Monday, March 29, 2010

Bonus Untuk UMNO

Sudah tentunya respon dari pengekalan Nik Aziz sebagai Mursyidul AmPAS bercampur baur dikalangan orang UMNO mahupun penganut PAS.

Ada yang menarik nafas lega dan ada juga yang kecewa. Penganut PAS yang lega mungkin kerana ketokohan (konon) dan 'jenama Tok Guru' masih boleh dijaja kepada orang melayu memastikan PAS terus dianggap sebagai parti yang kononnya 'wajib' disokong. Kecewa mungkin juga kerana merasakan Nik Aziz sebenarnya sudah tidak lagi relevan samada dengan perjuangan asal PAS ataupun dasar yang semakin liberal dan longgar atas tekanan rakan pakatan.

Melihatkan kredibiliti sebagai pentadbir dan tingkah laku Nik Aziz akhir-akhir ini, penulis merasakan pengekalan Nik Aziz adalah satu petanda PAS akan terus lemah dan hanyut. Bloggers PAS sendiri sudah tidak segan silu untuk mengkritik Nik Aziz.

Ada dikalangan penganut PAS akar umbi juga semakin keliru dengan perjuangan PAS. Muka mereka dah menjadi semakin tebal kerana banyak tohmahan dan hukum yang dilontarkan kepada UMNO kini terkena ke batang hidung mereka sendiri. Mereka dulu yang terlalu 'rigid' menjatuhkan hukum kini terpaksa menelan kembali kata-kata nista mereka. Mereka kini sudah terlalu sensitif dan segan untuk menggunapakai slogan-slogan yang berbau islam pada PAS.

Tahniah PAS kerana mengekalkan 'Tok Guru' anda. Ini adalah satu bonus untuk UMNO dan semoga rakyat Malaysia akan terus menyaksikan penipuan dan ragam sebenar pakatan pembangkang khususnya Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS yang kononnya lebih islamik.

Sunday, March 21, 2010

Anwar tiada kredibiliti, integriti

KUALA LUMPUR 20 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kredibiliti dan integriti sebagai ketua pembangkang yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana tidak berani menjawab pendedahan mengenai pembohongannya berhubung rancangan 'kerajaan 16 September'.

Penganalisis politik, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, kegagalan Anwar menjawab pendedahan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada sidang Dewan Rakyat dan ditambah pula dengan cubaan 'melarikan' diri ke luar negara membuktikan ketua pembangkang itu mempunyai moral politik yang rendah.

"Sebagai seorang yang mendabik dada kononnya beliau bakal menjadi Perdana Menteri, pendirian Anwar untuk tidak membalas pendedahan ahli Parlimen Bayan Baru dengan keluar daripada Dewan Rakyat jelas membuktikan beliau tiada integriti dan kredibiliti, sedangkan pada masa itu kewibawaannya sebagai ketua pembangkang diserang.

"Adalah sesuatu yang pelik juga apabila seorang pemidato yang hebat seperti Anwar tidak mampu membalas 'serangan' yang ditujukan kepada beliau, sebaliknya mengambil keputusan 'menenangkan' diri di Eropah," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kegagalan Anwar untuk membalas semua pendedahan Zahrain berhubung pembohongan dalam rancangan 16 September yang dirancang khusus oleh ketua pembangkang itu bagi merampas pemerintahan Kerajaan Persekutuan.

Zahrain semasa sidang Dewan Rakyat mendedahkan bagaimana Anwar sanggup mengheret nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam mainan politik, kononnya baginda memperkenan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri keenam.

Dedah Zahrain lagi, Anwar juga berbohong apabila mendakwa pelantikan beliau disokong oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain, salah seorang Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bersetuju untuk mempengerusikan persidangan bagi mendengar usul undi tidak percaya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa berkata, Anwar tidak sepatutnya 'melarikan' diri kerana rakyat ingin tahu sejauh mana kebenaran semua pendedahan yang dibuat oleh Zahrian yang juga merupakan bekas salah seorang sahabat karibnya selama 30 tahun.

Ditanya bagaimana Anwar dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ingin berdepan dengan pendedahan itu, beliau berkata, tindakan Zahrain kini menyebabkan parti tersebut berada dalam kelemasan, sehinggalah mereka menemui isu baru bagi mengalih perhatian masyarakat.

