Monday, February 28, 2011

Maulidur Rasul Kampung Tekal


Malam tadi, sewaktu berlangsungnya majlis sambutan Maulidul Rasul di kampung Ustaz Syed Ibra’ sendiri, iaitu di Kuala Tekal turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa guru pengajian Mesir... Mereka merupakan sahabat Ustaz Syed Ibra’

Gambar-gambar sekitar majlis disini.

Tuesday, February 8, 2011

UMNO Perak Edar 1 juta CD


IPOH 7 Feb. - Pergerakan Pemuda UMNO Perak akan mengedarkan satu juta cakera padat (CD) bagi menjelaskan pembohongan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai isu ancak.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Khairul Azwan Harun berkata, pengedaran CD dalam tempoh terdekat ini bagi membolehkan rakyat mengetahui gambar dan cerita sebenar isu ancak yang diputar belitkan oleh Nizar itu.

Beliau berkata, isu ancak yang dibangkitkan Pas Perak itu jelas merupakan satu fitnah dan pembohongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk mengelirukan rakyat.

"Kita mempunyai gambar yang menunjukkan majlis itu bukan ancak kerana ada kenduri kesyukuran oleh penduduk kampung apabila membina rumah baru.

"Nizar dan pembangkang turun ke kampung berceramah dan mengedar risalah berbaur fitnah ke atas Zambry walaupun majlis yang dihadiri Menteri Besar empat bulan lalu di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar bukannya ancak.

"Isu itu pernah dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang lalu dan telah dijawab oleh Zambry, tetapi Nizar masih tidak berpuas hati dengan masih menuduh Zambry dengan isu berkenaan," katanya pada sidang akhbar di bangunan UMNO Perak di sini hari ini.

Khairul Azwan berkata, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah menjelaskan tentang kehadiran Menteri Besar pada majlis itu tidak bertentangan dengan akidah.

Menurutnya, Nizar sengaja membangkitkan isu tersebut semata-mata bagi mengelak isu beliau yang pernah memegang lilin dalam satu upacara diketahui sedangkan perbuatannya itu dilarang di sisi agama.

...................................................

PPUBT - Sudah tiba masanya UMNO melalui jentera parti turut membuat serangan untuk menangkis dakyah politik kotor pembangkang. DS Najib sendiri telah lama menyatakan agar UMNO perlu agresif dan tidak terlalu defensif. Kenapa harus membiarkan pembangkang seperti di Perak menjaja fitnah kepada rakyat Perak.

Kalau kita bersolat Jumaat di Masjid Besar Ipoh tentu kita akan lihat gerai-gerai diluar masjid bersebelahan medan selera yang sentiasa menjual VCD ceramah-ceramah politik pembangkang. Tindakan UMNO Perak amatlah wajar. Jangan kita hanya mengharapkan bloggers untuk menerangkan isu atau menyerang pembangkang. Mereka yang tiada talian internet juga adalah penting untuk kita dekati.

Seperti isu pemecatan Anwar Ibrahim dimana VCD diedarkan kepada rakyat Malaysia sebagai penerangan tindakan kerajaan ketika itu. Sedikit sebanyak dapat meredakan kemarahan rakyat ketika itu yang dibakar oleh gerakan reformasi. Tindakan pro aktif sangat penting supaya negara kita tidak menjadi seperti negara Thailand,Mesir dan lai-lain lagi. Apabila nasi sudah menjadi bubur, tak perlu kita kesali lagi.

Thursday, February 3, 2011

PAS Akan Berjihad Ke Mesir

Krisis Di Mesir: Utamakan Bawa Pulang Yang Sokong Umno Terlebih Dahulu

Mengikut laporan terdapat 11,300 orang rakyat Malaysia sedang terperangkap di Mesir yang sedang dilanda krisis sekarang. Boleh dikatakan 70-80 % antara mereka adalah pelajar.

Sepertimana yang kita tahu, semalam Kerajaan BN telah mula menghantar bantuan kepada mereka. Baik makanan atau pengangkutan untuk mereka pulang.

Untuk mengangkut mereka pulang bukan kerja yang senang kerana jumlahnya terlalu ramai dan ditambah pula dengan keadaan trafik udara yang sendat di Cairo sekarang.

Sekiranya 11,300 orang itu semuanya mahu diangkut pulang ke Malaysia, maka kita memerlukan 28 buah pesawat Boeing 747 yang boleh memuatkan lebih kurang 400 penumpang untuk satu penerbangan.

Itu jika kita guna B747, kalau gunakan Airbus selain dari A380 maka jumlahnya penumpang kurang dari 400 orang lagi untuk satu-satu penerbangan.

