Thursday, April 28, 2011

Tahniah Dan Syabas Melayu PAS

Tahniah dan syabas kepada barisan kepimpinan PAS kerana memudahkan usaha UMNO untuk menyatu padukan orang melayu dengan kembali menyokong perjuangan murni UMNO. Orang melayu sudah kembali menyokong perjuangan UMNO walaupun melayu tegar PAS masih berdolak dalik.

Tindakan kepimpinan PAS yang rela hati untuk diperbodohkan dan menjadi korban dalam Pakatan sememangnnya memalukan. Akhirnya melayu semakin sedar wajah sebenar PAS yang dulunya dicanangkan parti yang kononnya menegakkan Hukum Allah.

Mereka yang dulunya terlampau fanatik dan sensitif dengan perjuangan islam kini tersungkur di kaki DAP dan Anvar. Tembelang DAP dan PKR pula semakin nyata dan PAS terperangkap didalam lubang biawak. Ditelan mati emak, diluah mati bapa.

Dengan izin Allah jua, PAS kini terpaksa mendukung biawak hidup dan menanggung malu. Mereka masih menunggu ketetapan takdir yang mengikut selera perut mereka. Tidak pula mereka bermuhasabah, mungkin apa yang sedang berlaku kini adalah ketetentuan Allah. Adakah mereka berharap sangat solat-solat hajat yang mereka buat perlu terjadi keburukan kepada UMNO ?

PPUBT yakin masih ada melayu yang waras dalam PAS yang jauh dilubuk hati mereka sedar betapa PAS menyimpang jauh perjuangan yang sebenarnya adalah retorik semata. Marilah bersama UMNO berjuang demi agama,bangsa dan tanah air tercinta serta mengeratkan silaturahim umat melayu di Malaysia.

Tinggalkan PAS dan biarkanlah PAS berkubur seperti mana parti serpihan yang hanya merugikan agama dan bangsa. Melayu dalam PKR hanya melukut dan telah ramai yang kembali kepada UMNO.

Orang melayu perlu bersatu padu untuk menyanggah pembangkang yang tak sedar diuntung, tidak kira dalam BN mahupun Pakatan.

Kepada orang melayu PAS,PKR dan atas pagar yang telah sedar pentingnya perpaduan melayu,tahniah dan syabas.

Thursday, April 21, 2011

Bebal Tahap Kronik

Apa agaknya yang membuatkan melayu islam PAS cukup lembut dan mudah benar bertolak ansur dengan DAP ?

Kronik sungguh dendam kesumat kepada UMNO sehinggakan sanggup bersekongkol dengan parti seperti DAP hanya untuk mejatuhkan sebuah parti islam yang memimpin parti lain untuk memerintah, sedangkan mereka nyata tidak mampu mengantikan UMNO menjadi tonggak dalam Pakatan.

Retorik tentang perjuangan islam mereka terus dijual kepada orang melayu disurau dan masjid. Berhadapan dengan DAP pula, nada islam yang lebih lembut dan lebih liberal disuarakan. Pantang sekali kalau slogan seperti Negara Islam ditimbulkan dihadapan Karpal Singh.

Lihat,faham,fikir dan kita renungkan apa punya jenis melayu PAS dalam video ini. PAS yang hanya menjadi 'pemecah undi melayu' harus kita tentang habis-habisan dan kita berusaha agar semua melayu kembali bersatu dalam UMNO yang lebih berpotensi menjadi pemerintah.




Wednesday, April 13, 2011

Soalan Yang Patut Rakyat Sarawak Renungkan

1. Kalau tempoh perkhidmatan Taib Mahmud dengan tempoh Lim Kit Siang, Karpal Singh, Hj Hadi dan Nik Aziz dalam politik, siapa sebenarnya yang lebih lama?

2. Kekayaan Taib Mahmud menjadi isu, tetapi jika bandingkan kekayaan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibarhim) dan Azmin Ali, siapa sebenarnya lebih diragui punca kekayaannya?

