Friday, December 31, 2010

2011 Tahun Menguburkan Pakatan Rabak



Sejarah telah membuktikan, gabungan parti-parti untuk menjatuhkan Barisan Nasional akhirnya terkubur begitu saja. Matlamat penggabungan hanya untuk pilihan raya tanpa ada kesepakatan dari peringkat awal hanya mengundang masalah.

Idea mewujudkan gabungan antara parti seperti BN bermula dari akhir akhir tahun 80 an lagi. Bermula dengan pengharaman UMNO dan wujud parti serpihan Semangat 46. Usaha yang dipelopori oleh parti Semangat 46 untuk menyatukan PAS,DAP juga parti lain maka wujudlah Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah. Tapi nyata ianya tak mampu bertahan lama kerana parti-parti yang bergabung jelas mempunyai ideologi politik yang berbeza.

Anwar sedar hanya dengan kerjasama atau lebih tepat agenda kuda-memperkudakan antara satu sama lain adalah lebih berkesan untuk mengugat kestabilan BN. PAS dan DAP pada awalnya memang sukar untuk bekerjasama dengan sendirinya, maka parti KeAdilan menjadi orang tengah untuk mewujudkan gabungan baru parti pembangkang. Bermula dengan Barisan Alternatif kemudiannya Barisan Rakyat dan kini Pakatan Rakyat.

Sepatutnya penyokong pembangkang meluangkan sedikit masa untuk mengkaji dan berfikir, walau apapun nama gabungan yang diberikan, mereka ini masih tidak mampu untuk bersatu dari segi lambang seperti Barisan Nasional.

PKR,DAP dan PAS masih menggunakan lambang masing-masing dalam PRU mahu pun PRK. Kenapa mereka masih tidak berdaftar dan menggunakan lambang PR yang telah dilancarkan baru-baru ini ?

Rakyat boleh menilai tingkah laku dan pembohongan pemimpin pembangkang. Mereka sebenarnya tidak mampu bersatu dalam ertikata yang sebenar. Bila tiba masa, gabungan pembangkang yang seolah gunung berapi itu akhirnya akan meletus juga akhirnya. Kalau ahli sendiri pun dah meluat inikan pula rakyat Malaysia. Insya Allah 2011 kita akan lihat Pakatan Retak dan Rabak pembangkang ini akan tersungkur dan terkubur.

Thursday, December 30, 2010

Pengikut PAS Jadi Mamai


DAP perguna Anwar

KUALA LUMPUR 29 Dis. – DAP didakwa mempergunakan situasi yang sedang dihadapi oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kepentingan parti itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir (gambar) berkata, selagi kes liwat beliau di mahkamah tidak selesai, Anwar terpaksa akur dengan keputusan DAP dalam pelbagai perkara termasuk pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Menurut beliau, jika perkara yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong semalam bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah mendesak supaya Anwar disiasat berhubung dakwaan kes liwat adalah benar, maka tidak mustahil parti itu mahu Anwar terus kekal dalam situasi tersebut.

‘‘Situasi yang dihadapi Anwar cuma dipergunakan oleh DAP. Secara tidak langsung situasi ini akan membuatkan Anwar terpaksa akur dengan sebarang keputusan DAP dalam pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Choo Keong bahawa Karpal akhirnya mengaku pernah mendesak Anwar disiasat kerana didakwa oleh beberapa pihak terlibat dengan perbuatan liwat.

Perkara itu, menurut Choo Keong, diakui Karpal menerusi laman web www.malaysia-instinct.com pada Selasa lalu apabila menjelaskan desakan yang dibuat pada 1997 adalah atas kedudukannya sebagai wakil rakyat pembangkang di Dewan Rakyat.

Musa berkata, Anwar bernasib malang kerana tidak sedar bahawa dirinya dipermainkan oleh DAP memandangkan kesnya masih berjalan sedangkan pilihan raya umum akan menjelang tidak lama lagi.

‘‘Pada ketika itu Anwar tidak akan dapat berbuat apa-apa sebaliknya menerima sahaja apa yang diputuskan oleh DAP,’’ katanya.

