Thursday, July 26, 2012

Rakyat Berkebajikan

Alhamdulillah, PM telah mengumumkan bonus untuk kakitangan awam dan saguhati untuk pesara. Kakitangan awam yang pro-pembangkang seperti biasa setiap masa dan tahun tak akan pernah bersyukur dengan apa sahaja pemberian kerajaan. Mereka lebih sibuk mewujudkan politik persepsi. Tidak diberi dikatakan kerajaan tiada duit, diberi pula dikatakan gula-gula politik untuk mengundi. Tanpa mereka sedar, setiap tahun itulah ayat bodoh tahap dewa yang diulang-ulang.


Pemimpin mereka yang tidak pernah memberi malahan meminta dari mereka, tidak pula mereka pertikaikan. Surat khabar mereka seperti Harakah, Roket dan Suara Keadilan pun tidak mampu diberi percuma kepada ahli sekalipun. Kurangkan harga pun tak boleh !


Hendak mendengar ceramah maki hamun pula digalakkan untuk menderma. Negeri-negeri yang pembangkang kuasai pula, cukai pintu tetap sama malahan yang naik pun ada. Segala janji dalam manifesto pembangkang yang tidak tertunai seolah dihalalkan oleh pengikut tegar pembangkang. Dengan muka tak malu mereka masih menikmati pemberian kerajaan UMNO/ BN yang dikutuk dan dicerca. Memang dasar tak kenang budi, buta hati.


Malaysia dibawah kepimpinan UMNO/BN sejak dulu lagi mengambil berat kebajikan rakyat. Hanya lebai-lebai PAS yang berhalusinasi dan rela diperbodohkan oleh pemimpin mereka dengan tawaran Negara Berkebajikan mengantikan Negara Islam. 

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah jauh meninggalkan lebai PAS yang baru nak tawarkan kebajikan kepada rakyat.Tapi yang peliknya, pengikut tegar PAS seolah buta mata hati untuk menyedari perkara ini. Memang malang bertingkat-tingkat.


Poster - mykmu

Saturday, July 21, 2012

“I will never compromise,” ....

Seperti biasa, kalau bukan menipu dan buat fitnah bukanlah namanya PAS. Mereka ingat orang melayu bodoh macam pengikut tegar mereka yang terang-terang kena kencing bukan sahaja dari pemimpin PAS sendiri tapi juga dengan pemimpin DAP dan PKR. Apalah malangnya nasib pengikut tegar PAS yang langsung tidak cuba mengkaji perjalanan politik bohong parti PAS sekarang.

Karpal Singh tetap mengatakan tidak bersetuju dengan retorik hudud PAS. Karpal dengan cepat membidas  dakwaan Nasrudin Hassan Ketua Pemuda PAS kononnya Karpal sudah lembut hati untuk berkompromi menerima gula-gula hudud PAS. 

Malunya seorang Ketua Pemuda PAS dibidas hasil dari kelentongnya sendiri dalam Debat Sinar Harian. Pengikut PAS bawa-bawalah bermuhasabah di bulan Ramadhan ini hala tuju PAS memang sudah kabur.

Karpal Slam PAS Youth Leader.....

Minit ke 26:20  Ketua Pemuda PAS kencing penyokong PAS.

Wednesday, July 11, 2012

Politik Keliru Dan Kebencian

Peristiwa amukan di Putra Jaya seharusnya menjadi pengajaran kepada masyarakat melayu islam di Malaysia. Pemerintah yang ada sekarang adalah seorang melayu islam yang dari jemaah islam juga ( UMNO ). Parti yang dulu lebih islamik dari UMNO kini hanya seperti lembu dicucuk hidung oleh DAP. Tapi masih tidak malu menjual retorik kepada ahli yang setia membuta tuli dengan harapan lama, sedangkan mereka tidak sedar pemimpin mereka sudah menjadi balaci pembangkang.

Pembangkang melayu memang mudah bersekongkol dengan parti yang terang-terang menolak sama sekali islam dan hak-hak keistimewaan melayu. Mereka ini rakus dan gelojoh, mempunyai misi yang sama untuk menjatuhkan pemerintahan melayu islam UMNO.

Melayu pembangkang sungguh mudah terpengaruh dengan jemaah-jemaah yang bertopengkan islam, Sanggup terkorban hanya kerana momokan dan retorik pemimpin mereka.

Melayu islam kini diserang kiri,kanan,atas dan bawah oleh musuh-musuh islam. Mereka memilih melayu islam itu sendiri sebagai dalang untuk mengelirukan masyarakat islam.