Tuesday, May 25, 2010

Lesen Judi....Apa Dah Jadi ?!

Dr Novandri Hasan Basri

Tidak ada baiknya judi ini. Dan tidak ada paksaan daripada sebarang kelompok masyarakat yang memaksa atau menggesa kerajaan Malaysia supaya meluluskan lesen judi Piala Dunia 2010. Tidak ada sesiapa pun!

Setakat ini penulis tidak pernah mendengar keluhan atau pun rungutan daripada masyarakat terutamanya bukan Islam sehinggakan kerajaan terpaksa tunduk dan mengikut kata-kata masyarakat di dalam hal judi Piala Dunia 2010.

Yang kita faham ialah tahu-tahu sahaja lesen judi akan diluluskan dan that's it! Tidak ada angin atau puting beliung sehinggakan kerajaan terpaksa meluluskan satu isu yang pasti akan menimbulkan persepsi negatif dan 'peluru politik' kepada parti pembangkang.

Tentunya kita akan faham dengan tindakan kerajaan jika ramai pihak yang menggesa kerajaan meluluskan lesen judi tersebut tetapi tidak ada pun!

Alasan untuk membendung judi haram tidak kukuh dan boleh diputar-belitkan dengan senang sahaja tanpa peluh dan otak yang bergeliga.

Judi haram yang cuba dibendung kerana wang daripada judi tersebut akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti haram dan underworld merupakan satu alasan yang subjektif dan boleh dipertikaikan.

Penulis sangat skeptikal dengan alasan tersebut kerana organisasi haram yang mengelolakan judi haram itu pastinya tidak akan mengundurkan diri dan mengaku kalah.

Mereka pastinya akan mewujudkan insentif dan lain-lain tawaran yang sangat menarik tidak akan dapat diketepikan begitu sahaja oleh penjdui tegar.

Dalam masa yang sama, kelompok penjudi akan bertambah besar dengan wujudnya sistem judi yang 'halal'. Jika dahulu mereka takut dan was-was untuk berjudi tapi sekarang telah terbuka jalan untuk mereka mencuba nasib.

Tatkala itu, beberapa kemungkinan akan berlaku :-

1. Mereka mungkin akan menggunakan wang keperluan seharian untuk menampung judi mereka.

2. Mereka mungkin akan menambah taruhan mereka dengan meminjam wang daripada keluarga.

3. Yang lebih berbahaya ialah ramai yang akan meminjam wang daripada Ah Long dengan impian mereka akan untung dan berjaya.
DAN jika Ah Long tidak dapat lagi dibenteras sehingga ke hari ini dan nombor telefon mereka senang di dapati di tempat-tempat umum, apakah kerajaan boleh memastikan bahawa tidak akan berlaku peningkatan kepada isu meminjam daripada Ah Long ketika musim Piala Dunia ini?

Berkemungkinan besar akan berlaku peningkatan Ah Long di sepanjang musim Piala Dunia ini untuk menampung lebih ramai penjudi-penjudi yang sudah mempunyai jalan sama ada 'diluluskan' atau yang 'haram'


Realitinya, organisasi haram yang terlibat di dalam judi Piala Dunia tidak akan berganjak daripada terlibat di dalam sistem judi ketika piala Dunia nanti kerana ianya merupakan satu bisnes yang mudah, lucrative dan melibatkan keuntungan berjuta ringgit. Begitu juga dengan Ah Long.

Nak bagi tahu kepada mereka itu, "Tak payahlah buat bisnes judi haram yang boleh untung berjuta-juta ringgit!". Logik tak??

Lagi pun, sudah banyak portal-portal antarabangsa yang menyediakan judi on-line untuk sesiapa yang mahu menghabiskan wang mereka dengan bodoh.

Tentunya kita memerlukan stastistik mengenai perbandingan di antara 'tiada lesen judi' dengan 'ada lesen judi'. Statistik tersebut mungkin akan mengambil masa untuk dikumpulkan dan dibahaskan.

