Friday, October 29, 2010

Ketakutan Yang Melampau


PAS nasihatkan UMNO lupakan cerita lama.


Kempen agresif yang dilakukan oleh petugas-petugas BN di Galas telah memberikan tekanan yang hebat kepada kem PAS. Dikala PAS dan Pakatan memilih untuk memainkan isu nasional di setiap ceramah-ceramah mereka, jentera UMNO/BN pula lebih menumpukan kepada isu-isu setempat yang lebih fokus kepada permasalahan masyarakat sekitar.

Dari segi perang poster, nyata PAS dan pakatan tak mampu menyaingi idea kreatif yang dihasilkan oleh jentera Gerak Saraf UMNO/BN.

Billboard serta kain rentang yang dibuat oleh kem BN nyata memberikan impak besar kepada moral pengundi serta masyarakat sekitar DUN Galas ini. Ini diakui sendiri oleh beberapa penduduk kampung yang kurang tahu mengenai isu-isu agama yang dilacurkan oleh PAS di luar dari Kelantan.

PAS yang tertekan dengan pendedahan demi pendedahan tembelang mereka di Galas ini telah mengibarkan bendera putih awal-awal lagi melalui Pengarah Pilihanraya mereka Abdul Fatah Harun.

Pemimpin PAS ini telah meminta “jasa baik” UMNO supaya melupakan cerita lama yang berlaku terutamanya yang membabitkan hubungan PAS dan DAP.

Didalam kenyataannya yang disiarkan oleh portal pembangkang MalaysianInsider, Abdul Fatah merayu supaya cerita-cerita lama ini tak payahlah diungkit semula.

“Itu cerita lama, buat apa nak bangkitkan perkara lama. Kalau nak bangkitkan juga susahlah.- MI

Kenyataan Pengarah Pilihanraya Kelantan bukan saja amat memalukan, tetapi dia telah menunjukkan betapa dangkalnya pemikiran pemimpin PAS. Abdul Fatah mahu UMNO lupakan cerita lama, tetapi dia sendiri lupa bahawa dendam lama Nik Aziz yang telah menghancurkan perpaduan diantara UMNO dan PAS.

Bukankah disebabkan cerita lama diantara Nik Aziz dan UMNO lah yang menyebabkan umat islam didalam negara ini huru hara dan bersengketa satu sama lain? Dan kerana cerita dendam lama Nik Aziz inilah juga, berapa ramai ahli UMNO dikafirkan dari dulu hingga kini.

Sepatutnya Abdul Fatah menasihatkan Nik Aziz terlebih dulu supaya melupakan sengketa lamanya dengan UMNO. Selepas itu barulah Abdul Fatah boleh meminta UMNO melupakan cerita lama tentang hubungan “sumbang” PAS dan DAP.

Jangan hanya kerana mahu membela DAP dan menjaga hati parti komunis tersebut di Pilihanraya kecil Galas, pemimpin-pemimpin PAS ini bersikap hipokrit bercakap tak serupa bikin!

Bukan orang tak tahu, kenyataan Abdul Fatah ini hanyalah semata-mata mahu membela DAP yang dihentam teruk menerusi banner-banner serta risalah kempen BN di Galas. Ini satu lagi bukti bahawa PAS memang sesuai menjadi “barua” kepada puak kafir harbi tersebut.

Jadi tak perlulah Abdul Fatah mahupun pemimpin-pemimpin PAS lain mengingatkan UMNO supaya berkempen dengan cara sopan santun. PAS sendiri pun tak pernah ada etika yang baik ketika berkempen dimana-mana pilihanraya kecil, tambah-tambah lagi sewaktu hari penamaan calon!

Dan Abdul Fatah juga ibarat meludah ke langit apabila menasihatkan UMNO Kelantan supaya jangan menggunakan agama untuk berkempen di DUN Galas ini. Abdul Fatah perlu imbas kembali PRK ataupun PRU sebelum ini….siapa yang sering menggunakan agama sebagai modal berkempen? PAS atau UMNO?

oleh - Pak Long mykmu.net.my


Wednesday, October 27, 2010

Ku Li GALAS Tohmahan PAS

PAS mengatakan Ku Li merajuk kerana tidak turut sama mengikut calon ke dewan sewaktu penamaan calon.





Sunday, October 24, 2010

Melodrama Di Batu Sapi


Batu Sapi: Pembangkang Tiada Persefahaman Atau Nak Pecah Undi?

SAPP hari ini menamakan presidennya Dato Yong Teck Lee sebagai calon bagi pilihanraya kawasan parlimen Batu Sapi di Sabah. Bekas Ketua Menteri dan sering disalah anggap sebagai pemilik syarikat YTL Corporation ini (akibat akronim nama yang sama), adalah orang yang bertanggungjawab membawa SAPP keluar daripada BN 2 tahun lepas.

Sebelum ini kita seing didengarkan dengan perebutan kerusi antara PKR dan SAPP yang konon-kononnya menunjukkan tiadanya persefahaman antara kedua parti pembangkang ini. Anwar yang masih syok sendiri menganggap dirinya sebagai orang yang berjaya menyatukan parti-parti pembangkang di semenanjung, nampaknya tidak cukup aura untuk menghalang SAPP dari meletakkan calon di Batu Sapi.

