Wednesday, February 27, 2013

Bangkang Dari Longkang

Setakat menanam tebu di tepi bibir, modal air liur siapa pun boleh. Janji-janji 2008 pun masih tak tertunai, plaza tol jambatan Pulau Pinang masih lagi tersergam mengutip tol. Kasihan rakyat Pulau Pinang kena kencing knonnya tol tersebut akan dihapuskan. Selangor, Kelantan dan Kedah masih menunggu buah yang tak gugur atas janji-janji manis manifesto Pakatan Rakus 2008. Bila dituntut kena herdik dan kata manifesto bukan janji, kalau bagitu baik tak payah buat manifesto untuk PRU 13. Moralnya disini, belajarlah dari Kerajaan BN yang lebih realistik dan berpijak di bumi nyata apabila membuat manifesto.

Friday, February 15, 2013

Dato` Fadzilah Kamsah Bagi Bunga Pada PAS



Di youtube, cybertroopers pecacai pakatan dok sibuk dengan klip DS Najib di Penang. Jumlah 'view' sampai ratus ribu. Adakah jumlah 'view' ini boleh dijadikan kayu pengukur untuk PRU 13 nanti. Mana-mana klip tentang pembangkang akan diserang dengan butang 'dislike' ada juga yang meminta youtube untuk membuang klip tersebut. Mereka lambakkan klip yang sama dengan akaun yang berbeza. Kadang-kadang hairan juga, jumlah 'viewers' klip-klip menghentam pembangkang macam statik. Tidak mustahil, ini adalah agenda dari tuan punya hosting itu sendiri.Sebar-sebarkan klip ini untuk panduan mereka yang keliru dan atas pagar.

Wednesday, February 6, 2013

Pukulan Maut dari Sharifah Zohra

Inilah bezanya orang yang waras dengan budak mentah yang diboneka sehingga emosi tak ketahuan. Untuk pelajar universiti, jagalah kualiti diri supaya anda layak digelar mahasiswa dan mahasiswi. Jangan jadi seperti burung pungguk, belatuk, kakak tua, murai, dan sewaktu dengannya. Banyakkan berfikir dan mengkaji serta kritis bukan melulu mengikut amarah muda anda.