"Apa yang dibuat oleh Zahrain adalah umpama 'bom jangka' yang langsung tidak diduga oleh pakatan pembangkang dan Anwar sendiri sehingga mereka kini tiada jawapan untuk menangkis serangan tersebut.

"Anwar dan pakatan pembangkang kini terperangkap dalam 'jerangkap samar' yang dicipta oleh mereka sendiri kerana terlalu memperkecilkan kemampuan Zahrain sedangkan semua maklumat sulit parti tersebut berada dalam 'poket' bekas ahli PKR itu,'' jelasnya.

Dalam pada itu, Pensyarah Politik dan Pentadbiran Awam Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, imej Anwar sebagai ketua pembangkang terutamanya di kalangan wakil rakyat pembangkang musnah dengan pendedahan berani tersebut.

Katanya, perkara itu dapat dilihat daripada raut wajah serta jumlah bilangan wakil rakyat pembangkang yang tampil dan bangun mempertahankan Anwar semasa pendedahan itu dibuat pada Rabu lalu.

.................................................................................................................

PPUBT - Inikan Ayah Pin dan Kahar Ahmad yang mengaku nabi pun ada pengikut, inikan pula Sang Penglipur Lara PKR.

Ada yang mengatakan ada unsur-unsur sihir di kalangan orang-orang yang mengajar ajaran sesat ini. Dari zaman nabi lagi, dah cukup ramai wujud orang yang jenis begini.

Minta perlindungan dari Allah kalau nak mendengar ceramah puak pembangkang ataupun dari sesiapa pun. Agak malang jugak Ahli Parlimen UMNO pun ada yang hampir keliru nak melompat 916.

Taksub sangat dengan pemimpin atau apa perkara sekalipun juga boleh memudaratkan.Selagi daya, kita cubalah berfikir dengan waras.

Moralnya disini, sesiapa pun boleh tertipu...paling leceh pun sekali. Kalau kena tipu dengan orang,puak atau skim yang sama berkali-kali...memang malang sungguh !!

Tuesday, March 16, 2010

Haru Biru Cacamarba

Sumber kartun - Miki, Mingguan Malaysia
Mereka sibuk berbalah, sedangkan janji-janji dalam manifesto mereka masih tidak tertunai. Sama ada penyokong mereka sendiri tidak tahu apa yang dijanjikan oleh parti mereka ataupun mereka sanggup melopong kena tipu dengan janji manis sewaktu pilihan raya yang lepas.

Kedudukan terkini Ahli Parlimen pembangkang di Parlimen ialah DAP - 28, PKR - 26, PAS - 23 dan PSM - 1. Kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang sudah agak janggal apabila kerusi parlimen PKR semakin menyusut.

PAS yang suatu ketika dulu dipimpin oleh Allahyarham Fadzil Noor pernah menjadi Ketua Pembangkang namun kini PAS hanyalah menjadi Pak Turut kepada DAP dan PKR. PKR juga akan menerima nasib yang sama sekiranya lebih ramai Ahli Parlimen PKR keluar mejadi menjadi Bebas.

Kepada penyokong-penyokong pembangkang, anda sepatutnya mencari semula brosur dan poster manifesto parti yang anda sokong untuk menilai sejauh manakah tertunainya janji-janji dalam manifesto sewaktu PRU 12.

Adakah berbaloi menjadikan mereka ini sabagai alternatif untuk memenuhi harapan anda ? Alasan yang mengatakan mereka tidak dapat memenuhi janji-janji manifesto hanya kerana mereka tidak mentadbir Kerajaan Pusat adalah amat memalukan.

Mentadbir Pulau Pinang,Kedah,Selangor dan Kelantan sudah tentu mampu menunaikan janji-janji di peringkat negeri yang mana tidak memerlukan kebenaran dari pihak kerajaan pusat.
Berkebajikanlah di peringkat negeri dulu sebelum hendak berangan ke Putrajaya.

Tuesday, March 9, 2010

Undangan Khas Masuk UMNO ?


.....................................................................................

