar mereka seperti Harakah, Roket dan Suara Keadilan pun tidak mampu diberi percuma kepada ahli sekalipun. Kurangkan harga pun tak boleh !


Hendak mendengar ceramah maki hamun pula digalakkan untuk menderma. Negeri-negeri yang pembangkang kuasai pula, cukai pintu tetap sama malahan yang naik pun ada. Segala janji dalam manifesto pembangkang yang tidak tertunai seolah dihalalkan oleh pengikut tegar pembangkang. Dengan muka tak malu mereka masih menikmati pemberian kerajaan UMNO/ BN yang dikutuk dan dicerca. Memang dasar tak kenang budi, buta hati.


Malaysia dibawah kepimpinan UMNO/BN sejak dulu lagi mengambil berat kebajikan rakyat. Hanya lebai-lebai PAS yang berhalusinasi dan rela diperbodohkan oleh pemimpin mereka dengan tawaran Negara Berkebajikan mengantikan Negara Islam. 

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah jauh meninggalkan lebai PAS yang baru nak tawarkan kebajikan kepada rakyat.Tapi yang peliknya, pengikut tegar PAS seolah buta mata hati untuk menyedari perkara ini. Memang malang bertingkat-tingkat.


Poster - mykmu

Saturday, July 21, 2012

“I will never compromise,” ....

Seperti biasa, kalau bukan menipu dan buat fitnah bukanlah namanya PAS. Mereka ingat orang melayu bodoh macam pengikut tegar mereka yang terang-terang kena kencing bukan sahaja dari pemimpin PAS sendiri tapi juga dengan pemimpin DAP dan PKR. Apalah malangnya nasib pengikut tegar PAS yang langsung tidak cuba mengkaji perjalanan politik bohong parti PAS sekarang.

Karpal Singh tetap mengatakan tidak bersetuju dengan retorik hudud PAS. Karpal dengan cepat membidas  dakwaan Nasrudin Hassan Ketua Pemuda PAS kononnya Karpal sudah lembut hati untuk berkompromi menerima gula-gula hudud PAS. 

Malunya seorang Ketua Pemuda PAS dibidas hasil dari kelentongnya sendiri dalam Debat Sinar Harian. Pengikut PAS bawa-bawalah bermuhasabah di bulan Ramadhan ini hala tuju PAS memang sudah kabur.

Karpal Slam PAS Youth Leader.....

Minit ke 26:20  Ketua Pemuda PAS kencing penyokong PAS.

Wednesday, July 11, 2012

Politik Keliru Dan Kebencian

Peristiwa amukan di Putra Jaya seharusnya menjadi pengajaran kepada masyarakat melayu islam di Malaysia. Pemerintah yang ada sekarang adalah seorang melayu islam yang dari jemaah islam juga ( UMNO ). Parti yang dulu lebih islamik dari UMNO kini hanya seperti lembu dicucuk hidung oleh DAP. Tapi masih tidak malu menjual retorik kepada ahli yang setia membuta tuli dengan harapan lama, sedangkan mereka tidak sedar pemimpin mereka sudah menjadi balaci pembangkang.

Pembangkang melayu memang mudah bersekongkol dengan parti yang terang-terang menolak sama sekali islam dan hak-hak keistimewaan melayu. Mereka ini rakus dan gelojoh, mempunyai misi yang sama untuk menjatuhkan pemerintahan melayu islam UMNO.

Melayu pembangkang sungguh mudah terpengaruh dengan jemaah-jemaah yang bertopengkan islam, Sanggup terkorban hanya kerana momokan dan retorik pemimpin mereka.

Melayu islam kini diserang kiri,kanan,atas dan bawah oleh musuh-musuh islam. Mereka memilih melayu islam itu sendiri sebagai dalang untuk mengelirukan masyarakat islam.





Tuesday, June 26, 2012

Aset Paling Kelakar PAS


Satu lagi episod Nizar untuk meraban. Isu dengan Sultan Johor pun sudah tersembam, kali ini nak temberang pasal TR1M yang DS Najib atas kapasiti sebagai PM kepada kerajaan Malaysia untuk menunaikan janji-janji Kerajaan BN. 

TR1M adalah salah satu bantuan kepada rakyat seperti mana BR1M, BB1M, KR1M, RR1M, Klinik 1 Malaysia dan lain-lain lagi. Tidak sepertimana  pembangkang yang hanya gah pada manifesto tapi realitinya, janji hanya tinggal janji.

"Ini satu rasuah yang amat dasyat. Saya cukup kesian kepada Datuk Seri Najib sebenarnya. Sampai ke tahap merendahkan dirinya pergi ke pihak 70,00 pemandu teksi. Ini satu rasuah yang terlalu jelas," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.. 

Alahai, macam bagus saja bunyinya ! Sudah menjadi rutin dalam hidup Nizar untuk merapu membangkang dan menghina orang lain sahaja. Sedangkan kepincangan diri sendiri dan parti buat-buat buta. Haram untk orang lain dan halal untuk Nizar dan parti PAS.