Makanya, cara yang afdhal ialah untuk mengikut apa yang telah termaktub di dalam ajaran agama masing-masing. Maksudnya :- No to lesen judi Piala Dunia 2010!


Sudah tentu tindakan kerajaan untuk membatalkan lesen itu tidak ada kena mengena dengan demonstrasi dan segala aktiviti yang dilakukan oleh parti pembangkang kerana parti itu sendiri tidak dapat berbuat apa-apa kepada negeri yang diperintah oleh mereka dan rakan-rakan politik mereka. Parti PAS sendiri gagal untuk membatalkan lesen premis judi dan arak di negeri yang ditadbir oleh mereka.

Makanya, ketepikan sahaja lakonan parti pembangkang terutamanya parti PAS yang sentiasa mengambil peluang kepada sebarang isu sedangkan isu sosial di negeri yang ditadbir mereka belum lagi diselesaikan.

Tindakan kerajaan itu adalah berdasarkan kepada kemahuan rakyat Malaysia.

......................................................................

Memo Pemuda Seputeh

Saturday, May 22, 2010

Suara Raja Melayu

Pada 27 Mac lalu, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim meminta rakyat menolak pemimpin yang ditaja oleh pihak luar bagi mengelak negara dijajah oleh pihak asing. ''Jika kita mahu memilih pemimpin negara, lebih baik memilih mereka yang tidak dicucuk hidung oleh kuasa lain," titah baginda.

2. Pada 22 April, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menolak cadangan kerajaan pimpinan DAP untuk melantik Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman sebagai Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ).

Keputusan Seri Paduka menamatkan kontroversi yang tercetus ekoran bantahan pelbagai pihak dan umat Islam yang menentang pelantikan Mansor yang juga pemimpin PKR negeri.

Mereka bimbang kerajaan negeri cuba memanipulasi hal-ehwal zakat bagi kepentingan politik pembangkang termasuk DAP dan bukannya golongan asnaf.

3. Pada 22 April juga, Sultan Perak mengingatkan semua wakil rakyat di negeri tersebut supaya tidak menghina dan mencemari Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan perbuatan yang memalukan.

Baginda turut bertitah agar mana-mana pihak tidak menderhakai Tujuh Wasiat Raja- Raja Melayu ketika memberikan perkenan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

4. Pada 23 April, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, kuasa mutlak Raja-Raja Melayu dalam urusan agama Islam dan adat Melayu hendaklah terus dipertahankan dan dipatuhi.

Malah baginda mengingatkan kuasa mutlak dalam kedua-dua urusan itu tidak pernah diserahkan kepada mana-mana pihak lain termasuk ketika penjajahan British dan Jepun.

5. Pada tarikh yang sama, Sultan Selangor menitahkan polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Awang paparkan semula sebahagian titah Raja-Raja Melayu itu untuk renungan semua pihak. Tafsirlah suara hati baginda sekelian dengan penuh kebijaksanaan. Awang terharu dalam kesyukuran. Bayangkan apa yang akan jadi jika Raja atau Sultan tidak campur tangan dalam menjaga kepentingan agama dan bangsa dalam isu-isu kritikal termasuk pelantikan Pengerusi PUZ di Pulau Pinang.

Siapakah pula yang dimaksudkan dalam peringatan dan penegasan baginda semua? Sememangnya pasca Pilihan Raya Umum ke-12 menyaksikan Raja-Raja Melayu terpaksa tampil membuat banyak peringatan. Tidak pernah berlaku keadaan sedemikian dalam sejarah tanah air. Malah institusi istana makin tidak dihormati. Lebih buruk ada pemimpin pembangkang sama ada secara terbuka mahupun berselindung menghina institusi yang menjadi tonggak dalam Perlembagaan negara.