3. Isu Teoh Beng Hock, siapa sebenarnya yg untung bila dia mati? Siapa yg hendak sembunyikan rahsia yang diketahui Teoh Beng Hock? Adakah kerajaan Sarawak, SPRM, Kerajaan PKR Selangor, Khalid Ibrahim atau DAP yang untung? Maka tidakkah lebih munasabah Teoh dibunuh oleh mereka ini?

4. DS Najib sudah membuktikan janji-janji beliau, dan masih berusaha lagi. Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya belum lagi membuktikan apa sumbangan kepada rakyat di Sarawak.

5. Janji isu tanah selesai dalam masa 1 tahun Pembangkang. Lihatlah apa terjadi kepada penduduk Kg Buah Pala di Pulai Pinang..bukankah dulu Anwar berjanji akan selesaikan masalah Kampung itu sebaik sahaja menang pilihanraya?

6 .Janji Pas tentang agama Islam, berapa kerusi Pas bertanding di Sarawak? Apakah Pas akan jadi dominan dalam pakatan nanti kalau begitu?

7. Apakah Pas berniat hendak melaksanakan hudud di Sarawak ataupun kerana hendak meruntuhkan kepimpinan Islam di negeri ini?

8. Kenapa PKR begitu tamak bertanding di tempat yang sepatutnya diberikan kepada SNAP? Awal awal lagi mereka sudah mula memperkecilkan kepimpinan pembangkang tempatan dan mengutamakan kepimpinan parti daripada semenanjung untuk memerintah Sarawak.

9. Kenapa ketua umum PKR tak nak bersumpah, tak nak bagi DNA, tak tunjuk jam Omega, tidak mahukan Suruhanjaya Penyiasat. Jika Anwar tidak bersalah mengapa perlu takut?

10. Pihak mana lebih jujur kepada rakyat Sarawak dan tidak perlu berkempen memburuk-burukkan lawan sehingga menimbulkan fitnah???

rajahmas.blogspot.com

Sunday, April 10, 2011

1 Malaysia Yang Di Israelkan

Kalau orang biasa memakai pelekat,baju,rantai kunci dan lain-lain benda yang ada lambang 1 Malaysia, sudah tentu akan dipandang sinis. Puak lebai dan penyokong tegar pembangkang ini cukup alahan dengan slogan dan simbol 1 Malaysia. Konsep 1 Malaysia juga ditohmah ada kaitan dengan Israel, APCO dan sewaktu dengannya. Apa pula hendak ditafsirkan gambar-gambar berikut mengikut akal sempit puak pembangkang, superimpose atau Nik Aziz telah dibeli ?

Tuesday, April 5, 2011

Ahli Pakatan Terkucil Tak Ketahuan



Sudah gempar di Facebook dengan klip video panas Bos Pakatan yang pada awalnya tersebar di Youtube. Klip di Youtube telah di flag sudah tentunya dari penganut pembangkang yang malu dengan kebenaran yang bakal terbongkar. Namun di Facebook ianya masih boleh ditonton dengan aplikasi Facebook.

Maka ramailah penganut-penganut tegar pembangkang cuba menegakkan benang yang basah. Pipi tak sama,perut buncit dan tetek macam orang tua,video hitam putih dan macam-macam cara mereka mempertahankan Bosnya.

Belum pun mereka tatap video penuh, dan hanya screen shot video, sudah macam-macam analisis yang mereka cipta di FB,forum dan blog. Bagaimana pula agaknya kalau lebih banyak video yang bakal menyusul selepas ini yang mungkin lebih jelas ?

Analisis bodoh ini jugalah yang mereka hamburkan dengan siri pendedahan melalui vcd pada tahun 2001 dan tersebar kemudiannya di Youtube. Aksi berdangdut,didalam penjara,perbualan telefon dan lain-lain semua mereka sanggah seolah susah untuk menerima kebenaran.

Presiden dan PAS yang patut malu kerana terang-terang diperbodohkan oleh Bung Nuar yang menjerumuskan PAS dalam kekalutan yang amat memalukan. Mereka tidak ambil ikhtibar dari cerita kesombongan Iblis. Akhirnya, solat hajat yang selalu dibuat oleh melayu PAS dan PKR agaknya terjawap juga.

Analisis menarik tentang video hitam putih di sini