Wednesday, July 28, 2010

Tahniah Melayu PR Di Selangor



Ladang babi,arak,PKNS,YBK,IKYS,pasir dan kini...hendak mansuhkan diskaun bumiputera dalam hartanah di Selangor. Pengundi melayu yang menyokong Pakatan Pembangkang pada PRU 12 yang lalu harus berfikir dan merenung perbuatan Pakatan Pembangkang ini. Sudah banyak isu yang melibatkan orang melayu di Selangor telah diperkotak-katikkan oleh pembangkang terutamanya DAP dengan semahunya.

Pemimpin melayu dalam Pakatan Pembangkang termasuk MB hanya menjadi 'Pak Turut' dan 'Pak Kadok'. Masing-masing rela 'disembelih' asalkan mendapat kuasa yang sikit sedangkan rakyat selangor khususnya melayu dan bumiputera terus dihina.

Mereka cukup berbangga dapat berceramah memecah-belahkan melayu islam sedangkan mereka sendiri telah menjual agama dan perjuangan mereka. Biarlah puak DAP hendak menentukan dasar, pemimpin PR melayu sudah berpuashati menjadi PEMECAH UNDI melayu islam.

Monday, July 26, 2010

Kerajaan Tiada Duit



Hampir seminggu keputusan PTK ( Penilaian Tahap Kecekapan ) diumumkan, namun masih ada suara-suara sumbang yang masih tidak puashati.

Dengan peraturan baru yang ditetapkan iaitu calon yang mendapat keputusan lll dalam dua peperiksaan tidak lagi layak untuk menduduki peperiksaan Tahap Kecekapan yang sama maka lagi berasap kepala guru-guru.

Guru-guru akan kekallah pada pergerakan gaji dalam gred mereka sekarang. Bagi yang Gred DG A32 kenalah memohon 32 Hakiki, dan ini berkemungkinan mereka akan memegang jawatan Penolong Kanan. Akan berhijrah pula ke sekolah lain, yang inilah menjadi masalah kepada sebilangan guru terutama guru wanita.

Ramai guru yang boleh menerima keputusan dengan hati terbuka, tetapi ada juga guru yang masih kecewa. Bagi guru yang memang suka berteori dan berpersepsi lagi-lagi tentang senario politik negara, seperti biasa mereka ini akan menjadi burung kakak tua yang setia.

Mereka mengaitkan kerajaan kini sudah tiada duit, kerana itulah ramai yang gagal dalam PTK kali ini. Mereka merancakkan lagi dengan teori dan persepsi yang lain bagi menguatkan lagi premis mereka sendiri.

Maka timbullah isu UPSR, PPSMI, gula dan lain-lain lagi yang boleh diheret bagi mengubati kekecewaan dan kemarahan mereka. Guru yang sepatutnya lebih kritis kini menjadi Guru Burung Kakak Tua. Mungkin mereka terlupa, mereka dibayar untuk menduduki peperiksaan untuk kenaikan gaji mereka sendiri bukan orang lain.

Ada juga guru yang bangga mengatakan tidak ada membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan, dan yang kelakarnya guru ini juga menyalahkan kerajaan kerana dia gagal !




Tuesday, July 20, 2010

Boikot Sin Chew ?


Salah satu isu yang menarik perhatian Awang minggu ini ialah gesaan Pengarah Strategi PKR, Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu agar kerajaan campuran pakatan pembangkang di Selangor memboikot akhbar Sin Chew.

Gesaan itu dibuat oleh Tian Chua yang tidak berpuas hati dengan beberapa laporan spekulasi akhbar tersebut mengenai peletakan jawatan Menteri Besar, Khalid Ibrahim ekoran tidak lagi menjadi pengerusi PKR negeri. Bagaimanapun usaha Tian Chua gagal. Para pemimpin DAP negeri terutama Teresa Kok langsung tidak bersetuju dengan Tian Chua. Maka Sin Chew terselamat daripada tindakan diboikot kerajaan Selangor. Ia menjadikan Ahli Parlimen Batu itu bersendirian dalam isu tersebut.

Banyak lagi persoalan berlegar. Ia menampakkan perbezaan pendapat dan pendekatan antara PKR dan DAP. Isu tersebut juga menyerlahkan hakikat bahawa tiada penyelarasan dan komunikasi antara kedua-dua parti berkenaan.

