Sunday, April 25, 2010

Undi Melayu Dan India Kembali Bersatu



Tahniah untuk P.Kamalanathan dan BN dengan majoriti 1725 telah berjaya merampas semula Hulu Selangor.

Bermula PRK di Bukit Gantang, undi melayu sudah mula menunjukkan telah kembali kepada UMNO. Alhamdulillah, Hulu Selangor pula memperlihatkan lebih jelas bukan sahaja orang melayu, malahan orang india juga telah mula kembali kepada BN.

Ramalan dan analisis PKR akan menang oleh satu syarikat yang kononnya non-profit nyata meleset. Sudah tentu belanja telah banyak dihabiskan oleh pembangkang untuk pengkaji dan penganalisis tersebut yang sebenarnya lebih berbentuk psywar.

Dalam seminggu dua ini, sudah tentu akan ada riuh rendah dari kem pembangkang untuk memberikan 1001 alasan kenapa mereka kalah. Diantara alasannya sudah pasti pengundi hantu, SPR tak telus, polis tidak adil, dan macam-macam lagi.

Nasihat PPUBT untuk pengikut muda PKR, orang-orang yang lebih lama berjuang dalam PKR dari zaman KEADILAN dan amat rapat derngan Anvar Ibraim pun telah satu persatu meninggalkan Anvar...adakah anda yang baru setahun jagung mengenal dunia politik lebih arif tentang Anvar dan PKR ?!

Risalah Palsu, Fitnah, Hasutan Perkauman Banjiri Hulu Selangor


BUKIT BERUNTUNG (Hulu Selangor), 24 April – Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor yang memasuki fasa terakhir hari ini tercemar berikutan tindakan terdesak pembangkang untuk mendapat sokongan hinggakan sanggup menabur fitnah dan melemparkan tuduhan palsu kepada Barisan Nasional dan UMNO.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar tindakan sedemikian dan mengganggapnya ia sebagai tindakan terdesak menjelang hari mengundi, esok.

“Sememangnya ini bukanlah kali pertama berlaku apabila menjelangnya pilihan raya, malahan tindakan yang sering memburuk-burukkan BN dan calon termasuklah isteri calon sendiri adalah sesuatu yang terdesak,” katanya.

Dalam sidang media yang diadakan di Pusat Operasi BN di sini, beliau turut menunjukkan pelbagai risalah berbaur fitnah, dan perkauman termasuk menggunakan UMNO sebagai kononnya dalang dalam hal ini.

“Yang jelas mereka menggunakan sentimen perkauman sebagai taktik untuk mengelirukan pengundi dan mengalihkan perhatian penyokong-penyokong BN dengan harapan BN akan tewas.”

Katanya, perlu difahami, sebagai sebuah parti yang mengamalkan perkongsian kuasa, UMNO bersama BN tidak perlu melaksanakan tindakan dangkal sedemikian kerana tentunya, fokus utama BN adalah kesinambungan pembangunan, pentadbiran dan kemajuan berpanjangan untuk keselesaan dan kesejahteraan masyarakat keseluruhannya.

“Sesungguhnya, tindakan sedemikian adalah sesuatu yang tidak bermoral kerana sanggup menggunakan ‘jalan pintas’ bagi mendapatkan sokongan daripada penduduk tempatan,” tegasnya.

Sumber - huluselangor.com.my

Thursday, April 22, 2010

Tugas Ustaz Dan Ustazah Mendidik Bukan Berpolitik

Forum Pembaca Utusan Malaysia :

SAYA tertarik dengan pendedahan Pelajar Selangor di ruangan ini semalam mengenai ustazahnya yang berpolitik dalam kelas. Sebenarnya ada banyak lagi kes sebegini yang berlaku.

Ada beberapa orang ustaz di beberapa sekolah yang sering keluar berceramah kerana bayaran yang tinggi. Minggu sudah seorang ustaz patut datang ke sebuah masjid tetapi tidak datang. Para jemaah maghrib menunggu begitu lama untuk kuliah maghrib.

Ini bukan kali pertama berlaku, kerana beliau akan pergi ke tempat lain yang bayarannya lebih tinggi. Kalau ustaz berkenaan bertugas sebagai warden asrama, makin keraplah para pelajar asrama ditinggalkannya kerana ceramah di luar.

