Friday, September 30, 2011

UMNO Rela Disabotaj

Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategik kerajaan?

APABILA saya diberitahu mengenai maklumat ini saya tidak tahu di mana hendak bermula. Apakah benar maklumat yang saya terima ini?

Jika benar apakah wajar saya dedahkan? Jika saya dedahkan apakah implikasinya? Namun saya tetap berdoa agar maklumat ini salah.

Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan

kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku.

Tapi sebagai penulis, itulah risiko yang harus dihadapi.

Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya.

Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam

kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.

Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata.

Baca seterusnya di SINI


PPUBT - Mengapa musang-musang ini terus dibiarkan bermaharajalela mencarikkan usaha-usaha yang kerajaan telah lakukan selama ini ? Amat malang ianya berlaku di kala UMNO/BN memerintah.

Thursday, September 29, 2011

LGE Tertelan Lidah

Inilah manusia yang orang melayu PAS dan PKR angkat jadi khalifah. Berjayakah pemimpin PAS mentarbiyah LGE atau pemimpin dan pengikut PAS yang dah basah dimandikan dengan air kaki LGE.

Sudah menjadi budaya pemimpin pembangkang memang suka memburuk-burukkan negara sendiri di luar negara. Kalau negara lingkup sekalipun, mereka apa peduli.

Kalau nak tarik pelabur ke Pulau Pinang, janganlah sampai memburukkan negeri yang lain. Atau mungkin lebih suka pelabur luar pergi ke negara jiran mentor kepada DAP ?

Seperti biasa, pemimpin pembangkang akan pusing sampai 360' dan akan menyalahkan TV3,UMNO dan BN. Hatta ditunjukkan bukti, untuk mengaku salah dan minta maaf tidak sama sekali. Memang nyanyuk sungguh LGE cuba nak menegakkan benang yang basah.

Syabas kepada DYMM Sultan Johor yang turut bersuara apabila Johor diperlecehkan sesuka hati oleh LGE yang tak sedar diuntung menjadi warganegara Malysia yang tercinta ini.


Monday, September 26, 2011

Jamuan Hari Raya Pemuda UMNO Bahagian Tapah

Hujan lebat yang turun sebelum majlis pada pukul 3 petang tidak menghalang orang ramai datang ke Dewan Merdeka Tapah untuk menghadiri Jamuan Hari Raya.








Saturday, September 24, 2011

Gambar Penuh Makna


Apa persepsi sesiapa yang melihat kain rentang ini? Ada udang sebalik batu, superimpose, kerja orang UMNO sendiri, puak PAS nak buat sketsa lawak, ini hanya sandiwara atau pun kedatangan PM DS Najib memang diraikan.

Kalau waktu PRK, gambar DS Najib dan kain rentang UMNO selalunya jadi mangsa kemarahan pengikut tegar PAS. Alangkah bagusnya kalau budaya tersebut tiada lagi kalau mereka dapat melihat kain rentang di atas dan berubah dari sikap agresif kepada yang lebih rasional.