Friday, August 28, 2009

Sejarah Yang Tak Didendang



Keratan akhbar bertarikh 27 Ogos 1977, 4 hari sebelum Hari Kemerdekaan ke 20


''Kejadian itu berlaku pada 26 Ogos 1975, kira-kira jam 5 pagi telah memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh daripada kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF). Berdasarkan siasatan awal, polis percaya komunis merancang untuk meletupkan Tugu Negara pada jam 6 pagi iaitu ketika sesi tiupan biugel yang diadakan di situ. Mereka mensasarkan untuk membunuh semua peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan, tetapi malangnya cubaan mereka gagal.
Mengikut perancangan awal, mereka merancang untuk meletupkan tiga bom yang diletakkan di situ, tetapi malangnya satu daripada tiga bom itu meletup lebih awal yang meruntuhkan satu patung besar yang beratnya dianggarkan satu tan. Lantai marmar di keliling kawasan tugu retak sepanjang 2 kaki disebabkan patung besar jatuh ke lantai. Letupan kuat itu menggegarkan kawasan perumahan di sekitar Taman Bunga dan sebahagian daripada tingkap rumah mereka pecah akibat gegaran letupan.




Antara penduduk yang mendengar letupan kuat itu ialah Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran Tugu Negara. Beliau terdengar letupan kira-kira jam 5 pagi ketika bangun untuk solat menunaikan Subuh. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri.


Polis percaya empat pengganas terbabit dalam serangan itu termasuk seorang wanita. Sebaik saja letupan berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Travers dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Mereka melepaskan tembakan ke arah polis yang cuba menahan mereka sebelum menghilang di sebalik kegelapan kabus pagi yang tebal.

Di tempat letupan, polis menemui dua topi keledar dan dua helai bendera komunis yang ditinggalkan di situ. Berdasarkan penemuan kesan darah di tempat kejadian, polis percaya kemungkinan seorang penyerang Tugu Negara tercedera terkena letupan. Berikutan itu, polis segera mengeluarkan arahan meminta kerjasama doktor di hospital atau klinik yang didatangi mana-mana individu yang cedera terkena letupan supaya segera menghubungi polis.

Polis melancarkan gerakan besar-besaran untuk mengesan empat pengganas berkenaan dan tumpuan operasi ialah di semua penempatan yang disyaki terutama di sekitar Bangsar. Polis percaya, kumpulan pengganas itu mungkin menyamar sebagai pekerja buruh binaan.

Sehari selepas kejadian letupan itu, polis menemui sebuah motosikal jenis Yamaha 100 cc tersadai di tempat letak kereta berhampiran pasar Jalan Pudu kira-kira jam 1 tengah hari. Berdasarkan rekod, motosikal itu dipercayai dicuri di Flet Jalan Loke Yew pada 18 Ogos. Walaupun tidak dapat disahkan motosikal itu digunakan pengganas, jenisnya dikatakan menyamai laporan awal kenderaan yang digunakan dua pengganas untuk melarikan diri ketika terserempak dengan polis.

Tapi tiada maklumat sama ada komunis-komunis itu dapat ditangkap."

sumber - Dozzvader Aku Bukan Hero

Wednesday, August 26, 2009

DAP Dapat Kuda Baru

Tahniah kepada PDRM dan FRU yang bertungkus-lumus memastikan PRK N11 ini berjalan dengan lancar. Mereka sanggup berembun,berpanas dan berhujan sepanjang waktu berkempen dan hari mengundi di bulan puasa kerana melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Walaupun ada yang dihina dan dimaki mereka tetap tenang menjalankan tugas. Syabas dari kami.

Begitu juga dengan jentera UMNO yang telah sedaya upaya untuk memberikan saingan sihat dan sabar melayan provokasi pembangkang.

Pas hanya berjaya mengekalkan kerusi di lubuk mereka. Pas berjaya mengekalkan kerusi di Bukit Gantang, Manek Urai dan Permatang Pasir dengan undi melayu yang merosot. UMNO hanya kalah di Kuala Terengganu. Pengundi di Permatang Pasir lebih rela menjadi 'anak ikan' dari menjadi Anak Emas Kerajaan Pusat.