Memang dapat bayaran tinggi, tetapi tugas utama di sekolah sebagai warden juga diambilnya. Mana satu yang halal, masakan beliau tidak tahu? Sebagai ustaz tidak perlulah terlibat dengan ceramah-ceramah berunsurkan politik kerana sasaran ialah para pelajar yang masih mentah. Sejak di sekolah lagi ditanam sikap antikerajaan, sebab itulah terbawa-bawa sehingga ke IPTA.

Pada hari penamaan calon di Hulu Selangor, saya terserempak dengan pelajar IPTA yang memakai jaket hitam berlogokan parti pembangkang. Budi bahasanya tidak ada langsung. Saya tidak sempat bertanya beliau belajar di mana dan bagaimana keputusan peperiksaannya.

Kalau saya dapat maklumat keputusan begitu lemah, saya akan nasihatkan beliau baliklah, betulkan diri sendiri dulu.

Apa tidaknya, belajar pakai wang PTPTN, komen kerajaan semua tidak betul. Di kampus, berbanding dengan bukan Melayu, prestasi akademik hanyut. Macam ustaz tadilah, tugas di sekolah selalu terabai. Kerajaan semua tidak betul, sistem pendidikan tidak betul. Beliau yang berada dalam sistem, lagilah terus menyimpang, bukannnya hendak membetulkan .

Ceramah selalu di masjid, ada tauliah ke? Kita kena tahu juga sebab itu peraturan. Saya pernah dengar khutbah oleh seorang ustaz, ahli politik. Katanya, ikutlah kamu sepenuhnya Islam, bukan Islam Hadhari.

Seorang ustaz pula, dalam kuliah subuhnya, memberi salam. Kemudian katanya tidak perlulah lagi ada ucapan salam 1Malaysia. Nanti bagi salam lepas solat pun, sebut salam 1Malaysia.

Ceteknya pemikiran mereka kerana yang penting inilah ruang menghentam kerajaan. Tetapi masih lagi bertugas di sekolah, tugas utama tidak dibuat.

Dahulu masa sekolah pada tahun 60-an, idola saya ialah ustaz dan ustazah. Sekarang, siapa hendak dijadikan idola, sebab ramai pelajar tahu bagaimana sikap ustaz dan ustazah mereka.

Terima kasih kepada guru-guru agama yang masih tetap menjalankan tugas sebagaimana diamanahkan. Merekalah yang sekarang ini bertungkus-lumus mendidik para pelajar dalam keadaan pelbagai masalah disiplin dan akhlak pelajar sekarang.

Namun dengan bilangan mereka, mereka tidak mampu melaksanakan semua, kecuali semua guru, dan guru agama melakukan perkara yang sama. Tidak perlulah berpolitik, tidak perlulah menjadi penceramah jika masih mahu bertugas sebagai guru agama. Gaji rasmi tidak halal dan pelajar makin terabai. Tuhan Maha Mengetahui segalanya. Fikirkanlah.

Saya pun guru. Tapi melihat kepada situasi para pelajar sekarang, rasanya ketepikanlah soal-soal berkaitan politik. Biarlah orang politik yang buat kerja mereka. Apa ertinya terlalu berpolitik. Dapatlah berkuasa sementara, tetapi generasi kita akan datang semakin hancur. Masa itu kuasa sudah tidak bermakna apa-apa.

Masa itu kita semua sudah tiada, jadi perjuangan kita menjadi sia-sia akhirnya. Siapa yang untung? Sudah tentu bukan kita!

MELAYU INSAF

Tanjung Karang, Selangor

Wednesday, April 21, 2010

Zaid Didahulukan Azmin Dikemudiankan

1. SAH! Azmin merajuk dengan AnWAR lantaran calon pilihan Azmin tidak dipilih oleh AnWAR. Banyak blog telah melaporkannya. Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan pelepah kelapa. Alasan konon Azmin tidak hadir ketika pengumuman Zaid oleh AnWAR jelas PKR sekadar mahu memperbodohkan masyarakat umum.

2. Apa kejadahnya Azmin sibuk nak buat persiapan PRK Sibu. AnWAR sendiri umumkan DAP yang akan bertanding di Sibu. Adakah Azmin ahli bersekutu DAP? Apakah Azmin mahukan PKR bertanding di Sibu? Kenapa juga AnWAR harus tergesa-gesa membuat pengumuman mengenai Sibu? Ada hal ka?

