Tuesday, June 26, 2012

Aset Paling Kelakar PAS


Satu lagi episod Nizar untuk meraban. Isu dengan Sultan Johor pun sudah tersembam, kali ini nak temberang pasal TR1M yang DS Najib atas kapasiti sebagai PM kepada kerajaan Malaysia untuk menunaikan janji-janji Kerajaan BN. 

TR1M adalah salah satu bantuan kepada rakyat seperti mana BR1M, BB1M, KR1M, RR1M, Klinik 1 Malaysia dan lain-lain lagi. Tidak sepertimana  pembangkang yang hanya gah pada manifesto tapi realitinya, janji hanya tinggal janji.

"Ini satu rasuah yang amat dasyat. Saya cukup kesian kepada Datuk Seri Najib sebenarnya. Sampai ke tahap merendahkan dirinya pergi ke pihak 70,00 pemandu teksi. Ini satu rasuah yang terlalu jelas," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.. 

Alahai, macam bagus saja bunyinya ! Sudah menjadi rutin dalam hidup Nizar untuk merapu membangkang dan menghina orang lain sahaja. Sedangkan kepincangan diri sendiri dan parti buat-buat buta. Haram untk orang lain dan halal untuk Nizar dan parti PAS.

Apa pula yang hendak dikatakan dengan foto dibawah ini....sedekah ?!




Wednesday, June 20, 2012

PAS Kena Serang Di Kamunting



Versi baru dengan isu-isu terkini.

Memang malanglah kalau masih ada anak cucu Aruah Ibrahim Libya masih menyokong PAS. Bukan sahaja orang PAS Memali menjadi mangsa penipuan politik PAS yang memperkudakan islam, tetapi juga pegawai polis yang terkorban di Memali.

PAS juga bertanggung jawab membiarkan malahan mendorong ayat Al Quran dan masjid dijaja serta dicemar oleh kafir harbi DAP. Ruang solat orang islam bebas dipijak oleh puak-puak yang tidak suci dari hadas besar. Daging korban turut sama dicemari dengan tangan-tangan DAP.

Lebai-lebai gila PAS cukup mudah kena tipu dengan lagak DAP yang dalam diam sudah bersedia menendang PAS dengan calon melayu dari parti mereka sendiri.

Monday, June 11, 2012

Nik Aziz, Pemimpin Pas Sedikit Pun Tak Rasa Bersalah Mungkir Janji!



Oleh Kaizer Daris
KOTA BHARU - Kesal atau malu?.

Sebagai rakat Kelantan itulah persoalan perasaan yang dikeluarkan mereka terhadap kepimpinan Pas yang mentadbir negeri Serambi Mekah selama 22 tahun.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin Exco lain tidak sedikit pun rasa bersalah memungkiri janji demi janji. 
Dari Afta city, stadium bolasepak, pasar baru Pasir Puteh, Koridor Depu, rumah untuk rakyat, Jambatan Palekbang-Kampung Cina, Projek Satelite Pasir Tumboh, Projek Lembah Sireh, masjid dan banyak lagi - semuanya gagal ditunaikan.

Terbaru Projek lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM1.8 bilion dan kerajaan Pas meminta derma daripada rakyat untuk melaksanakan.

"Dengan derma itu, kerajaan Pas Kelantan merupakan kerajaan negeri pertama di negara ini meminta duit daripada rakyat untuk pembangunan biarpun kerajaan Pas peroleh hasil negeri dari hutan dan cukai," kata penganalisa politik.

Lebih memalukan 300 rakyat daripada 32 NGO bangkit persoalkan kaedah itu dan kegagalan Pas melaksanakan projek pembangunan dijanjikan kerajaan.

Namun Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tanpa rasa sedikit pun bersalah mengeluarkan kenyataan melalui twittrnya dengan berkata: "saya ditunjukkan dengan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memuatkan demonstrasi NGO pro UMNO di hadapan Kota Darulnaim semalam yang membawa kereta tolak dan alat-alat pembinaan, kononnya sebagai 'sumbangan' untuk pembinaan lebuhraya."

Inilah wajah sebenar Pas, suara rakyat dipermainkan.
--KELATEKITO.NET
..........................................................................................................................................................


PPUBT - Sampai bila orang Kelantan nak main angguk kepala dengan politikus PAS yang berselindung dibalik penampilan, slogan dan elemen-elemen islam untuk kepentingan politik mereka ? Pecah tanah....pecah tanah....

Saturday, June 9, 2012

Zalimnya UMNO


Zalimnya UMNO kerana tidak menyekat ahli PAS untuk pergi ke stadium untuk berhimpun dan mendengar retorik pemimpin PAS.

Zalimnya UMNO kerana membiarkan stadium dipenuhi dengan ahli-ahli PAS yang bercampur gaul lelaki dan perempuan yang diceritakan 50 ribu lebih yang hadir.

Zalimnya UMNO kerana membiarkan Perhimpunan Hijau di Kedah yang berlangsung dengan tenang tanpa gangguan dari polis dan FRU untuk melepaskan gas pemedih mata serta pancutan ' water canon' kepada lebai-lebai PAS yang hadir.

Zalimnya UMNO kerana tiada pun provokasi dari polis yang selalunya dikatakan menyamar sebagai orang awam untuk mencetuskan kekacauan.

Zalim UMNO kerana tidak pernah menganggu Solat Hajat, ceramah atau perhimpunan protes yang dibuat di dalam stadium yang selalu dibuat oleh pembangkang sebelum ini.

Zalimkah kerajaan kerana menghalang Demontrasi Jalanan Haram BERSIH berlangsung ?
Apa masalahnya berkumpul di dalam stadium ?

Sebenarnya pembangkang sudah mempunyai agenda jahat dari awal dan tidak yakin dengan sokongan dan sambutan rakyat jika dibuat di dalam stadium, dengan t-shirt kuning....sudah tentu akan lebih jelas sambutan yang tidak seberapa.