Friday, May 27, 2011

Cerita Tentang Mufti Perak


Selain dari digelar Haramsani, Mufti Perak juga digelar Mufti Pasir Berdengung dan macam-macam lagi mengikut sedap kepala lutut penceramah PAS yang kononnya nak menegakkan islam.

Mendoakan kesejahteraan Lim Guan Eng dan macam-macam karut lagi yang pemimpin dan ahli PAS sanggup buat demi memuaskan kebencian mereka kepada UMNO.

Yang kelakarnya, mereka lupa ahli-ahli PAS yang bekerja dengan kerajaan dan kerajaan negeri Perak pula apa status sumber rezeki mereka ? Begitu juga dengan kerajaan negeri Pakatan, adakah sumbernya bersih dari segala kekotoran, negeri Kelantan bagaimana ?

Tuesday, May 24, 2011

Larang artis tidak bermoral tetapi bagaimana pula orang politik?

Hassan Mohd. Noor - Utusan Malaysia

BULAN lalu, Kerajaan Negeri Selangor dilaporkan melarang artis sama ada tempatan mahu pun luar negara yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral mengadakan persembahan terbuka di negeri pentadbiran trio 3P - DAP-PKR-Pas.

Kenyataan berkaitan dikeluarkan oleh Exco Selangor, Dr. Hassan Mohd. Ali yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Beliau dilaporkan sebagai berkata: “Kita tidak akan memberi ruang (adakan sebarang persembahan) kepada artis sedemikian kerana perlakuan kurang bermoral yang dilakukan sebelum ini dilihat akan memberi kesan negatif kepada golongan muda terutamanya yang menjadikan artis sebagai idola mereka.

“Kita bimbang para remaja akan terikut-ikut perlakuan artis tersebut dan sekali gus menyebabkan perlakuan sumbang di kalangan remaja meningkat di Selangor.

“Oleh itu dengan cara seperti ini, ia sedikit sebanyak dapat membendung kegiatan sedemikian daripada terus merebak,”.

Beliau merujuk kepada perihal yang melibatkan penyanyi Indonesia, Kris Dayanti yang mengaku hamil empat bulan walaupun baru berkahwin empat minggu sebelumnya.

Kata Hassan lagi: “Apa yang dilakukannya (mengandung luar nikah) itu adalah berdosa dan haram di sisi agama dan ini bukan contoh yang patut dicontohi oleh mereka (masyarakat).

“Kita tidak mahu anak-anak muda kita terlalu mengagung-agungkan personaliti seperti itu,”.

Kenyataan itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada golongan artis.

Siapakah yang dimaksudkan artis yang tidak bermoral itu? Apakah yang dimaksudkan aktiviti tidak bermoral? Moral sinonim dengan akhlak, budi pekerti, budi bahasa, kesopanan, kesantunan, sopan santun, ketertiban, adab dan baik perangai.

Maka apakah definisi moral yang mahu ditekankan oleh kerajaan Selangor dalam menjaga generasi muda? Sudah tentu moral tidak terbatas kepada hubungan luar nikah sahaja sebaliknya aktiviti lain seperti melakukan aksi lucah, rogol, ketagihan arak, dadah dan sebagainya.

Hasrat kerajaan negeri itu memang dialu-alukan bagi membendung anak-anak muda daripada terjebak ke dalam kancah yang tidak diingini. Tetapi adakah mengharamkan artis terlibat mengadakan persembahan akhirnya hasrat murni tersebut tercapai? Adakah dengan melarang mereka yang ‘tidak bermoral’ ini mengadakan persembahan dapat membantu kerajaan negeri melahirkan insan berakhlak mulia?

Hiburan hanyalah salah satu daripada bidang yang sedikit sebanyak boleh mendorong anak-anak kita tidak bermoral. Hakikatnya masih banyak saluran lain yang akan mendorong anak-anak muda terjebak dalam kegiatan yang tidak diingini. Jika artis tidak bermoral dilarang ‘masuk’ Selangor tetapi mereka mungkin muncul di televisyen, Internet, kelab malam, pusat hiburan dan pelbagai sumber lain di mana-mana saja.

Inilah hakikat yang harus diterima. Maka larangan seumpama itu tidak akan memberi kesan yang besar sebaliknya sekadar menjejaskan ‘periuk nasi’ artis.

Bagaimanapun persoalan yang lebih besar kenapa sekadar hiburan dan artis? Bagaimana pula bidang lain? Dalam politik juga ada individu yang tidak bermoral.

Bagaimana jika artis yang didakwa tidak bermoral akhirnya ‘insaf’ dan menyertai parti politik lebih-lebih lagi Pas atau PKR? Adakah ketika itu dosa mereka diampunkan, menjadi ‘bersih’ seperti kain putih dan boleh muncul di pentas tetapi kali ini di pentas politik?

Sama ada hiburan atau politik, usahlah ‘memilih bulu’. Janganlah apabila melibatkan orang politik, maka kita akan berkata, itu hak peribadi. Sama ada aktiviti tidak bermoral itu melibatkan nafsu peribadi, untuk simpanan atau koleksi peribadi tetapi apabila ia tersebar luas melalui Internet dan sebagainya maka ia secara tidak langsung boleh dianggap terlibat dalam aktiviti tidak bermoral. Begitu juga orang politik turut terlibat dalam rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya.

Adakah atas nama politik, perbuatan mereka ini boleh dimaafkan? Adakah kerana politik, mereka yang tidak bermoral ini akan terus diberi tempat - memegang jawatan dalam kerajaan, dibenarkan berceramah malahan menyampaikan khutbah Jumaat?