Apa pula yang hendak dikatakan dengan foto dibawah ini....sedekah ?!




Wednesday, June 20, 2012

PAS Kena Serang Di Kamunting



Versi baru dengan isu-isu terkini.

Memang malanglah kalau masih ada anak cucu Aruah Ibrahim Libya masih menyokong PAS. Bukan sahaja orang PAS Memali menjadi mangsa penipuan politik PAS yang memperkudakan islam, tetapi juga pegawai polis yang terkorban di Memali.

PAS juga bertanggung jawab membiarkan malahan mendorong ayat Al Quran dan masjid dijaja serta dicemar oleh kafir harbi DAP. Ruang solat orang islam bebas dipijak oleh puak-puak yang tidak suci dari hadas besar. Daging korban turut sama dicemari dengan tangan-tangan DAP.

Lebai-lebai gila PAS cukup mudah kena tipu dengan lagak DAP yang dalam diam sudah bersedia menendang PAS dengan calon melayu dari parti mereka sendiri.

Monday, June 11, 2012

Nik Aziz, Pemimpin Pas Sedikit Pun Tak Rasa Bersalah Mungkir Janji!



Oleh Kaizer Daris
KOTA BHARU - Kesal atau malu?.

Sebagai rakat Kelantan itulah persoalan perasaan yang dikeluarkan mereka terhadap kepimpinan Pas yang mentadbir negeri Serambi Mekah selama 22 tahun.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin Exco lain tidak sedikit pun rasa bersalah memungkiri janji demi janji. 
Dari Afta city, stadium bolasepak, pasar baru Pasir Puteh, Koridor Depu, rumah untuk rakyat, Jambatan Palekbang-Kampung Cina, Projek Satelite Pasir Tumboh, Projek Lembah Sireh, masjid dan banyak lagi - semuanya gagal ditunaikan.

Terbaru Projek lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM1.8 bilion dan kerajaan Pas meminta derma daripada rakyat untuk melaksanakan.

"Dengan derma itu, kerajaan Pas Kelantan merupakan kerajaan negeri pertama di negara ini meminta duit daripada rakyat untuk pembangunan biarpun kerajaan Pas peroleh hasil negeri dari hutan dan cukai," kata penganalisa politik.

Lebih memalukan 300 rakyat daripada 32 NGO bangkit persoalkan kaedah itu dan kegagalan Pas melaksanakan projek pembangunan dijanjikan kerajaan.

Namun Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tanpa rasa sedikit pun bersalah mengeluarkan kenyataan melalui twittrnya dengan berkata: "saya ditunjukkan dengan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memuatkan demonstrasi NGO pro UMNO di hadapan Kota Darulnaim semalam yang membawa kereta tolak dan alat-alat pembinaan, kononnya sebagai 'sumbangan' untuk pembinaan lebuhraya."

Inilah wajah sebenar Pas, suara rakyat dipermainkan.
--KELATEKITO.NET
..........................................................................................................................................................


PPUBT - Sampai bila orang Kelantan nak main angguk kepala dengan politikus PAS yang berselindung dibalik penampilan, slogan dan elemen-elemen islam untuk kepentingan politik mereka ? Pecah tanah....pecah tanah....

Saturday, June 9, 2012

Zalimnya UMNO


Zalimnya UMNO kerana tidak menyekat ahli PAS untuk pergi ke stadium untuk berhimpun dan mendengar retorik pemimpin PAS.

Zalimnya UMNO kerana membiarkan stadium dipenuhi dengan ahli-ahli PAS yang bercampur gaul lelaki dan perempuan yang diceritakan 50 ribu lebih yang hadir.

Zalimnya UMNO kerana membiarkan Perhimpunan Hijau di Kedah yang berlangsung dengan tenang tanpa gangguan dari polis dan FRU untuk melepaskan gas pemedih mata serta pancutan ' water canon' kepada lebai-lebai PAS yang hadir.

Zalimnya UMNO kerana tiada pun provokasi dari polis yang selalunya dikatakan menyamar sebagai orang awam untuk mencetuskan kekacauan.

Zalim UMNO kerana tidak pernah menganggu Solat Hajat, ceramah atau perhimpunan protes yang dibuat di dalam stadium yang selalu dibuat oleh pembangkang sebelum ini.

Zalimkah kerajaan kerana menghalang Demontrasi Jalanan Haram BERSIH berlangsung ?
Apa masalahnya berkumpul di dalam stadium ?

Sebenarnya pembangkang sudah mempunyai agenda jahat dari awal dan tidak yakin dengan sokongan dan sambutan rakyat jika dibuat di dalam stadium, dengan t-shirt kuning....sudah tentu akan lebih jelas sambutan yang tidak seberapa.