Awang tertanya-tanya mengapa Tian Chua bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Khalid, apakah ia gimik politik? Jika benar beliau menyokong Khalid, mengapa ia tidak menerima sokongan daripada kalangan pemimpin lain dalam PKR sendiri? Yang jelas pengaruh Tian Chua yang dianggap jaguh demonstrasi liar makin mengecil dalam PKR mahupun pakatan. Pada firasat Awang, bibit-bibit perpecahan dalam PKR umpama bahtera bocor yang menanti karam.

Dalam isu memboikot media, apa yang Tian Chua mahu lakukan adalah amat tidak wajar. Awang tidak pernah percaya kepada pendekatan memboikot media. Tidak pernah dalam ruangan ini, Awang menulis tentang perlunya akhbar pembangkang dan bahasa ibunda yang menyokong pembangkang, diboikot. Itu pemikiran kuno. Sebab itu, Awang hormati kematangan pemimpin UMNO dan Pas yang tidak mengambil pendekatan yang sama. Anehnya PKR dan DAP yang berjanji untuk mendokong demokrasi, hak bersuara dan kebebasan media pada pilihan raya umum lalu, bertindak sebaliknya. PKR yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim suka menggunakan boikot media sebagai senjata. Beliau dan pemimpin DAP berpakat memboikot akhbar terbitan Utusan sampai hari ini. DAP paling gembira. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng amat teruja kerana dapat melepaskan kemarahan kepada Utusan yang banyak mendedahkan kepincangan kerajaan negeri. Umat Islam dan Melayu paling sengsara di bawah kepimpinan beliau. Yang nyata, dengan bantuan pemimpin pembangkang Melayu seperti Anwar, DAP yang begitu rasis dapat memboikot akhbar Melayu. Atas pengaruh DAP, Khalid Ibrahim juga akur membenarkan boikot terhadap Utusan di Selangor. Tetapi para pemimpin kaum Cina terutama DAP tidak pernah bertindak demikian ke atas media kaum mereka biarpun berbeza pandangan. Siapa yang bijak dan siapa yang bodoh? Tetapi Awang tidak kisah jika Utusan terus diboikot termasuk oleh pengkhianat bangsanya sendiri. Lagi diboikot, lagi membara perjuangan.

-Awang Selamat

Sunday, July 18, 2010

Nyawa-Nyawa Ikan ?!



Sudah tentu Anwar akan melompat kegembiraan apabila mengetahui bahawa Karpal Singh sedang tenat di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Karpal sudah dimasukkan ke wad sejak 7-8 hari yang lalu. Mungkin sudah "nyawa-nyawa ikan" sekarang ini. Pastinya "lompatan riang ria" Anwar itu tidak dapat dizahirkan dikhalayak umum. Namun di dalam biliknya, Anwar mungkin sedang melompat "tak hengattt..."!

Kenapa Anwar gembira? Anwar mempunyai pelbagai sebab untuk gembira sakan. Salah satunya ialah berkemungkinan besar bahawa perbicaraan kes Liwat IInya akan ditunda lagi akibat peguamnya sedang tenat di hospital. Jika Karpal "goal" pula, mungkin Anwar akan memohon masa yang lebih untuk mencari dan melantik peguam barunya.

Tentulah Anwar seronok! Menunda perbicaraan Liwat IInya ini bererti dia mempunyai lebih masa untuk bebas ke sana ke mari sebelum di"sumbat" masuk semula ke "kandang besi"nya. Dah banyak kali dia tunda perbicaraannya, hinggakan sudah habis alasan untuk menundanya lagi. Namun keadaan Karpal yang tenat di hospital telah memberikannya "cahaya" baru untuk menunda kes ini lebih lama.

Yang akan menyampah dan "boring" nanti ialah Saiful Bukhari yang telah bersabar dan menunggu setelah sekian lama. Sabar je la Saiful oiii...siapa suruh kamu jadi "coffee boy" dia. Kan dah "kena sejolok"! "Kena" pulak dengan "kaki ranjau kelas dunia", sabar je la...

Anwar mungkin gembira tak terkata apabila ahli politik yang pertama yang mendakwanya terbabit dengan aktiviti liwat ini tenat. "Mampoih la hang! Aku cari lawyer lain...", mungkin itu desis hatinya. Anwar tidak mungkin memaafkan "singh" ini kerana dialah pencetus kepada aktiviti liwatnya. Dipercayai, Karpal menerima untuk menjadi peguam kepada Anwar untuk kes Liwat II ini adalah kerana "bayaran lumayan" yang ditawarkan kepadanya. "Nothing personal, only business!" kata orang.