Kepada pengundi Pas, jangan lupa tuntut jawatan YDP MAIPP yang telah dijanjikan. Jawatan Exco memang tak layak pun untuk orang Pas. Kerajaan Dap tentu suka mendapat kuda baru di Penang.



Bawa cursor ke foto untuk 'pause'

Monday, August 24, 2009

Pas Semakin Kalut

Tempoh berkempen yang hanya tinggal beberapa jam lagi memperlihatkan jentera Pas semakin kalut menjaja isu peribadi calon BN.

Setelah tuduhan Rohaizat menggelapkan duit koperasi berjaya dibersihkan oleh rakan kongsi beliau, kini mereka beralih kepada isu rumahtangga calon BN. Disaat akhir ini mereka memperhebatkan serangan dengan menjaja isu isteri kedua calon BN.

Adakah pemimpin Pas tidak terlibat dengan poligami ? Pemimpin Pas sepatutnya lebih arif untuk menasihati penyokong-penyokong mereka supaya berhenti memainkan isu sebegini. Paling tidak pun, hormatilah bulan yang mulia ini. Matlamat tidak menghalalkan cara, apa lagi sebuah parti yang kononnya lebih islamik dari orang lain.

Sudahlah tidak banyak atau mungkin langsung tidak membina sebuah masjid untuk beribadah. Sebuah ikatan perkahwinan pula menjadi sasaran yang memungkinkan ianya hancur. Itu merobohkan masjid namanya. Apa sudah jadi dengan saranan Mursyidul Am mereka yang menyarankan supaya tidak menyerang batang tubuh orang, adakah ianya hanya untuk pemimpin pembangkang sahaja ?

Buat warga Permatang Pasir yang akan keluar mengundi esok, pilihlah calon yang mampu memberikan khidmat dan pembaharuan dikawasan anda. Jangan mudah tertipu dengan sentimen yang dimainkan oleh pembangkang. Adakah calon Pas yang sudah 6 kali kalah itu akan dilantik menjadi Exco dalam kerajaan negeri Lim Guan Eng ? Kalau wakil Pas sebelum ini yang telah menang 3 penggal dan senior itupun tidak dilantik menjadi Exco, anda fikirkanlah sendiri.

Sunday, August 23, 2009

Pemuda Prihatin


Aktiviti yang telah disempurnakan oleh Pemuda UMNO Tapah. Diantaranya lawatan serta bantuan kepada penduduk miskin dan uzur di kawasan Temoh dan sekitarnya. Menziarahi Allahyarham Pak Manaf sebelum beliau meninggal dunia Julai lalu. Beliau merupakan Veteran UMNO di kawasan Tapah. Semoga segala program yang telah dirancang berikutnya akan berjalan lancar. Terima kasih kepada semua Jawatan Kuasa Pemuda Bahagian yang telah bersama menjayakan program-program tersebut.

Hadiah Padang Serai Untuk Gobala

ADUN Lunas keluar PKR
23/08/2009 11:48am

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas.

Bahagian PKR Padang Serai turut dibubarkan. - Utusan



200 ahli PKR keluar parti
23/08/2009 11:32am

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Padang Serai hari ini bertindak keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinannya dan mendakwa perjuangan parti itu kini tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya.

Keputusan pembubaran bahagian itu diumumkan oleh pemangku ketua bahagiannya, Jamaludin Abu Hassan dalam satu sidang akhbar di Hotel Legend. di sini sebentar tadi.

Turut mengikut jejak sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh yang mengumumkan keputusan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas

Beliau bagaimanapun tidak melepaskan jawatan selaku ahli exco Kedah yang memegang portfolio pelancongan, pembangunan masyarakat serta sumber tenaga manusia. -Utusan

..........................................................................................................................................................................

Ulasan * Kalau buruk sangkanya, ini mungkin satu drama menjelang PRK Permatang Pasir yang diarahkan oleh Bos mereka.

Kalau berbaik sangkanya pula. Ini pastinya satu tamparan buat YB Padang Serai. Hari tu dia melempang anggota polis, hari ini...dia pula kena lempang dengan PKR Padang Serai. Tahniah YB Lunas kerana sedar kemana nasib melayu didalam PKR. Melayu PKR tidak lama lagi akan terhimpit dengan kebanjiran ahli-ahli bukan melayu. Sekarang ni pun, mereka dah mula berebut jawatan-jawatan diperingkat cawangan dan bahagian. Jangan pula puak pembangkang akan mengatakan UMNO membayar berjuta duit kepada YB ni nanti.

