Tuesday, January 31, 2012

Sah Anvar Sakit Belakang


Tok Guru PAS bersimpati pada Anvar kerana terpaksa berpapah kerana sakit belakang. Agaknya bila dia nak ke mahkamah sahaja baru terasa sakit. Kalau waktu dan adengan lain tiada masalah.

Thursday, January 19, 2012

Murahsewel Yang Sibuk Menjadi Keldai

Ehsan Mingguan Malaysia

Gelombang kebangkitan yang kononnya atas nama revolusi telah menjatuhkan satu persatu negara-negara arab. Semangat dan darah anak muda yang senang diapi-apikan menjadi modal anasir luar untuk melihatkan negara-negara islam tumbang.

Anak muda yang mendabik dada kononnya golongan terpelajar tapi dangkal dari segi kematangan kini cuba disuburkan di Malaysia. Persis pelopor demontrasi jalanan oleh pelajar yang pernah dilakukan satu ketika dulu oleh politikus pembangkang.

Mahasiswa yang sepatutnya belajar menuntut ilmu di universiti akhirnya kecundang separuh jalan dan gagal dalam pengajian. Mereka inilah yang kini menjadi penghasut dan agen oleh politikus yang berkepentingan peribadi yang bersekongkol dengan anasir jahat dari luar negara.

Bagi pelajar yang gagal ini hanya layak digelar murahsiswa atau mahasewel dan tidak layak untuk mewakili suara mahasiswa. Mereka ini cuba menutup kekurangan diri dan kelemahan dalam pengajian dengan cuba menjadi hero untuk spesis pemalas seperti mereka yang perasan masih golongan terpelajar.

Buat mahasiswa dan mahasiswi yang masih waras dan bijak, fikir-fikirkanlah apa yang tersirat disebalik omongan kosong puak minoriti mahasewel yang sebenarnya lebih menjurus kepada kehancuran negara.

Apa yang dapat dibanggakan dengan negara seperti Mesir,Libya,Syria dan negara arab yang lain hasil dari kebangkitan membuta tuli oleh segolongan rakyat mereka. Mesir kini tersungkur memohon bantuan IMF. Apa pula nasib negara islam yang lain dan siapakah yang paling gembira dengan perkembangan ini ?!


Monday, January 9, 2012

Foto Pilihan Minggu Ini


Foto menarik yang tersurat dan tersirat.

Siapakah yang gembira,paling gembira,sakit hati dan sedih ?

Semoga Saiful tabah dan sabar menghadapi segalanya.


Sunday, January 8, 2012

Politik Didahulukan, Pengajian Kantoi

Bagaimanalah agaknya ibu-bapa budak hingusan ini berhadapan dengan saudara mara dan orang sekeliling perihal anak mereka ini. Tiada ibu bapa yang waras akan bangga dengan perkembangan yang haru-biru seperti bekas mahasiswa yang kecundang ditengah jalan akibat dihasut dengan budaya politik jalanan. Akhirnya mereka mengikut jejak 'politikus' yang banyak memporak perandakan keamanan negara.

Mudahnya mereka mengorbankan harapan keluarga dan masa depan mereka sendiri kerana terlalu ghairah untuk turut sama berpolitik. Adakah mereka merasakan masadepan mereka cerah di arena politik berbekalkan pencapaian akademik separuh jalan di IPTA dan IPTS ?

Mahasiswa patut abaikankan saja murahsiswa yang mengaku mereka tidaklah sebijak mana begitu juga dengan cara mereka berfikir dan bertindak.


Tuesday, January 3, 2012

Murahsiswa Gila Sondol Cermin

Saksikanlah gelagat anak melayu baka jenis menyondol. Saling tak tumpah macam ahli politik dan penganut ajaran pakatan pembangkang, terjerit terpekik macam orang kena rasuk jin. Suka-suka kepala dia saja mengaku mewakili suara mahasiswa.

Tempat mereka belajar itupun adalah hasil dari politik, usaha dan dasar kerajaan UMNO/BN. Murahsiswa dari IPTA lain yang datang tunjuk gila tak pasal-pasal nama UPSI dan mahasiswa difitnah oleh murahsiswa gila berdemontrasi ini. Kasihan sungguh ibu bapa yang mendapat anak sebegini....nauzubillah janganlah berlaku kepada
keturunan kita.