Thursday, March 4, 2010

Qari Dan Qariah Dapat Pencen



NAJIB bersama Rosmah bergambar bersama johan qari dan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa pada majlis penyerahan imbuhan khas di Putrajaya, semalam. Turut hadir, Jamil Khir (belakang berdiri lima dari kiri)
..........................................................................................................................................................................

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak meminta umat Islam menjadikan al-Quran sebagai sumber ilmu dan intelektual dalam kehidupan di samping membaca dan menghafaz kitab suci itu.

Perdana Menteri berkata, al-Quran mengandungi mutiara pengetahuan amat berharga untuk manusia, manakala membaca dan menghafaz ayat suci adalah sesuatu yang afdal kerana diberikan pahala oleh Allah.

Beliau berkata ilmuwan Islam terdahulu menjadikan al-Quran sebagai sumber berfikir dan mencetuskan anjakan perubahan dalam kehidupan bagi menyelesaikan kemaslahatan ummah.

"Al-Quran juga membimbing kita bagaimana memahami definisi kemajuan dan modenisasi serta pedoman kepada kita (mengenai) pengertian sains dan teknologi," katanya pada majlis penyampaian imbuhan khas kepada johan qari dan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa, di sini semalam.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Seramai sembilan qari dan 11 qariah menerima imbuhan khas masing-masing RM2,000, manakala dua qariah tidak hadir. Najib menyerahkan imbuhan itu kepada qari, manakala Rosmah kepada qariah.

Pada 5 Februari lalu, Najib mengumumkan pembayaran imbuhan khas kepada johan qari dan qariah tilawah al-Quran peringkat antarabangsa secara tetap seumur hidup sebanyak RM2,000 sebulan berkuat kuasa Oktober lalu.

Beliau berkata tradisi membudayakan al-Quran di kalangan masyarakat Islam akan menjadikan ilmu Islam berkembang dan menunjangi cabang ilmu serta kemajuan.

"Ia akan membuahkan ilmu tentang akidah, ibadat, akhlak, syariah dan fekah berserta akar kekarnya yang mampu memayungi peribadi manusia yang unggul umpama pohon rendang tempat manusia menumpang teduh," katanya.

-
Oleh Johari Ibrahim dan Siti A'isyah Sukaimi
Berita Harian Online

2 comments:

  1. Salam bro, itulah rezki yg Allah berikan kepada mereka...... jangan jadi pemimpin satu parti tu, mengharamkan Qariah menyertai Tilawah Al Quran, kononnya suara wanita itu adalah aurat.... tetapi yang kaum waniatanya terlalak terlolong malam-malam memberi ceramah tak haram pulak.....

    ReplyDelete
  2. Itulah ajaran songsang lebai yg mengaku lebih islamik. Kesian qari dan qariah yg berbakat dari negeri mereka yg melopong tgok org lain dpt durian runtuh.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.