Friday, August 21, 2009

Kisah Sedih Di Bulan Ramadhan

Semoga kisah ini memberi seribu pengajaran buat kita. Selamat menyambut ramadhan dan mengakhirinya dgn sempurna. Insya'Allah....

..........................................................................................................................................................................

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.


"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.


"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.


"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."


Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.


"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni ye?"


"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.


Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.


"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.


Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.


Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.


"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."


"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.


"Rileks Liza.tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.


"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.


"Sudah la tu bang."


"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."


Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....


BAAANGGG!!!


"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.


"Mak, Usin di mana mak? Mana Liza mak? Macam mana dengan Liza mak? Farah, Adi.... mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.


Emaknya memandang Usin tepat-tepat.


"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.


PANGGG!!!


Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?


"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang asar nanti dah nak buka pulak!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....


...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!


Malu beb!!


Sekian.


Moral : Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi.. Ingatlah orang tersayang..

copy & paste dari multiply he he......

Thursday, August 20, 2009

Mengimbau Isu Bukit Gantang



Ulasan * Sekiranya mangsa-mangsa Memali masih hidup hari ini mungkinkah mereka merelakan pas menjadi kuda kepada dap ? Bagaimana agaknya perasaan keluarga dan sanak saudara mereka pada hari ini ? Kalau dulu, mereka terpengaruh dengan hasutan agar tidak memilih UMNO kerana bersekongkol dengan orang kafir. Jangan memilih pemimpin dari orang bukan islam, kini itu semua hanyalah tinggal satu lagi sejarah retorik pas.

Pas cukup berpuashati menjadi PEMECAH UNDI MELAYU, sedangkan mereka tidak mampu untuk menjadi ketua dalam gabungan pembangkang. Adakah pkr dan dap akan merealisasikan angan-angan pas ? Atau mungkin pas merasakan mereka mampu mentarbiyah kedua parti itu ? Yang lebih pasti buat masa ini, pas hanya menjadi kuda tunggangan apabila sanggup meliberalisasikan ideologi politik mereka yang dulu kononnya lebih islamik dari UMNO. Kemanakah perginya slogan Negara Islam, Hukum Hudud dan Membangun Bersama Islam ? Itu semua telah cair dengan slogan Negara Berkebajikan dan Pas For All.

Sedikit pun tidak menjadi kudis pada UMNO dengan pertukaran kulit pas ini. Apa yang penting tolong jangan memperkudakan agama seolah islam itu hanya milik pas. UMNO sememangnya dari dulu berpijak dibumi yang nyata dan tidak sekali mahu menjual janji-janji agama untuk meraih undi. UMNO kini hanya sekadar memulangkan paku buah keras atau sekadar 'mempeghagatkan' pas kalau-kalau mereka dah terlupa dengan serangan-serangan hukum pada UMNO suatu waktu dulu. Juga untuk menyedarkan rakyat dengan siapa pas dan melayu pkr sedang diperkudakan. Melayu jangan lupa sejarah.

Tuesday, August 18, 2009

Hero Pas Naik Minyak....Lintah


Ulasan * Melayu pkr dan pas meleleh air liur melihat hero kesayangan mereka sekali lagi mempamirkan aksi hindustan. Kenapa waktu ini yang nak buat provokasi? Apabila polis melarang...hero ini seperti biasa buat keras kepala. Masih tak puashati, meronta-ronta macam orang gila. Hero tamil ni naik minyak pasal waktu itu, para wartawan ramai yang datang dari dalam dan luar negara. Dia tak rugi apa kalau negara Malaysia dipandang negatif orang luar. Melayu pas dan pkr yang bagai lembu dicucuk hidung pun akan mengiyakan perbuatan BIADAP dan mengatakan polis kejam lagi zalim. Kenapa si Gobala sahaja yang diheret....puak pembangkang kayu yang ada kat situ tidak pula dizalimi polis ? Selagi ikut peraturan dan tidak buat salah, tiada siapa pun nak jentik lu orang. Begitu jugaklah dengan ISA. Lu pikirlah sendiri !!!

Soalan minggu ini.
Mengapakah Gobala tak buat stunt untuk mempertahankan puaknya di Kg. Buah Pala ?