- UtusanOnline


Sunday, December 26, 2010

RM500 Untuk Guru Sahaja


Menaikkan dan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang. Ini adalah diantara 1o insentif dalam tawaran Program 100 Hari sekiranya mendapat mandat untuk ke Putrajaya di PRU13 nanti.

Mungkin ada guru yang akan percaya dengan retorik ini. Kebanyakkan guru tidak sebegitu mudah dan bodoh seperti pengikut taksub pembangkang yang mudah digula-gulakan dengan janji-janji manis.

Kenapa pula guru yang diberikan keutamaan oleh pembangkang dalam 10 insentif yang ditawarkan ? Adakah kerana hampir separuh dari kakitangan kerajaan adalah golongan guru...atau, pembangkang merasakan golongan ini mudah diperdayakan dengan janji yang mereka rasa cukup lumayan ? Kasihan sungguh dengan kakitangan kerajaan lain seolah tidak penting kepada pembangkang.

Secara tidak l;angsung sebenanrnya Anwar dan ketua pembangkang yang lain nyata memandang rendah dan memperbodohkan golongan pendidik untuk kepentingan politik mereka. Mereka merasakan majoriti golongan ini adalah menyokong gabungan pembangkang dan ini peluang mereka untuk menunjuk baik.

Siapakah yang menentang dasar PPSMI dimana guru juga mendapat habuan dari projek ini, bukankah pembangkang ? Akhirnya sebilangan besar guru juga akhirnya hilang insentif khas PPSMI sebanyak 5-10% dari gaji mereka.

Sewaktu Anwar menjadi Menteri Pelajaran dahulu, pernahkan guru-guru diberikan insentif khas atau projek lain untuk memartabatkan profesion ini. Dizaman beliaulah, golongan ini semakin terpinggir dalam politik UMNO apabila ahli korporat dibawa masuk dalam UMNO.

Tunaikanlah dulu janji-janji manifesto PRU12 di negeri yang Pakatan R# kuasai. Bagus juga sekiranya gaji kakitangan kerajaan negeri yang ditadbir oleh pembangkang dinaikkan dulu sebelum meraban jauh ke Putrajaya.

Hanya orang gila yang percaya orang gila.


Thursday, December 16, 2010

Kera Mengamuk Di Kuala Lumpur



Sekumpulan kera telah mengamuk di lobi parlimen setelah seekor dari kera tersebut yang dipercayai ketua mereka disuruh keluar oleh seorang lelaki dari terus menganggu persidangan parlimen.

Dalam kekecohan tersebut tiada berlaku sebarang kecederaan. Ketua dan kumpulan kera yang mengamuk, akhirnya kembali normal walaupun ketidakpuasan hati masih nampak melalui cara mereka melompat meninggalkan parlimen.

Kera-kera ini sentiasa bertindak liar setiap kali masuk ke dalam Dewan Parlimen. Kejadian kera mengamuk juga selalu berlaku di Persidangan DUN Perak.

Menurut seorang penjual ais krim di Zoo Taiping, kera-kera yang mengamuk di Dewan Parlimen dan Dewan Negeri Perak adalah spesies yang sama yang semakin pupus yang dikenali sebagai Anvarismepasdapdikudakuda.


Gambar hiasan

Monday, December 6, 2010

Melayu PAS dan PKR Jadi Buta


Kemanakah para ustaz PAS yang sudah tentunya turut serta dalam demo ini...tidakkah mereka lihat dengan jelas masjid dijadikan seperti pasar borong ? Begitu juga dengan orang-orang melayu yang turut bergelumang mencemar kemuliaan masjid ini ?

Lihat sahaja bagaimana respon yang diberi oleh ahli politik DAP apabila diminta supaya memakai selendang menutup kepala, cukup jelas ketidakpuasan hatinya untuk berbuat demikian. Banyak pula soalan yang diajukan.

Wahai melayu pembangkang, sudah-sudahlah bersekongkol dengan orang bukan islam yang nyata tak mahu berkompromi dengan agama islam.

Amat sedih apabila melihat melayu-melayu yang seolah buta untuk melihat masjid dipergunakan sebegitu rupa oleh orang bukan islam yang kononnya menyokong perjuangan melayu dan islam.