Apa yang dikatakan oleh
Tan Sri Muhyiddin Yassin itu adalah respon yang sangat molek dengan perkembangan politik PKR@pembangkang akhir-akhir ini.

Biarkanlah Ahli Parlimen yang satu persatu keluar dari Pakatan Pembangkang mahu menjadi BEBAS atau apapun. Sudahlah tindakan mereka itu dikaitkan juga dengan UMNO yang kononnya seperti 'Buaya di balik batu' oleh Nik Aziz, nak ditambah haru kalau UMNO pula membuat jemputan kepada Ahli Parlimen Bebas.

Pemimpin UMNO yang lain tidak seharusnya terlebih sudu dari kuah atau terlalu ghairah menyahut adengan keluar parti ini. Biarlah pucuk pimpinan mengeluarkan kenyataan supaya ianya tidak memalukan UMNO.

Lihat saja respon Ahli Parlimen Kulim setelah dipecat oleh PKR. Apa perlunya orang seperti ini hendak kita GAH kan sangat. Ketandusan sangat UMNO dengan pemimpin sehinggakan sanggup memberi karpet merah kepada orang seperti ini ?!
He added that the party had made him a “forced Independent” when it decided to sack him as a PKR member. “I will remain as an Independent for now but I will keep my options open. But joining Umno is a big no-no,” he told The Malaysian Insider when asked if he planned to join another party. - dari blog zul4kulim

Dari kita sibuk hendak menjemput mereka untuk menyertai UMNO, adalah baik kita menjadi JUARA RAKYAT di kawasan yang kita wakili. Meraih semula hati pengundi tak kira agama dan bangsa, dengan harapan rakyat akan sedar politik fatamorgana Pakatan Pembangkang.


Sunday, March 7, 2010

Kopitiam vs mamak

Restoran kopitiam kini makin popular dan mendapat sambutan orang ramai. Kemunculannya begitu ketara sehingga dalam satu deretan rumah kedai, terdapat tiga restoran seperti itu.

Kalau dulu kopitiam hanya dikunjungi ramai pelanggan kaum Cina kini ia menjadi tarikan semua kaum termasuk orang muda. Kopitiam sekarang tidak lagi kelihatan seperti kedai kopi yang selekeh. Fizikal premis dan hiasan dalaman jauh lebih selesa serta kelihatan moden.

Menunya juga sudah pelbagai, bukan lagi setakat kopi, roti bakar dan telur separuh masak. Nasi lemak rendang masakan Melayu, mee rebus malah teh tarik menjadi antara sajian popular.

Penjenamaan semula kopitiam ternyata membawa kejayaan ketika usaha penjenamaan banyak produk dan perkhidmatan lain tidak membuahkan hasil. Tidak hairanlah mengapa ramai pengusaha berlumba-lumba menyertai perniagaan tersebut. Nama-nama seperti Old Town White Coffee, Georgetown White Coffee, One Asia Station, Bangi Kopitiam, Kluang Station, Pak Hailam, Uncle Lim's, Ipoh Kopitiam dan berbelas-belas jenama lagi sudah tidak asing.

Memang banyak yang boleh diperkatakan tentang fenomena kopitiam termasuk isu-isu dan gosip yang berkaitan. Antaranya terdapat kopitiam terkenal dimiliki oleh tokoh parti pembangkang tertentu. Menurut maklumat, perniagaan kopitiam berkenaan hanya untuk pengusaha Cina dan francaisnya tidak dibuka kepada pengusaha Melayu, India dan Sikh. Sampai begitu sekali pertimbangan rasis yang diambil.

Selain itu, timbul isu banyak kopitiam tidak memiliki sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Berdasarkan laman web halal Jakim, hanya dua kopitiam iaitu Pak Halim Kopitiam dan Jonker Walk Kopitiam mempunyai logo halal Jakim sementara kebanyakan kopitiam lain menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf. Lebih mengejutkan siasatan Jakim mendapati ada pengusaha kopitiam mencampurkan arak dalam masakan dan ada juga yang menjual arak. Awang juga kurang senang dengan sebahagian kopitiam yang hanya menggunakan Bahasa Mandarin dan Inggeris dalam menu mereka. Bahasa Kebangsaan diabaikan sama sekali sedangkan pelanggan terdiri daripada semua kaum. Ingatlah, Malaysia bukan Hong Kong atau Taiwan.