" Yo mappelai....yengge poringgey ?! Help me ma'cha ! "

Monday, August 17, 2009

Ahli UMNO Tak Akan Masuk Syurga - Nik Aziz

BUKIT MERTAJAM, 17 Ogos (Bernama) -- Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini Isnin selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.

Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar.

-- BERNAMA
.....................................................................................
Ulasan * Bagaimana penerimaan ahli-ahli Pas dengan kenyataan terbaru ini ? Mereka mungkin akan mengatakan media memutar belit kenyataan 'Bos' mereka. Seperti kenyataan nik aziz sebelumnya, biasanya akan disusuli dalam bentuk audio visual samada di tv ataupun di internet. Sepertimana kenyataan "..pergi jahane la denge UMNO !!" carilah di youtube.

Bagaimana pula dengan umat islam di negara lain yang tidak menjadi ahli Pas ?! Kesimpulan ringkas dari madah nik aziz ini, syurga itu hanya milik ahli pas. Pangkah pas dan tengok muka tuan guru pun, boleh masuk syurga. Letak stiker pas di kereta pun, tak mustahil masuk syurga. Tak tau pula secara 'cash' atau ansuran.

Samada kenyataan nik aziz diputar belitkan atau memang benar, sememangnya bukanlah kejutan tapi sudah cukup untuk orang melayu menilai cakap-cakap politikus yang bersandarkan penampilan dan berlagak lebih islamik dari orang lain.

Saturday, August 15, 2009

Tema Hari Kemerdekaan 2009 Ke 52

Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sambutan kemerdekaan yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 31 Ogos ini dan juga majlis penutupan sambutan di Sarawak pada 10 Okt nanti.

Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.



Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

Ciptaan : Nik Nizam & Errie Naham@John Boy.
Lirik : Lokman Ghani.
Gubahan Musik : Errie Naham
Nyanyian : Roy.

Friday, August 14, 2009

Pakatan panel finds Zambry ‘guilty’

IPOH: V. Sivakumar, who was removed as Perak state assembly speaker, said the assembly’s Rights and Privileges Committee has proposed a three-month suspension and RM250,000 fine against Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir and senior state exco member Datuk Hamidah Osman for contempt.

Also “found guilty” by the committee was deputy speaker Hee Yit Foong, who has been recommended for a six-month jail sentence and a RM500,000 fine.

Sivakumar said all three were “found guilty” for their roles during the May 7 assembly sitting.

He said more investigations would be carried out later against State Secretary Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.

The committee, he said would recommend to the state assembly to take action against the three in the next sitting.

On Wednesday, Sivakumar had also announced that the next state assembly sitting would be held at 10am on Sept 2 at the state assembly building.

In response, Perak Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir said, ”What can I say? He (Sivakumar) just wants me to respond to him, to give him a prominent comment.

“I don’t think I need to comment because I never recognised him. Actually, I pity him.” He added that he refused to dance to Sivakumar’s tune and engage in Pakatan Rakyat’s psychological warfare.

“I don’t want to play to their tune. He can play his gendang or kompang but I do not even want to hear his drumbeat,” he told reporters after handing out financial aid to the state’s 289 youth organisations at his official residence here yesterday.

Dr Zambry also acknowledged that the next official assembly sitting would most probably turn out much like the violent May 7 one.

“Well, let them (Pakatan) be. They should do things the right way. - thestar online

..........................................................................................................................................................................

Ulasan * Memang Pakatan Perasan betul pembangkang ni. Masih tak dapat menerima kenyataan mereka bukan lagi memerintah Perak. Memang pandai buat kelakar. Sabarlah Cik Siva, tunggu saja PRU 13 nanti, pekiklah sekuat hati waktu tu, untung sabut timbul.....untung batu tenggelam. DYMM Sultan Perak dah tak perkenankan bubar DUN, UMNO jugak disalahkan. Jom kita gelak ramai-ramai.....

Thursday, August 13, 2009

Bila Nik Aziz Bermadah

Kenyataan terbaru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ‘tak kisah’ sesetengah pemimpin DAP hina Islam atas alasan tidak faham mengenai agama itu sebenarnya tidak selari dengan pendirian beliau dan parti PAS dalam soal penghinaan terhadap Islam.