3. Jika kerusi yang dikosongkan oleh PAS, AnWAR pasti membiarkan budak-budak PKR 'menuntut' dulu kerusi berkenaan sebelum tampil dengan lagak hero tamilnya menyelesaikan masalah. Kuala Terengganu, Bukit Gantang hatta Bagan Pinang membuktikannya. Ini kali pertama libatkan DAP dan senarionya berbeza.

4. Apakah AnWAR dilanda sesuatu? Apakah emosinya tidak stabil? Info dalaman yang diterima menyatakan AnWAR sejak kembali dari Dubai sebelum umumkan nama Zaid, emosinya tidak stabil! Dalam mesyuarat cepat sangat melenting. Azmin pula dilaporkan telah tidak hadir ke beberapa mesyuarat penting sebelum ini.


5. Menurut beberapa teman, prestasi AnWAR 1-2 hari ni juga tidak memberansangkan. Bagi yang tahu AnWAR, ceramah malam tadi di Hulu Selangor adalah jawapannya. Ceramah AnWAR seperti tiada 'ummph'. Ucapannya tidak lancar dan tersekat-sekat. Adakalanya beliau tersasul dan kelihatan seperti tiada fokus. 6. Apakah 'merajuk' Azmin mengganggu minda AnWAR? Begitu istimewa sekali Azmin di mata AnWAR hingga keadaaannya begini? Kerja kuat Zaid Ibrahim, Saifudin Nasution dan beberapa orang lagi kaki bodek PKR tidak mampu mengubat lara di hati AnWAR. Hanya 'kemunculan' Azmin shj yang mampu mengembalikan 'semangat' AnWAR..... Sekian.

Sumber - x-pkr.blogspot.com

Foto terkini ceramah puak pembangkang di Hulu Selangor.


Saturday, April 17, 2010

Fairus Khairuddin : Jangan Jolok Sarang Tebuan



Semakin ramai otai-otai PKR yang telah berjuang bersama KEADILAN di zaman reformasi telah meninggalkan Anwar. Mereka tahu perjuangan KEADILAN sudah lenyap di dalam PKR. Perjuangan PKR sepertimana PAS sudah semakin kabur dan dibayangi oleh ideologi liberal DAP.

YB PAS mungkin terikat dengan bai'ah yang telah dibuat untuk mengekang mereka keluar parti dan menjadi BEBAS, kalau tidak sudah tentu YB PAS juga angkat kaki meninggalkan perjuangan karut PAS.

Sunday, April 11, 2010

PAS Tolak UMNO Terima DAP



PAS bukanlah sebuah parti yang memperjuangkan islam. Itu semua adalah retorik untuk meraih undi orang melayu dan memomok-momokkan islam untuk kepentingan peribadi.

DAP yang jelas dan terang-terang ingin melupuskan keistimewaan orang melayu,institusi beraja dan menolak sebuah negara islam pun, PAS membutakan mata bekerjasama hanya kerana ingin melihat UMNO tumbang. Sedangkan mereka sudah tentunya tidak dapat menundukkan PKR dan DAP untuk menjadi Ketua dalam pakatan. Tugas sebenar mereka hanyalah untuk memecah undi melayu yang akhirnya ketuanan melayu itu sendiri akan menjadi lemah.

Orang melayu seharusnya tidak lagi takut untuk menolak PAS yang kononnya dipenuhi dengan ustaz dan ulamak. Mereka ini sebenarnya hanyalah politikus biasa yang dangkal dan suka beretorik.

Monday, April 5, 2010

Kemana Lambang Baru Pakatan Rakyat ?

Sudah 4 bulan sejak konvoksyen Pakatan Rakyat yang di adakan di Selangor pada bulan December yang lalu. Maka sejak itulah juga Pendaftaran Pakatan Rakyat tertangguh. Atas sebab apa tertangguh sehingga 4 bulan lamanya? Apakah ada dalang di sebalik semua yang menggagalkan usaha DAP,PAS dan PKR dalam mendapat Hak atas nama Pakatan Rakyat itu?

Ini lah yang sebenarnya menjadi persoalan buat kita. semua,terutama ahli dan penyokong Pakatan Rakyat itu sendiri. Ahli dan penyokong PAS DAP dan PKR sememangnya mengharapkan Pakatan Rakyat ini ditubuhkan bagi menjamin kesepakatan yang mereka janjikan.