Sunday, February 19, 2012

Foto vs Video

Kalau dulu foto DS Najib dengan Altantuya dijaja hasil superimpose Tian Chua. Sekarang pula puak pakatan sibuk mencari idea bodoh tahap dewa untuk serang peribadi PM kita. Kebanyakkan foto-foto yang melibatkan pemimpin UMNO/BN semuanya dengan resolusi kecil supaya tak berapa nampak hasil kerja comot superimpose puak pakatan. Ini berbeza dengan foto yang didedahkan oleh bloggers Pro BN.



Apa punya malang pengikut pakatan yang boleh percaya dengan kerja-kerja bodoh ini. Video yang jelas pergerakannya disanggah dengan macam-macam fakta lemah. Foto-foto lemah tahap amatur mereka melompat macam monyet.

Tuesday, January 31, 2012

Sah Anvar Sakit Belakang


Tok Guru PAS bersimpati pada Anvar kerana terpaksa berpapah kerana sakit belakang. Agaknya bila dia nak ke mahkamah sahaja baru terasa sakit. Kalau waktu dan adengan lain tiada masalah.

Thursday, January 19, 2012

Murahsewel Yang Sibuk Menjadi Keldai

Ehsan Mingguan Malaysia

Gelombang kebangkitan yang kononnya atas nama revolusi telah menjatuhkan satu persatu negara-negara arab. Semangat dan darah anak muda yang senang diapi-apikan menjadi modal anasir luar untuk melihatkan negara-negara islam tumbang.

Anak muda yang mendabik dada kononnya golongan terpelajar tapi dangkal dari segi kematangan kini cuba disuburkan di Malaysia. Persis pelopor demontrasi jalanan oleh pelajar yang pernah dilakukan satu ketika dulu oleh politikus pembangkang.

Mahasiswa yang sepatutnya belajar menuntut ilmu di universiti akhirnya kecundang separuh jalan dan gagal dalam pengajian. Mereka inilah yang kini menjadi penghasut dan agen oleh politikus yang berkepentingan peribadi yang bersekongkol dengan anasir jahat dari luar negara.

Bagi pelajar yang gagal ini hanya layak digelar murahsiswa atau mahasewel dan tidak layak untuk mewakili suara mahasiswa. Mereka ini cuba menutup kekurangan diri dan kelemahan dalam pengajian dengan cuba menjadi hero untuk spesis pemalas seperti mereka yang perasan masih golongan terpelajar.

Buat mahasiswa dan mahasiswi yang masih waras dan bijak, fikir-fikirkanlah apa yang tersirat disebalik omongan kosong puak minoriti mahasewel yang sebenarnya lebih menjurus kepada kehancuran negara.

Apa yang dapat dibanggakan dengan negara seperti Mesir,Libya,Syria dan negara arab yang lain hasil dari kebangkitan membuta tuli oleh segolongan rakyat mereka. Mesir kini tersungkur memohon bantuan IMF. Apa pula nasib negara islam yang lain dan siapakah yang paling gembira dengan perkembangan ini ?!


Monday, January 9, 2012

Foto Pilihan Minggu Ini


Foto menarik yang tersurat dan tersirat.

Siapakah yang gembira,paling gembira,sakit hati dan sedih ?

Semoga Saiful tabah dan sabar menghadapi segalanya.


Sunday, January 8, 2012

Politik Didahulukan, Pengajian Kantoi

Bagaimanalah agaknya ibu-bapa budak hingusan ini berhadapan dengan saudara mara dan orang sekeliling perihal anak mereka ini. Tiada ibu bapa yang waras akan bangga dengan perkembangan yang haru-biru seperti bekas mahasiswa yang kecundang ditengah jalan akibat dihasut dengan budaya politik jalanan. Akhirnya mereka mengikut jejak 'politikus' yang banyak memporak perandakan keamanan negara.

Mudahnya mereka mengorbankan harapan keluarga dan masa depan mereka sendiri kerana terlalu ghairah untuk turut sama berpolitik. Adakah mereka merasakan masadepan mereka cerah di arena politik berbekalkan pencapaian akademik separuh jalan di IPTA dan IPTS ?

Mahasiswa patut abaikankan saja murahsiswa yang mengaku mereka tidaklah sebijak mana begitu juga dengan cara mereka berfikir dan bertindak.


Tuesday, January 3, 2012

Murahsiswa Gila Sondol Cermin

Saksikanlah gelagat anak melayu baka jenis menyondol. Saling tak tumpah macam ahli politik dan penganut ajaran pakatan pembangkang, terjerit terpekik macam orang kena rasuk jin. Suka-suka kepala dia saja mengaku mewakili suara mahasiswa.

Tempat mereka belajar itupun adalah hasil dari politik, usaha dan dasar kerajaan UMNO/BN. Murahsiswa dari IPTA lain yang datang tunjuk gila tak pasal-pasal nama UPSI dan mahasiswa difitnah oleh murahsiswa gila berdemontrasi ini. Kasihan sungguh ibu bapa yang mendapat anak sebegini....nauzubillah janganlah berlaku kepada
keturunan kita.