Monday, June 11, 2012

Nik Aziz, Pemimpin Pas Sedikit Pun Tak Rasa Bersalah Mungkir Janji!



Oleh Kaizer Daris
KOTA BHARU - Kesal atau malu?.

Sebagai rakat Kelantan itulah persoalan perasaan yang dikeluarkan mereka terhadap kepimpinan Pas yang mentadbir negeri Serambi Mekah selama 22 tahun.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin Exco lain tidak sedikit pun rasa bersalah memungkiri janji demi janji. 
Dari Afta city, stadium bolasepak, pasar baru Pasir Puteh, Koridor Depu, rumah untuk rakyat, Jambatan Palekbang-Kampung Cina, Projek Satelite Pasir Tumboh, Projek Lembah Sireh, masjid dan banyak lagi - semuanya gagal ditunaikan.

Terbaru Projek lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM1.8 bilion dan kerajaan Pas meminta derma daripada rakyat untuk melaksanakan.

"Dengan derma itu, kerajaan Pas Kelantan merupakan kerajaan negeri pertama di negara ini meminta duit daripada rakyat untuk pembangunan biarpun kerajaan Pas peroleh hasil negeri dari hutan dan cukai," kata penganalisa politik.

Lebih memalukan 300 rakyat daripada 32 NGO bangkit persoalkan kaedah itu dan kegagalan Pas melaksanakan projek pembangunan dijanjikan kerajaan.

Namun Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tanpa rasa sedikit pun bersalah mengeluarkan kenyataan melalui twittrnya dengan berkata: "saya ditunjukkan dengan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memuatkan demonstrasi NGO pro UMNO di hadapan Kota Darulnaim semalam yang membawa kereta tolak dan alat-alat pembinaan, kononnya sebagai 'sumbangan' untuk pembinaan lebuhraya."

Inilah wajah sebenar Pas, suara rakyat dipermainkan.
--KELATEKITO.NET
..........................................................................................................................................................


PPUBT - Sampai bila orang Kelantan nak main angguk kepala dengan politikus PAS yang berselindung dibalik penampilan, slogan dan elemen-elemen islam untuk kepentingan politik mereka ? Pecah tanah....pecah tanah....

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.