Artis dan ahli politik adalah manusia. Pengaruh bukan sekadar datang daripada orang seni tetapi juga orang politik. Orang muda juga berminat dalam politik. Adakah membiarkan orang politik yang tidak bermoral, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya muncul di pentas poltik, maka kesannya jauh berbeza berbanding melibatkan anak-anak seni yang didakwa tidak bermoral?

Kerajaan negeri perlu adil dan tidak bersikap double standard. Kenapa ahli politik yang tidak bermoral tidak dikenakan tindakan yang sama seperti dihadapi artis? Kenapa tidak diharamkan sahaja mereka daripada muncul di pentas politik?

Dalam politik, ramai penceramah yang tidak peduli soal adab sopan. Selak pernah menulis mengenai isu berkaitan di bawah tajuk Selak, dedah, londeh jadi mainan politik; Berbaloikah provokasi sesama insan hanya sekadar mencari undi?; Hilang adab sopan apabila ‘dibogel’ ‘dilondeh’ dalam blog; Apabila mulut mula berkata-kata, kemesraan pun hilang.

Seolah-olah sudah lumrah penceramah parti politik tertentu, banyak ceramah mereka mengaibkan orang, menghina, memaki hamun, mencarut dan macam-macam lagi. Adakah wajar penceramah seperti ini dibenarkan terus berceramah?

Di samping artis dan ahli politik tidak bermoral, niat murni kerajaan negeri tidak akan ke mana jika sumber lain yang menyumbang kepada gejala tidak sihat gagal dibendung. Kemunculan rumah urut haram, pusat hiburan yang berselindung di sebalik aktiviti tidak bermoral termasuk pelacuran dan macam-macam lagi juga mendorong anak-anak muda terlibat dalam kegiatan tidak diingini.

Maka Kerajaan Negeri Selangor perlu melihat semula pelbagai sumber yang mendorong kegiatan tidak bermoral ini. Jangan sekadar mencari silap orang lain.

Saturday, May 14, 2011

Bikin Filem


Kita jijik betul dengan kelakuan Anwar mengarahkan anaknya Nurul Izzah membuat lapuran polis mendakwa adanya cubaan untuk menculik dan mengapa-ngapakan cucunya. Kita yakinlah ini semua arahan Anwar sebab taktik reka cerita untuk dapat simpati ini dah banyak kali diguna Anwar sehingga kita boleh baca dengan mudah.

Peliknya pulak sejak kes video lucah yang ramai yakin dia adalah pelakunya tersebar luas, macam-macam hal yang ditimbulkan Anwar. Dari cubaan membunuhnya dengan cara mensabotaj kereta sehingga kepada konon cubaan nak culik cucu.

Dan demi nak menyokong dakwaannya itu, kisah tragis kehilangan kanak-kanak bernama Sharlene Mohd Nashar dikaitkan pula dengan ‘cubaan’ nak culik cucu ini. Anwar masa rangka ‘drama’ ni tak fikir pasal perasaan keluarga mangsa ke?

Apa Anwar dah habis strategi lagi dah ke sampaikan cucu pun nak diseret sekali dalam masalah video seksnya?

Kenapa kita kata video seks? Sebab sejak video seks ini tersebar dan Anwar semakin hari semakin jelas sebagai pelaku di dalamnya, semua permasalahan ini berlaku. Daripada cubaan bunuh dengan cara sabotaj kereta sehinggalah nak culik cucu pula.

Semua ini tak nampak ada motif yang jelas kenapa ada orang cuba nak bunuh Anwar dan culik cucunya. Kalau nak buat, dari sejak Anwar keluar penjara dah buat dah. Soalannya kenapa sekarang?

Dan satu soalan lagi, kenapa sejak Anwar tersepit dengan hal videok seks ini saja yang semua ini terjadi?

Realitinya, karier politik Anwar dah hancur sejak video lucah mengandungi mukanya ini tersebar. Dan kita jangan lupa, ada banyak lagi yang akan tersebar selepas ini kerana tabiat Anwar, kalau dia percayakan satu orang, tiada apa yang akan disurukkan daripada orang tersebut, termasuklah Eskay.

Dan bila Eskay dah berpaling tadah ni, Anwar tahu dia ada masalah besar!!

Tapi takkanlah sampai nakseret cucu sekali masalah ni? Hina dan jijik betul Anwar ni, bukan setakat tak layak jadi datuk, malah tak layak jadi manusia pun.

Sejak kes video seks ini, Anwar bukannya semakin kuat, malah semakin lemah. Buat apa nak bunuh dia? Dia memang dah hancur pun.

Penulis minta agar rakyat tidak terpedaya dengan cerekarama (cerita rekaan ramai) Anwar ini. Cukup-cukuplah kita diperdayakan dengan pelbagai jenis pembohongan Anwar sebelum ni, dari arsenik, virus HIV sampailah sekarang.

Semua pun bohong belaka.

Sumber - mykmu

Monday, May 2, 2011

Sesumpah Yang Takut Bersumpah

Lidah bercabang yang mahu jadi Perdana Menteri Malaysia. Sungguh malang ada generasi muda yang tidak tahu hujung pangkal dan sejarah politik Anwar tetapi sibuk mempertahankan dan menyanjungnya.

Generasi muda perlu lebih rajin mencari dan mengkaji sejarah politik negara sebelum menyondol membenci kerajaan.

Video ini adalah untuk anda mengenali secara ringkas tentang Anwar dan sumpah yang cuba dia elakkan.