Semasa isu karikatur Nabi Muhammad s.a.w. disiarkan oleh sebuah akhbar Denmark, Nik Aziz turut sama dalam perhimpunan bantahan yang dianjur oleh Pemuda PAS Kelantan di Kota Bharu pada 17 Februari 2006.

Kenapa pada masa itu Nik Aziz tidak kata “tak apa sebab orang Denmark yang Kristian tidak faham Islam”.

Selain itu Ketua Pemuda PAS ketika itu Salahuddin Ayub turut membawa usul ke Dewan Rakyat pada 14 Mac 2006 bagi membantah penyiaran karikatur berkenaan. - Agendadaily

Berikut adalah laporan Bernama mengenai perhimpunan yang turut dihadiri Nik Aziz tersebut:

KOTA BHARU 17 Feb. 2006 - Kira-kira 3,000 orang menghadiri perhimpunan aman di pekarangan Pejabat Pas di sini hari ini bagi membantah tindakan akhbar Denmark, Jyllands Posten menyiarkan karikatur Nabi Muhammad s.a.w.

Perhimpunan anjuran Dewan Pemuda Pas Kelantan itu disertai Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub.

Perhimpunan itu dimulakan sebaik sahaja Nik Abdul Aziz selesai menyampaikan kuliah mingguannya yang turut menyaksikan pembakaran patung Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush.

Pelbagai sepanduk dikibarkan pada perhimpunan itu yang antara lain mengutuk tindakan penyiaran karikatur itu dan menggesa umat Islam memboikot barangan buatan Denmark.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Zaki Ibrahim berkata, perhimpunan aman itu bertujuan memberi kesedaran kepada umat Islam di negeri ini supaya menentang mana-mana pihak yang cuba menghina agama Islam.

``Pemuda Pas Kelantan menyokong keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggantung permit akhbar Sarawak Tribune pada 9 Februari lalu, kerana menyiarkan semula karikatur itu dan kami berpendapat kebebasan akhbar juga ada batasannya'', katanya kepada pemberita selepas perhimpunan itu. - Bernama














.....................................................................................
Ulasan*
Terlalu banyak komen-komen Nik Aziz yang sebenarnya memeningkan orang pas sendiri. Seperti biasa,pengikut-pengikut totok pas lebih rela menelan lidah mereka untuk menyanggah Morsyidol mereka itu. Alhamdulillah, pengikut dan pemimpin UMNO bukanlah jenis angguk-angguk sahaja. Buktinya, UMNO kini mempunyai Perdana Menteri yang baru. Pemimpin datang dan pergi, platform perjuanganlah yang perlu disokong selagi ianya memperjuangkan agama,bangsa dan tanahair.

Wednesday, August 12, 2009

Lilin Bukan Sebarang Lilin





.........................................
* Angguk-angguk, geleng-geleng, untuk menjaga hati DAP semuanya boleh jadi halal.

Tuesday, August 11, 2009

'ANWAR PENGKHIANAT BANGSA’ BERGEMA DI IPOH

PERHIMPUNAN menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa Anwar Ibrahim adalah Pengkhianat Bangsa, di hadapan bangunan Umno Perak, Ipoh mengundang kehadhiran lebih 500 orang.

Laongan ‘Anwar pengkhianat bangsa...., Anwar penjahanam negara.... Anwar penyamun.... Anwar penipu .... Anwar kaki kelentong dan Anwar peliwat.... bergema bagi menzahirkan kemarahan ramai kepadanya.

Majlis dimulakan dengan lagu Negaraku dan ikrar ‘Sumpah Melayu’. Ianya kemudian disusuli dengan beberapa ucapan lain yang membenarkan dakwaan bahawa Anwar Ibrahim adalah Pengkhianat Bangsa, oleh beberapa orang pemidato. Perhimpunan bersurai jam 1.30 tengah hari.

Walaupun perhimpunan diadakan jam 11.30 pagi, hari Selasa, 11 Ogos 2009 (hari dan waktu bekerja kebanyak orang) tetapi, kemampuan menghimpunkan hadhirin seramai itu cukup memberi erti bahawa rakyat Perak benar-benar menerima hakikat bahawa Anwar bin Ibrahim adalah ‘Pengkhianat Bangsa Melayu’.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh NGO dan kontraktor-kontraktor bumiputera seluruh Perak itu berjaya menzahirkan sokongan kepada TPM dan Timbalan Presiden Umno, yang dengan berani dan berterus-terang mengecam Penasihat PKR serta Ketua Umum Pakatan Pembangkang itu dengan panggilan ‘Pengkhianat Bangsa Melayu’.


