Tuesday, March 16, 2010

Haru Biru Cacamarba

Sumber kartun - Miki, Mingguan Malaysia
Mereka sibuk berbalah, sedangkan janji-janji dalam manifesto mereka masih tidak tertunai. Sama ada penyokong mereka sendiri tidak tahu apa yang dijanjikan oleh parti mereka ataupun mereka sanggup melopong kena tipu dengan janji manis sewaktu pilihan raya yang lepas.

Kedudukan terkini Ahli Parlimen pembangkang di Parlimen ialah DAP - 28, PKR - 26, PAS - 23 dan PSM - 1. Kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang sudah agak janggal apabila kerusi parlimen PKR semakin menyusut.

PAS yang suatu ketika dulu dipimpin oleh Allahyarham Fadzil Noor pernah menjadi Ketua Pembangkang namun kini PAS hanyalah menjadi Pak Turut kepada DAP dan PKR. PKR juga akan menerima nasib yang sama sekiranya lebih ramai Ahli Parlimen PKR keluar mejadi menjadi Bebas.

Kepada penyokong-penyokong pembangkang, anda sepatutnya mencari semula brosur dan poster manifesto parti yang anda sokong untuk menilai sejauh manakah tertunainya janji-janji dalam manifesto sewaktu PRU 12.

Adakah berbaloi menjadikan mereka ini sabagai alternatif untuk memenuhi harapan anda ? Alasan yang mengatakan mereka tidak dapat memenuhi janji-janji manifesto hanya kerana mereka tidak mentadbir Kerajaan Pusat adalah amat memalukan.

Mentadbir Pulau Pinang,Kedah,Selangor dan Kelantan sudah tentu mampu menunaikan janji-janji di peringkat negeri yang mana tidak memerlukan kebenaran dari pihak kerajaan pusat.
Berkebajikanlah di peringkat negeri dulu sebelum hendak berangan ke Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.