Sunday, March 21, 2010

Anwar tiada kredibiliti, integriti

KUALA LUMPUR 20 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kredibiliti dan integriti sebagai ketua pembangkang yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana tidak berani menjawab pendedahan mengenai pembohongannya berhubung rancangan 'kerajaan 16 September'.

Penganalisis politik, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, kegagalan Anwar menjawab pendedahan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada sidang Dewan Rakyat dan ditambah pula dengan cubaan 'melarikan' diri ke luar negara membuktikan ketua pembangkang itu mempunyai moral politik yang rendah.

"Sebagai seorang yang mendabik dada kononnya beliau bakal menjadi Perdana Menteri, pendirian Anwar untuk tidak membalas pendedahan ahli Parlimen Bayan Baru dengan keluar daripada Dewan Rakyat jelas membuktikan beliau tiada integriti dan kredibiliti, sedangkan pada masa itu kewibawaannya sebagai ketua pembangkang diserang.

"Adalah sesuatu yang pelik juga apabila seorang pemidato yang hebat seperti Anwar tidak mampu membalas 'serangan' yang ditujukan kepada beliau, sebaliknya mengambil keputusan 'menenangkan' diri di Eropah," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kegagalan Anwar untuk membalas semua pendedahan Zahrain berhubung pembohongan dalam rancangan 16 September yang dirancang khusus oleh ketua pembangkang itu bagi merampas pemerintahan Kerajaan Persekutuan.

Zahrain semasa sidang Dewan Rakyat mendedahkan bagaimana Anwar sanggup mengheret nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam mainan politik, kononnya baginda memperkenan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri keenam.

Dedah Zahrain lagi, Anwar juga berbohong apabila mendakwa pelantikan beliau disokong oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain, salah seorang Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bersetuju untuk mempengerusikan persidangan bagi mendengar usul undi tidak percaya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa berkata, Anwar tidak sepatutnya 'melarikan' diri kerana rakyat ingin tahu sejauh mana kebenaran semua pendedahan yang dibuat oleh Zahrian yang juga merupakan bekas salah seorang sahabat karibnya selama 30 tahun.

Ditanya bagaimana Anwar dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ingin berdepan dengan pendedahan itu, beliau berkata, tindakan Zahrain kini menyebabkan parti tersebut berada dalam kelemasan, sehinggalah mereka menemui isu baru bagi mengalih perhatian masyarakat.

"Apa yang dibuat oleh Zahrain adalah umpama 'bom jangka' yang langsung tidak diduga oleh pakatan pembangkang dan Anwar sendiri sehingga mereka kini tiada jawapan untuk menangkis serangan tersebut.

"Anwar dan pakatan pembangkang kini terperangkap dalam 'jerangkap samar' yang dicipta oleh mereka sendiri kerana terlalu memperkecilkan kemampuan Zahrain sedangkan semua maklumat sulit parti tersebut berada dalam 'poket' bekas ahli PKR itu,'' jelasnya.

Dalam pada itu, Pensyarah Politik dan Pentadbiran Awam Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, imej Anwar sebagai ketua pembangkang terutamanya di kalangan wakil rakyat pembangkang musnah dengan pendedahan berani tersebut.

Katanya, perkara itu dapat dilihat daripada raut wajah serta jumlah bilangan wakil rakyat pembangkang yang tampil dan bangun mempertahankan Anwar semasa pendedahan itu dibuat pada Rabu lalu.

.................................................................................................................

PPUBT - Inikan Ayah Pin dan Kahar Ahmad yang mengaku nabi pun ada pengikut, inikan pula Sang Penglipur Lara PKR.

Ada yang mengatakan ada unsur-unsur sihir di kalangan orang-orang yang mengajar ajaran sesat ini. Dari zaman nabi lagi, dah cukup ramai wujud orang yang jenis begini.

Minta perlindungan dari Allah kalau nak mendengar ceramah puak pembangkang ataupun dari sesiapa pun. Agak malang jugak Ahli Parlimen UMNO pun ada yang hampir keliru nak melompat 916.

Taksub sangat dengan pemimpin atau apa perkara sekalipun juga boleh memudaratkan.Selagi daya, kita cubalah berfikir dengan waras.

Moralnya disini, sesiapa pun boleh tertipu...paling leceh pun sekali. Kalau kena tipu dengan orang,puak atau skim yang sama berkali-kali...memang malang sungguh !!

1 comment:

  1. Suka dicadangkan pihak tuan mengadakan suatu program ceramah tertutup bertajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Group nie terdiri daripada anak-anak murid tok guru pondok yang giat berdakwah menyedarkan masyarakat tentang kekufuran PAS dari segi aqidah. Mereka hanya perlu sponser tempat tinggal, duit minyak dan sagu hati (sekadarnya) aje. Jika berminat, boleh hubungi Sdra. Saiful di talian 013-3655 715 untuk perbincangan lanjut

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.