Thursday, September 29, 2011

LGE Tertelan Lidah

Inilah manusia yang orang melayu PAS dan PKR angkat jadi khalifah. Berjayakah pemimpin PAS mentarbiyah LGE atau pemimpin dan pengikut PAS yang dah basah dimandikan dengan air kaki LGE.

Sudah menjadi budaya pemimpin pembangkang memang suka memburuk-burukkan negara sendiri di luar negara. Kalau negara lingkup sekalipun, mereka apa peduli.

Kalau nak tarik pelabur ke Pulau Pinang, janganlah sampai memburukkan negeri yang lain. Atau mungkin lebih suka pelabur luar pergi ke negara jiran mentor kepada DAP ?

Seperti biasa, pemimpin pembangkang akan pusing sampai 360' dan akan menyalahkan TV3,UMNO dan BN. Hatta ditunjukkan bukti, untuk mengaku salah dan minta maaf tidak sama sekali. Memang nyanyuk sungguh LGE cuba nak menegakkan benang yang basah.

Syabas kepada DYMM Sultan Johor yang turut bersuara apabila Johor diperlecehkan sesuka hati oleh LGE yang tak sedar diuntung menjadi warganegara Malysia yang tercinta ini.


No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.