Tapi, kita harapkan jentera BN tidak ambil mudah dengan sandiwara yang sedang dimainkan di Sabah. Anggapan bahawa pergeseran antara PKR dan SAPP mampu memberi kelebihan kepada BN sebenarnya boleh membawa padah. Walaupun sejarah 2 pilihanraya umum terakhir menyaksikan BN menang, satu tanpa bertanding dan satu ke atas calon Bebas, bukan petanda ini bakal jadi pertarungan yang mudah.

Yang pasti, SAPP dan Yong Teck Lee akan memecahkan undi di Batu Sapi dengan ramai pemerhati politik menyifatkan pertarungan sebenar adalah antara BN dan PKR. Kita semua tahu bahawa YTL membawa keluar SAPP dari BN adalah kerana terlalu yakin Anwar bakal menjadi Perdana Menteri 2 tahun lepas. Sebelum ini pun Batu Sapi bukan kawasan Yong, dia hanya pernah bertanding di kerusi Parlimen Gaya dan Dewan Undangan Negeri Likas.

PBS pun bukan asing pada Yong sebab dia pernah menganggotai parti ini dulu sebelum keluar pada 1994 dan menubuhkan SAPP. Kita percaya hubungan Yong Teck Lee dan Anwar dah bermula pada 1994 masa Anwar ketika itu Timbalan Perdana Menteri masuk ke Sabah untuk gagalkan PBS dari jadi kerajaan negeri.

PBS terutamanya perlu memastikan bahawa pengundi di Batu Sapi yang melebihi 25000 orang ini keluar mengundi kerana kali ini situasinya jauh berbeza berbanding PRU 2008 yang lalu. Keputusan 2008 menyaksikan daripada 26 ribu lebih orang pengundi, hanya 15,000 saja yang keluar mengundi, soalannya mana pergi lagi 10,000 orang pengundi tu?

Kali ini PKR terutamanya akan berusaha habis-habisan untuk menang bagi menggantikan sagtu kerusi parlimen mereka yang hilang di Hulu Selangor. Mungkin sebab lawan BN ketika itu adalah dari Bebas maka tidak ramai yang nak keluar menunaikan tanggungjawab sebab yakin BN akan menang. Faktor ini semua yang jentera BN perlu lihat dari sekarang dan cari j alan untuk atasinya.

Jika benar sekalipun wujud masalah persefahaman dikalangan pembangkang, kita belum tentu ada kelebihan undi kerana suka atau tidak Yong adalah tokoh terkenal di Sabah dan tentu punya pengaruh apatah lagi dia pernah menjadi Ketua Menteri dibawah sistem penggiliran dulu.

Apa sekalipun, tanggungjawab yang besar digalas Datuk Musa Aman dan jentera yang dipimpinnya untuk memastikan BN tidak kehilangan satu lagi kerusi parlimen selepas Sibu.

Sumber - mykmu.net.my

Wednesday, October 13, 2010

Alahai Mahfuz


Mahfuz nasihatkan rakyat supaya jangan dekati UMNO…

Mahfuz bean datang lagii! Kali ini Mahfuz menuduh UMNO sebagai parti yang mengkhianati bangsa melayu dan berpolitik semata-mata hanya kerana mahu menggadaikan bangsa dan negara sahaja.

Bukan setakat itu sahaja, dalam kenyataannya di Haprakah, Mahfuz juga menuduh UMNO sanggup menggadaikan agama Islam apabila menghentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat.

Kata Mahfuz, hanya PAS yang mampu berjuang untuk melayu dan juga menaikkan imej Islam didalam negara. Malah.., Mahfuz dengan bangganya menasihatkan supaya semua rakyat di negara ini menjauhi UMNO.

Inilah mentaliti “seekor” manusia bernama Mahfuz yang bergelar Ahli Parlimen dan juga menjawat jawatan Naib Presiden kepada Parti PAS.

Mahfuz lupa, siapakah yang mengkhianati bangsa melayu selama ini kalau bukan PAS. Hanya kerana dendam tua nyanyuk Nik Aziz terhadap UMNO, PAS sanggup berkerjasama dengan kafir harbi DAP bagi menjahanamkan pemerintahan kerajaan melayu Islam didalam negara.

PAS juga selama ini telah membiarkan pengikut-pengikutnya diperbodohkan oleh cina-cina kafir hanya semata-mata kerana pemimpin atasannya mahu berkuasa didalam negara.

Dan, jika mahu bercakap mengenai pengkhianatan PAS terhadap Islam, satu hari satu malam pun tak habis untuk menyenaraikan sumbangan PAS ke arah itu.

lagi di SINI


Thursday, October 7, 2010

Budaya Yang Akan Menghancurkan Malaysia



Awal-awal lagi puak PKR dah menuduh ini semua kerja UMNO. Inikah demokrasi dan ketelusan yang kononnya dijaja oleh puak pembangkang ?! Itu dalah hak sdr.Rahimi untuk membuar sidang akhbar. Kalau sidang akhbar puak pembangkang yang menjaja akuan bersumpah tidak pula UMNO atau pihak lain nak ganggu. Kenapa yang takut dan terkucil sangat ni ?!