Dalam situasi sekarang mana kita nak cari pesawat sebanyak itu untuk mengangkut mereka pulang ?

Kalau semua pesawat MAS dan Air Asia hendak digunakan untuk misi tersebut maka habislah jadual penerbangan di negara kita jadi kucar-kacir kerana tidak cukup pesawat.

Dari segi kos pula, ianya bukan kecik anak punya kos. Pesawat terpaksa pergi kosong dari KLIA ke Cairo yang memakan masa 9-10 jam kemudian ambil mereka dan balik ke KLIA pula, makan masa yang sama juga.

Majoriti pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Mesir adalah penyokong-penyokong Pas. Disana boleh dikatakan kilang untuk melahirkan pemimpin-pemimpin Pas.

Oleh yang demikian saya mencadangkan kepada Kerajaan BN , jika hendak hantar pesawat untuk angkut mereka pulang, pastikan beri keutamaan kepada pelajar-pelajar yang menyokong Umno dan BN terlebih dahulu. Jangan pedulikan mereka-mereka yang menyokong Pas. Biarkan mereka melalak-lalak, utamakan orang kita terlebih dahulu.

Orang-orang seperti mereka tidak perlu diutamakan untuk diberi pertolongan. Waktu mereka susah baru mereka ingat nak minta tolong kerajaan. Waktu senang merekalah yang menjadi barua-barua menghentam kerajaan.

Selama ini mereka-merekalah yang sering menghentam Kerajaan BN kononnya zalim, rasuah dan sebagainya sedangkan dalam masa yang sama mereka menikmati pelbagai kemudahan untuk pergi belajar disana.

Kerajaan tolong pun mereka tetap kata kita zalim. Sekarang adalah lebih baik kerajaan jangan tolong. Biar kerajaan jadi benar-benar zalim kerana apa yang kerajaan buat baik selama ini pun mereka tak hargai.

Beri keutamaan kepada orang-orang kita terlebih dahulu sebagai menghargai sumbangan mereka selama ini. Jangan sesekali susukan kera di hutan.

Bila susah baru ingat kerajaan. Pergilah minta bantuan denganKERAjaan Kelantan. Minta Nik Aziz sewa pesawat dari mana-mana negara untuk angkut kamu semua pulang. Jangan nak menyibuk minta bantuan Kerajaan BN.

Semalam saya juga diajak oleh Datuk Azeez untuk ke Cairo bagi membantu apa yang patut,tetapi saya tak dapat mengikutinya kerana ada kerja lain.

Saya tanya Datuk Azeez, nak pergi tolong orang Pas ke ? Dia jawab nak tolong semua tak kira Pas atau Umno kerana arahan PM supaya tolong kesemuanya.

Akhirnya orang Umno yang dikatakan jahiliah juga yang tolong, mana dia pemimpin Pas ? kenapa tak pergi tolong orang-orang mereka ?

Rombongan sukarelawan yang diketuai oleh Datuk Azeez berkumpul di LCCT sejak jam 3 petang semalam untuk bertolak ke Cairo. Sejam ke sejam penerbangan ditunda. Sehingga jam 11.00 malam tadi mereka masih belum dapat 'clearance' lagi dari pihak berkuasa penerbangan Mesir untuk berlepas ke Cairo. Dengar cerita mereka dah lunyai sekarang ini kerana dah 10 jam duduk menunggu di LCCT untuk berlepas ke Cairo.

Semuanya kerana kesesakan trafik udara dan lapangan terbang disana kerana semua orang nak keluar dari Mesir dan secara kebetulan pula Air Asia tiada hak mendarat di Mesir. Itulah yang membuatkan kerja semakin susah.

Ada sesetengah beruk yang yang tak faham duduk melalak dalam blog kononnya kerajaan lambat bertindak. Dia tak tahu yang kerajaan sedang bersusah payah berusaha. Apa kau ingat nak pergi angkut orang kat Chow Kit dan bawa ke Petaling Street ke ? Kalau rasa Pas terror sangat pergilah ambil sendiri bawa balik. Bercakap berdegar-degar , tapi habuk pun tarak.

sumber - RBF
..............................................................................

Lebai PAS di sini menyokong gerakan rusuhan untuk menjatuhkan Hosni Mubarak, lebai-lebai muda yang bakal menggantikan barisan kepimpinan PAS pula dah kecut perut di sana untuk pulang ke Malaysia bumi bertuah ini. Tak perlu pulang,inilah masanya untuk berjihad untuk menegakkan daulah islamiah (konon) di sana....ada berani ke ?!