Untuk makluman pada konvokeyen Pakatan Rakyat yang lalu, PAS, DAP dan PKR telah mencapai kata sepakat untuk mendaftarkan di bawah ROS bagi mewujudkan Parti Pakatan Rakyat. Persepakatan ini juga di meterai oleh Anwar Ibrahim mewakili PKR, Lim Kit Siang DAP dan Haji Hadi PAS. Perjanjian ini di saksikan beribu hadirin ahli dan penyokong ketiga tiga parti. Malah media cetak dan TV serta blogg Pakatan Rakyat semuanya mengeluarkan pernjanjian bersejarah itu. Memang hebat sewaktu sidang mementerai perjanjian tersebut.

Malah pihak Pakatan Rakyat ini mengadakan pertandingan mencipta logo bagi Pakatan Rakyat gunakan apabila terdaftarnya Parti mereka itu. Logo tersebut telah pun ada dan ada di kalangan ahli dan penyokong pakatan Rakyat ini gunakan di ruang Blogg dan Facebook.

Namun mengapa sampai sekarang tidak di daftarkan nama Parti Pakatan Rakyat itu? Apakah UMNO menghalang pendaftaran parti mereka? Atau pun ROS tidak membuat kerja dengan cepat bagi menyegerakan pendaftaran pakatan rakyat itu?

Jika UMNO yang menghalang pendaftaran Parti Pakatan Rakyat sudah pasti kecoh di sana sini akan UMNO yang menjadi dalang dalam mensabotaj Pakatan Rakyat itu. Malah akan kita dengar kata kata Pedas dari Pemimpin Pakatan pembangkang yang menyalahkan UMNO punca di sebalik kelewatan pendaftaran Pakatan Rakyat itu. Blogger dan Facebooker pakatan Rakyat juga akan mengamok tak tentu hala kerana UMNO punca mereka tidak dapat menjadi Pakatan Rakyat yang Sah.

Kenapa Lewat pendaftaran Pakatan Rakyat??? Jawapanya kerana mereka Pemimpin Pakatan Rakyat tidak mendaftar di ROS bagi menubuhkan Parti Pakatan Rakyat itu. Kerana mereka ketiga tiga pemimpin yang hadir mengumumkan pendaftaran parti Pakatan Rakyat itu telah Berbohong di depan khalayak ramai bagi memanipulasi hadirin yang hadir waktu itu. Kiranya ahli dan penyokong DAP,PAS dan PKR tu semua kena tipu lah dengan boss depa. Kesian...

PAS itu MELAYU
UMNO itu ISLAM

ANWAR HARUS BERTAUBAT

Sumber - papagomo.com



Saturday, April 3, 2010

Lucutkan Darjah Pembangkang Perak

IPOH 2 April - Pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meminta supaya darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada wakil rakyat pembangkang ditarik balik.

Memorandum bersama Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) dan 10 NGO itu diserahkan oleh Ketua Pemuda UMNO negeri, Maslin Sham Razman kepada Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Shamsul Baharin di Istana Kinta di sini.

Terdahulu, hampir 100 ahli Pemuda UMNO, parti komponen BN serta NGO seperti Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Perak, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Suara Anak Muda Perak dan Kesatuan Anak-Anak Muda Islam Perak (Kami) berhimpun di Bangunan UMNO Perak di sini pada pukul 2.30 petang.

Pada mulanya mereka merancang untuk berarak beramai-ramai ke Istana Kinta bagi menyerahkan memorandum tersebut tetapi kemudian membatalkan hasrat tersebut atas nasihat polis.

Polis hanya membenarkan 15 orang pergi ke Istana Kinta sebagai mewakili kumpulan berkenaan.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di Bangunan UMNO negeri, Maslin Sham berkata, memorandum itu diserahkan kerana tindakan pembangkang yang menderhaka kepada Sultan Perak apabila berterusan mempertikaikan pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar.

''Pergerakan Pemuda UMNO, BN serta NGO-NGO di Perak juga mempertikaikan kesetiaan pembangkang yang diketuai Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan kata-kata beliau iaitu 'patik mohon derhaka'," katanya.

Sementara itu, Setiausaha MAYC Perak, Ahmad Ansor Muhd. Rivai Batubara berkata, golongan belia di negeri ini sudah jelak dengan tindakan pembangkang yang berpolitik sepanjang masa.

''Kita harap pembangkang dapat hentikan aktiviti-aktiviti untuk mencetuskan huru hara dan jika diteruskan, golongan belia pasti menolak pakatan pembangkang," katanya

.

Friday, April 2, 2010

Renungan Bersama

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang tinggal untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.Tanda akhirAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. WallahualamApa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan saya sendiri.