Keadaan Karpal yang tenat itu sedikit sebanyak "melegakan" hati Anwar. Anwar tidak payah memikirkan "jawatan" apakah yang akan di"rasuah"nya pada Presiden DAP itu untuk kekal menyokongnya sebagai Perdana Menteri dalam angannya. Payah! Karpal nak jadi TPM, Kit Siang pun nak jadi TPM, Hadi pun nak TPM, Azmin ke"sayang"annya nak letak dimana? Kalau Karpal "goal", legalah sikit. Kurang satu beban...

Mungkin selepas ini Anwar akan pergi melawat Karpal di Pusat Perubatan Universiti Malaya itu. Seperti biasa, "sesumpah" ini dijanka akan bijak "berlakon" di depan Karpal dan khalayak umum. Mungkin Anwar akan berbisik kepada Karpal, "dah bertaubat ke?", memulangkan "paku buah keras"nya kepada Singh itu. Tapi depan orang, Anwar akan kata dia cuma bisikkan "semoga cepat sembuh!". Biasalah, takkan tak tahu perangai Anwar...?

Anwar memang "bijak" membelit. Dia hanya memilih peguam yang ada masalah kesihatan sahaja. Hari tu dia pilih peguam yang pakai serban tu. Entah apa ke nama orang tua tu. Pun sakit juga orang tua tu. Lepas tu mamat pakai serban tu "resign" dari mewakili Anwar sebagai peguamnya. Lepas tu Karpal pulak "take over". Peguam yang dah nak "expired" yang dipilihnya? Dah la tak sihat sehingga terpaksa berkerusi roda, dekat nak nyanyuk pulak tu! "Bijak" sungguh Anwar pilih peguam. Harapannya agar peguamnya tu boleh tangguh kes di mahkamah la tu. Silap-silap, kalau peguamnya tak sakit pun, disuruhnya "sakit". Haru!

Teka-tekinya, andai kata Karpal "goal" atau tak dapat teruskan kes, siapakah bakal dipilih Anwar sebagai peguamnya? "Hint" terbaik yang mampu aku berikan ialah "peguam tu selalu masuk ICU dan selalu sakit"! Kepada sesiapa yang nak jadi peguam Anwar, sila pastikan kesihatan anda benar-benar terganggu!

- forummykmu

Friday, July 2, 2010

Tak Faham Atau Buat-Buat Tak Faham


Khalid Kini ‘Turun Pangkat’ Jadi Pegawai Tadbir – Ramlah

SHAH ALAM 30 Jun – Tugas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini seolah-olah seperti seorang pegawai tadbir selepas kuasa politiknya diserahkan kepada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.

Malah boleh dikatakan kedudukan beliau kini mungkin boleh dilihat seperti Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang semua orang tahu hanya memegang jawatan tetapi segala keputusan dibuat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pendapat umum itu dilontarkan Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam yang melihat Abdul Khalid tidak lagi mempunyai kuasa mutlak kerana segala keputusan pentadbirannya pasti akan mendapat campur tangan Azmin dan sudah tentu Anwar.

Beliau berkata, Abdul Khalid kini seolah-olah seperti sudah ‘diturunkan pangkat’ menjadi orang nombor tiga di belakang Azmin dan Anwar walaupun masih menjadi Menteri Besar.

‘‘Memang selepas ini pasti berlaku transformasi dalam pemerintahan di Selangor kerana Azmin berpengalaman dalam politik manakala Abdul Khalid orang korporat.

‘‘Pelantikan Azmin juga mungkin dilakukan oleh Anwar untuk mengukuhkan kuasa PKR di Selangor yang memang bermasalah.

‘‘Tetapi dalam satu kapal pasti tidak boleh ada lebih daripada satu nakhoda kerana perbezaan pendapat dan keputusan boleh berlaku,” kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengakui, Anwar sebagai ‘pemerintah utama’ di Selangor walaupun Abdul Khalid menjadi Menteri Besar manakala Azmin menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri.

Kata Khalid, ia memandangkan kedua-dua mereka perlu patuh dan mendengar segala nasihat dan pandangan Anwar memandangkan beliau adalah Penasihat PKR dan Penasihat Ekonomi Selangor.

- UtusanOnline