Gambar-gambar sekitar perhimpunan:








Banyak lagi disini - http://parpukari.blogspot.com






ADUN Galas Jalani Pembedahan Barah Usus Di Guangzhao, China

RANTAU PANJANG, 7 Ogos -- Anggota Dewan Undangan Negeri Galas, Che Hashim Sulaima yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Guangzhao, China bagi barah usus dijadual menjalani pembedahan pada hari Jumaat.

Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri, Abdul Fatah Harun berkata keadaan wakil rakyat itu dilaporkan masih kritikal.

"PAS telah mengadakan solat hajat dan berdoa supaya wakil rakyat berkenaan kembali sihat dan pulih serta dipanjangkan umur untuk meneruskan khidmatnya kepada rakyat di kawasannya," katanya kepada Bernama di sini.

Katanya Che Hashim telah menjalani rawatan di China sejak 18 hari lepas dan menurutnya wakil rakyat itu disahkan menghidap barah usus kira-kira tiga bulan lalu selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Katanya, PAS Kelantan meluluskan peruntukan RM200,000 untuk membiayai rawatan Che Hashim di China.BERNAMA

.........................................................................................................................................................................

* Kalau ADUN UMNO merantau jauh dengan belanja sampai begitu, dah tentu jadi isu dalam HARUKAH.

Sunday, August 9, 2009

7 Wasiat Raja-Raja Melayu













Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:

  1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;
  5. Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Demonstrasi Budaya Anwar - Tun M

AnWAR PASANG JERAT LAGI

1. Awas dengan manusia PUTAR ALAM ini! Dalam satu kenyataan AnWAR bayangkan PKR akan minta letak calon di Ptg. Pasir, w/bagaimana pun beliau kata lebih suka jika PAS yang bertanding atas semangat muhibbah pembangkang.

2. Kenyataan AnWAR disiarkan oleh akhbar Berita Harian semalam. PAS PPinang melalui Dr. Mujahid (Timb. P/Jaya Negeri) telah keluarkan kenyataan bahawa status-quo harus dikekalkan. Ahli-ahli PAS bawahan mula membantah cadangan AnWAR ini.

3. AnWAR sengaja mahu mengundang polemik antara sesama pembangkang, kemudian akan melonjakkan dirinya sebagai penyelesai kemelut. Kononnya nanti beliau akan dilihat sebagai penyelamat lalu mengukuhkan imejnya selaku penyatu pakatan pembangkang.

4. AnWAR sengaja mengumpan agar pimpinan UMNO mengeluarkan kenyataan "Pembangkang semakin rapuh" dan macam-macam lagi. Maka selepas itu AnWAR akan mengeji akhbar arus perdana sebagai alat politik BN dan UMNO yang memutarbelitkan kenyataannya.

5. Kenyataan-kenyataan negatif pimpinan BN melalui provokasi AnWAR hanya menyemarakkan perasaan amarah penyokong pembangkang terhadap BN/UMNO. AnWAR pula akan terus membakar dan menutup minda mereka semasa ceramah kempen nanti.

Taktik ini dilakukan AnWAR bermula 3 hari sebelum p/raya umum 2008. Di Singapura AnWAR mengeji BN hingga pimpinan BN menyifatkan AnWAR pengkhianat negara. PRK Ptg Pauh, TS Khalid sengaja membuka ruang perdebatan UiTM dibuka kepada bangsa asing. Kenyataan ini disambut dgn penuh emosi pimpinan BN. PRK K. Terengganu, Bkt. Gantang, Manek Urai, pembangkang digambarkan telah berpecah! Namun undi mereka tetap konsisten,

Ada baiknya kempen kali ini BN/UMNO menumpukan kepada gerak kerja menawan kembali hati pengundi. Kenyataan-kenyataan AnWAR usahlah dilayan sangat kerana beliau memerlukan publisiti ketika kempem w/pun dilakukan dengan cara murahan. Jika benar pun pembangkang berpecah, itu masalah dalaman mereka. BN/UMNO jangan melatah kerana perkara ini hanya membuat AnWAR tersenyum melihat perengkap yang dipasangnya sudah mengena...... MARI KITA TENGOK SIAPA YANG KENA !!!!!!!!!!!!!!!

