Friday, November 26, 2010

Mat Oh Mat !


Apa cerita terkini Ayam Sabung PAS Si Mat Sabu sekarang ni ? PPUBT pernah terbaca dalam blog pembangkang sendiri yang mengatakan Mat Sabu ni 'mesin wang'. Mungkin kerana ceramah PAS di kampung-kampung akan lebih gempak yang mampu membuat penyokong tegar PAS ternganga dengar temberang mamat ini. Aktiviti kutip cukai kepada audien pun akan lebih mantap dan masyuk.

Monday, November 22, 2010

UMNO Beli Ahli PKR...



Kebanyakkan dari mereka ini adalah orang kuat dan asal Parti Keadilan yang kini dikenali dengan PKR. Ada diantaranya yang keluar masuk penjara, bergadai bergolok di zaman reformasi dan bermati-matian mempertahankan Anwar.

Kerana muak dengan permainan politik dalam PKR dan ada juga yang sudah tahu tembelang sebenar Anwar, mereka pun angkat kaki meninggalkan sebuah parti yang mereka juga menjadi tulang belakang di awal penubuhannya.

UMNO pula mendapat tempias, apabila difitnah kononnya memancing mereka ini dengan wang berjuta. Helah popular Anwar yang meletakkan kesalahan kepada pihak lain untuk menutup pekung sendiri.

Bagaimana pula ahli-ahli biasa PKR ( Keadilan ) yang juga pengikut tegar sejak dulu lagi turut sama meninggalkan PKR ( Keadilan ), adakah mereka ini juga dibeli oleh UMNO ?

Generasi baru dan pengikut PKR sekarang sepatutnya sudah boleh berfikir dan menilai apabila Anwar terus menerus menyalahkan orang lain dan mendabik dada dia di pihak yang benar. Anwar bukanlah memperjuangkan kebenaran ataupun keadilan untuk rakyat, tapi lebih kepada keluarga dan rakannya sahaja. Rakyat pula hanya dihidangkan dengan retorik dan khayalannya.

Pengikut baru PKR perlu menilai, siapalah mereka berbanding dengan 35 orang-orang kuat PKR ( Keadilan ) yang telah lama berjuang dan bersama-sama Anwar. Sewaktu mereka berjuang mempertahankan Anwar, anda mungkin masih di sekolah rendah atau menengah.

Siapa yang benar, Anwar atau mereka ?

Tuesday, November 16, 2010

Sekitar Program Belia Juara

Program Belia Juara yang telah berlangsung di Padang Majlis Daerah Tapah pada 13 November yang dirasmikan oleh YB Dato Ahmad Maslan ( Timbalan Menteri JPM ).

Program anjuran bersama Majlis Belia Daerah Tapah,Parlimen Tapah, juga DUN Ayer Kuning dan Chenderiang serta PPUBT ini bertujuan memberikan kesedaran kepada belia terhadap kepentingan mengutamakan kendiri serta merancang masa depan yang gemilang.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan, diantaranya karnival sukan,persembahan kebudayaan seni muzik pelbagai kaum,cabutan bertuah,solat berjamaah dan juga ceramah perdana.

Sambutan belia dan penduduk sekitar Tapah,Bidor dan Kampar amat menggalakkan. Penglibatan banyak pihak yang memberikan kerjasama dan keringat menjadikan program ini berlangsung dengan lancar.


Sunday, November 7, 2010

Jangan Main Angguk



Sejarah telah menunjukkan, bagaimana ada individu dan kumpulan yang memanipulasi agama islam untuk kepentingan mereka. Bukan satu, tetapi setiap zaman selepas kemangkatan Rasulullah SAW. Pengikut mereka ini begitu taksub dengan pemimpin mereka dan ajarannya. Ada juga yang mengaku Tuhan. Apa yang lebih merbahaya, apabila islam dan elemennya diguna pakai oleh kumpulan ini sebagai landasan mengumpul pengikut mereka.

Friday, November 5, 2010

MengGalas Kekuatan BN Di Masa Depan



Tahniah kepada seluruh petugas BN di Galas dan Batu Sapi yang berjaya mengekal dan merampas kerusi DUN tersebut dengan menang bergaya. Terima kasih pula untuk pengundi yang memberikan kepercayaan kepada BN.

Sekiranya parti gabungan dalam BN bersatu padu dan bekerja keras untuk memenangkan calon BN setiap kali PRK, maka inilah hasilnya. Tidak mustahil juga di PRU 13 nanti BN akan kembali seperti PRU 11 2004.

Pembangkang menang hanya kerana menumpang kelemahan BN dan undi protes dari penyokong BN sendiri di PRU 12 yang lalu. Apabila mendapat durian runtuh yang tidak sengaja ini, mereka secara tak langsung mendapat impak seolah pakatan mereka kuat dan sedikit sebanyak mempengaruhi rakyat yang mudah dimanipulasikan.

Di PRK selepas PRU12 mereka tidak mebuang masa untuk memperkukuhkan 'kekuatan atas angin' yang telah mereka raih akibat tsunami politik 2004. Mereka terus menerus mengembar-gembur isu seolah UMNO dan BN tidak mendapat sokongan dari rakyat. Pemimpin UMNO dan BN yang cepat melatah apabila isu-isu sensitif diprovokasi pula menjadikan keadaan semakin tidak terkawal.

PPUBT berharap kemenangan di dua DUN ini akan menjadi pemacu kepada kejayaan yang seterusnya. BN perlu perjelaskan isu-isu yang cuba dimanipusikan pembangkang dengan cepat dan jelas. Jangan meletakkan beban ini kepada blogger sahaja.