Monday, August 30, 2010

Harapan Merdeka



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53. Semoga Malaysia bumi bertuah ini akan terpelihara dari orang-orang yang berniat jahat dan segala malapetaka.

PPUBT mendoakan Malaysia akan sentiasa aman,makmur dan dirahmati Allah. Janganlah kita menjadi seperti anjing dengan bayang-bayang, mendengar guruh dilangit...air ditempayan dicurahkan dan yang dikejar tak dapat,yang dikendung berciciran.

Rakyat Malaysia tidak seharusnya mudah cair dengan janji-janji manis fatamorgana dan bersandarkan retorik semata. Lihat dan fikirlah dengan akal yang waras betapa bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia.

1 Malaysia Menjana Transformasi.

Sunday, August 29, 2010

Kita Rela Diperlekehkan Dan Dihina



Kenapa harus dibiarkan ? Sudahlah Lagu Negaraku dipermainkan, budak ini masih bermaharajalela mengeluarkan video-video yang terang menganggu sensitiviti agama islam dan bangsa melayu.

Puteri UMNO sudah bersuara disini begitu juga PM telah memberikan lampu hijaunya disini . Bgaimana pula yang lain, adakah masih sibuk dengan isu rakyat Indonesia merusuh atau sibuk menghentam bangsa sendiri kononnya memainkan isu perkauman. Apa pula tindakan seterusnya....apa sudahnya nasib orang melayu yang dihina dibumi sendiri ?

Kalau penyanyi Hattan dikecam hebat kerana dikatakan tidak menghormati Lagu Negaraku hanya kerana menyanyikan irama yang sedikit berbeza tanpa mengubah senikata lagu. Namewee ini pula terang-terang menghina agama islam dan bangsa melayu malahan negara Malaysia melalui versi Negaraku.

Adakah undang-undang kini hanya untuk menghukum orang melayu sahaja ?!!

Thursday, August 19, 2010

UMNO Juga Yang Salah


SHAH ALAM 18 Ogos – Pakar patologi forensik dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand hari ini menukar pandangan dengan tidak lagi mengekalkan pendapat sebelum ini bahawa 80 peratus Teoh Beng Hock mati akibat dibunuh.

Beliau yang memberi keterangan pada inkues menyiasat kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu juga mengubah pandangannya tentang koyakan pada dubur dan kecederaan pada punggung yang kononnya ditusuk objek tumpul serta dipukul.

Pornthip yang berpeluang meneliti belahan pada bahagian berkenaan semasa bedah siasat kedua sebaliknya mengesahkan kecederaan tersebut disebabkan jatuh dari tempat tinggi selain tiada bukti menunjukkan Beng Hock dipukul atau diseksa sebelum dia ditemui mati.

‘‘Daripada kecederaan yang beliau alami, tidak ada bukti keterangan forensik untuk menyokong mengenai dakwaan (dipukul atau diseksa).

‘‘Saya tidak boleh beri peratusan selepas mengikuti bedah siasat kedua. Lagipun pada masa itu saya perlu yakinkan koroner agar bedah siasat kedua dibenarkan,” katanya ketika menjawab soalan peguam pemerhati bagi kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar.

Pornthip sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila memberi pandangan bahawa kemungkinan 80 peratus kematian Beng Hock kerana dibunuh manakala 20 peratus lagi akibat bunuh diri sehingga Mahkamah Koroner membenarkan bedah siasat kedua dilakukan.

Sumber - UtusanMalaysia

........................................................................................

PPUBT - Apa pula teori yang akan keluar dari burung-burung kakak tua puak pembangkang dengan keterangan terbaru Dr.Porntip ini ? Dr. ini diugut, dibayar atau apa ? UMNO juga akan dijadikan kambing hitam untuk menutup kelemahan mereka. Rakyat Malaysia yang waras tentu sudah muak dengan permainan politik pembangkang yang tak habis habis.

Sunday, August 15, 2010

Whitehouse Tak Minat Al Anvar Al Goreng



Ini bukan era George Bush dan Al Gore. Siapa boleh lupa kebiadapan Al Gore yang menyokong terang-terang demontrasi jalanan zaman reformasi di hadapan Tun Mahathir Mohamad. Insyaallah, kebenaran akan terserlah akhrnya. Putarlah bagaimana pun, sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui kenapa Anvar yang hanya tinggal satu anak tangga lagi untuk menjadi PM kempunan sehingga kini.

Thursday, August 5, 2010

Dah Lama Dah



Kisah begini bukannya baru tetapi memang sejak dulu pun. Semoga Allah akan memelihara negara Malaysia ini dari perpecahan sesama islam. Ini semua berlaku hanya kerana satu puak perasan mereka lebih islamik maka itulah perpaduan yang dicanang dari zaman dulu lagi hanya tinggal polemik politik. Apa pun, tiada yang mustahil.

Satu ketika dulu, budaya mampu menyatukan pelbagai kaum di Malaysia sehinggalah suasana berpolitik yang tidak sihat dibiarkan bercambah dan satu demi satu demontrasi dijadikan mainan untuk meraih sokongan. Bahananya kini terpaksa ditanggung dalam waktu yang panjang untuk menjadikan segalanya kembali tenang.