http://x-pkr.blogspot.com/

Misi royalti bertukar misi maut
















PETUGAS media terbaring keletihan dan mabuk laut semasa membuat liputan ke pelantar minyak Cakerawala lebih 150 kilometer dari Kota Bharu dengan menaiki bot nelayan kelmarin.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KOTA BHARU – Sekumpulan petugas media yang menyertai ‘Misi Royalti’ anjuran kerajaan Kelantan ke pelantar minyak Cakerawala yang terletak lebih 150 kilometer dari muara Pengkalan Kubor di sini kelmarin bertukar menjadi pengalaman mengerikan apabila terpaksa menyabung nyawa di lautan.

Ini berikutan tindakan pihak penganjur yang cuma menyediakan pengangkutan bot nelayan bagi membawa kira-kira 30 petugas media daripada akhbar Utusan Malaysia, Kosmo!, Sinar Harian, China Press, Nanyang Siang Pau dan sekumpulan blogger ke pelantar itu.

Malah petugas media yang terbabit pada mulanya diberitahu perjalanan hanya mengambil masa selama lapan jam pergi balik tetapi hakikatnya mereka meredah hampir 28 jam perjalanan sebenar.

Lebih mengejutkan, tekong bot tersebut, Ku Ding Tua Hassan, 45, memberitahu, perjalanan sejauh itu adalah pengalaman pertamanya kerana sebelum ini dia hanya menangkap ikan sekitar 60 kilometer dari kawasan daratan.

Keadaan itu menyebabkan semua petugas media terbabit terpaksa ‘bersabung nyawa’ menempuh perjalanan kira-kira 14 jam sehala dengan bot yang hanya berkelajuan 7.2 knot sejam.

Berbeza pula dengan bot yang dinaiki oleh rombongan penganjur yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa serta beberapa pemimpin kerajaan negeri yang menaiki bot KD Amanah 28 milik Maritim Malaysia (APMM).

Bot tersebut bukan sahaja lebih laju dan kukuh tetapi juga jauh lebih selamat berbanding bot nelayan yang tidak mempunyai kelengkapan keselamatan yang cukup.

Husam sebelum bertolak memberi gambaran bahawa pihak media akan diberi peluang menyaksikan rombongan kerajaan negeri melakukan kerja-kerja mengukur dan memastikan pelantar tersebut benar-benar berada di kawasan perairan Kelantan bagi menuntut royalti daripada Kerajaan Pusat.

Bagaimanapun, sebaik pihak media tiba pada pukul 11 malam selepas bertolak pada pukul 10 pagi, tidak ada sebarang aktiviti mengukur di situ, malah rombongan kerajaan negeri sudah bertolak pulang.

Berikutan itu petugas media yang dalam keletihan dan mabuk laut hanya dapat melihat pelantar berkenaan dari jarak kira-kira 500 meter sebelum bertolak balik semula ke Pengkalan Kubor pada pukul 1 pagi esoknya.

Wartawan Utusan Malaysia, Rodelio Junjun Taucan memberitahu, beberapa aspek keselamatan semasa perjalanan itu tidak dipedulikan langsung oleh penganjur.

“Saya antara beberapa peserta yang tidak dibekalkan dengan jaket keselamatan sedangkan penganjur berjanji APMM akan menyediakannya ketika bot rombongan kami bertemu di suatu lokasi di tengah laut,” ceritanya ketika ditemui.

Tambahnya, perjalanan pulang juga ternyata cukup mengerikan apabila bot mereka dipukul ribut hampir dua jam bermula pukul 2 pagi.

Jurugambar Utusan Malaysia, Hafiz Johari pula berkata, dia masih dalam keadaan trauma akibat pengalaman dipukul ribut.

“Seharusnya keselamatan kami dititikberatkan oleh penganjur, saya menyaksikan sendiri tekong bot beberapa kali cuba menghubungi pasukan APMM untuk mendapatkan bantuan tetapi gagal,” dakwanya.

sumber : Kosmo!

Mesyuarat Agung Pemuda UMNO Bahagian Tapah.





























































































































YB Dato Razali bergambar bersama Ketua Bhgn Tapah serta barisan EXCO PPUB Tapah.