Sebenarnya banyak persoalan berlegar berkaitan kopitiam termasuk apakah popularitinya akan bertahan lama? Ramai yang yakin terhadap masa depannya dan tidak kurang yang melihat fenomena kopitiam bersifat sementara.

Yang pasti, restoran-restoran mamak yang menerima tamparan dengan kemunculan banyak kopitiam, tidak mahu mengalah begitu sahaja. Banyak restoran mamak dipermodenkan kepada taraf bistro lengkap dengan WiFi dan pelbagai tarikan lagi.

Pada Awang, elok berlaku persaingan yang sihat dan biarlah masyarakat mempunyai banyak pilihan. Sama ada kopitiam akan menguasai pasaran atau restoran mamak akan lebih dominan, kita tunggu. Tetapi Awang ada kecenderungan sendiri. Kalau berada di kopitiam terutama jenama yang bersifat rasis dan tiada sijil halal Jakim, Awang sekadar minum. Berada di restoran mamak pula, ia lebih daripada itu.

Awang Selamat - Mingguan Malaysia

.........................................................................................................................................................................

PPUBT - Orang UMNO pun rajin juga bersantai dan sembang-sembang politik di tempat yang Awang sebutkan. Sebelum ini mungkin kita tidak sedar dan tak tahu.

Kalau dulu kita sudah biasa dengan kedai makan hailam, sampai sekarang pun masih ada yang sanggup menjamu selera dengan alasan, ramai Pak Haji yang masih makan di situ. Rupanya, penampilan dan gaya yang kononnya islamik nyata dapat mengaburi pandangan kita.

Kita kini sudah ada banyak alternatif untuk membuat pilihan. Kena ada sedikit pemerhatian dan tidak ambil mudah.



Thursday, March 4, 2010

Qari Dan Qariah Dapat Pencen



NAJIB bersama Rosmah bergambar bersama johan qari dan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa pada majlis penyerahan imbuhan khas di Putrajaya, semalam. Turut hadir, Jamil Khir (belakang berdiri lima dari kiri)
..........................................................................................................................................................................

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak meminta umat Islam menjadikan al-Quran sebagai sumber ilmu dan intelektual dalam kehidupan di samping membaca dan menghafaz kitab suci itu.

Perdana Menteri berkata, al-Quran mengandungi mutiara pengetahuan amat berharga untuk manusia, manakala membaca dan menghafaz ayat suci adalah sesuatu yang afdal kerana diberikan pahala oleh Allah.

Beliau berkata ilmuwan Islam terdahulu menjadikan al-Quran sebagai sumber berfikir dan mencetuskan anjakan perubahan dalam kehidupan bagi menyelesaikan kemaslahatan ummah.

"Al-Quran juga membimbing kita bagaimana memahami definisi kemajuan dan modenisasi serta pedoman kepada kita (mengenai) pengertian sains dan teknologi," katanya pada majlis penyampaian imbuhan khas kepada johan qari dan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa, di sini semalam.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Seramai sembilan qari dan 11 qariah menerima imbuhan khas masing-masing RM2,000, manakala dua qariah tidak hadir. Najib menyerahkan imbuhan itu kepada qari, manakala Rosmah kepada qariah.

Pada 5 Februari lalu, Najib mengumumkan pembayaran imbuhan khas kepada johan qari dan qariah tilawah al-Quran peringkat antarabangsa secara tetap seumur hidup sebanyak RM2,000 sebulan berkuat kuasa Oktober lalu.

Beliau berkata tradisi membudayakan al-Quran di kalangan masyarakat Islam akan menjadikan ilmu Islam berkembang dan menunjangi cabang ilmu serta kemajuan.

"Ia akan membuahkan ilmu tentang akidah, ibadat, akhlak, syariah dan fekah berserta akar kekarnya yang mampu memayungi peribadi manusia yang unggul umpama pohon rendang tempat manusia menumpang teduh," katanya.

-
Oleh Johari Ibrahim dan Siti A'isyah Sukaimi
Berita Harian Online