Awang ingin ulangi bahawa menjadi agenda kelompok berkenaan untuk menulis semula perlembagaan yang antara matlamat akhirnya bagi mewujudkan negara republik. Ia bukan teori kosong. Dalangnya tidak sukar ditelah dan yang rela diperalatkan pula adalah pemimpin pembangkang Melayu yang sanggup berbuat apa sahaja demi kuasa.

Ramai tahu siapa orangnya. Pengkhianatan dan ancaman sudah di depan mata. Maka Awang menjunjung kasih kepada Raja-Raja Melayu kerana terus menjadi payung dalam melindungi kepentingan agama, bangsa dan negara. Ternyata baginda sekelian tidak gundah untuk bersuara. Daulat tuanku.

- Awang Selamat ( Mingguan Malaysia )

Saturday, May 8, 2010

Orang Sarawak Patut Tahu


What Hadi Awang said of the Dayaks during the Batang Ai by-elections last year is going to haunt Pakatan in Sibu. His statement below insulted the Dayak community.

Translated into English. "All by-elections before this the results were in our favour, only in Batang Ai we lost because they do not understand how to vote, still in their loincloths.I don't mean to insult but only civilised places voted for PAS"

I think he meant Pakatan Rakyat.PAS can't stand in Batang Ai because it's not Muslim areas.

Sumber - theunspinner.blogspot.com
.............................................................................

PPUBT - Bukan saja orang Sarawak atau Sabah, sememangnya dasar parti pembangkang akan menyalahkan orang lain termasuklah pengundi yang tak mengundi mereka. Pengundi yang menyokong kerajaan semuanya dikatakan bodoh dan mudah digula-gulakan, sedangkan yang menyokong merekalah adalah pengundi yang bijak. Kelakar juga, mereka yang bijak-bijak...tapi masih tak mampu memerintah Malaysia.

Ada lagi satu sindrom PERASAN tahap gila, apabila mereka merasakan mereka adalah majoriti dan selalu menggunakan perkataan RAKYAT apabila mereka menuntut sesuatu. Inilah gabungan yang dikatakan pakatan tetapi masih tak mampu berpakat dan bersatu menggunakan satu lambang sepertimana BN.


Saturday, May 1, 2010

Hari Pekerja Dan COLA

Tahniah kepada semua pekerja yang masih mendukung aspirasi BN dan 1 Malaysia. Bagi yang telah mengundi BN di Hulu Selangor dan tidak tertipu dengan dakyah dan janji-janji kosong pembangkang, syabas diucapkan.

Diharapkan juga samada dalam sektor awam ataupun swasta, pekerja yang juga adalah aset penting negara tidak mudah terpengaruh dengan khabar-khabar angin dengan pelbagai cerita karut dari masa ke semasa.

Hanya mereka yang lemah antibodi dan jatidiri sahaja yang akan terus dan sentiasa lena dibuai dengan khabar angin. Khabar angin negatif tentang kerajaan yang seumpama virus yang cepat tersebar akan sentiasa dinantikan bagi pekerja yang tak tahu bersyukur dan berterima kasih. Mereka ini seperti anjing dengan bayang-bayang dan mudah tertipu dengan retorik dan fatamorgana pembangkang.

Tahniah juga untuk CUEPACS yang dapat menanggani masalah pekerja dalam sektor awam dengan baik. Tindak balas CUEPACS sentiasa cepat dalam sesuatu isu yang berkaitan kerajaan dan pekerja. Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh. Banyak tuntutan CUEPACS telah disempurnakan oleh kerajaan kerana lebih realistik dan tidak melampau.

Permintaan CUEPACS berkaitan semakan Imbuhan Tetap Perumahan Awam, COLA dan lain-lain sudah tentunya dinantikan oleh kakitangan awam.

PPUBT juga ingin bertanya kepada kakitangan awam yang cukup ghairah menyebarkan cerita kononnya COLA akan dihapuskan... apa perkembangan dengan cerita yang saudara semua sebarkan itu ?


Gambar hiasan