Monday, June 28, 2010

Sabah Catat Anggota UMNO Teramai


SEMPORNA 27 Jun - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, parti itu kini mempunyai 3,159,484 anggota di seluruh negara dan Sabah mencatatkan keanggotaan paling ramai dengan 449,805 orang.

Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, senarai baru itu yang telah melalui proses pembersihan juga menunjukkan Johor berada di tempat kedua dengan 428,663 anggota, diikuti Selangor (414,142).

"Selepas proses pembersihan, kita telah mengeluarkan daripada senarai hampir 300,000 orang termasuk yang telah meninggal dunia dan tidak dapat dikesan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Semporna di sini hari ini.

Beliau berkata, UMNO sedang menjejaki anggota yang gagal dikesan bagi mendaftarkan semula mereka dan usaha itu harus dibantu cawangan dan bahagian di seluruh negara.

UMNO juga menerima sambutan menggalakkan daripada masyarakat yang berminat menyertai parti itu dan pada bulan ini sahaja hampir 2,000 orang didaftarkan sama ada menerusi talian atau cawangan, katanya.

Keanggotaan tertinggi adalah menerusi sayap Pemuda UMNO, kata beliau.

Terdahulu, semasa berucap Mohd. Shafie meminta anggota UMNO di bahagian itu agar terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bukan sahaja melaksanakan transformasi dalam kerajaan tetapi juga dalam parti.

Beliau berkata, kepimpinan UMNO pada masa kini lebih bersikap terbuka dalam mendengar pandangan dan teguran sama ada daripada anggotanya atau golongan lain demi perpaduan dan keutuhan parti. - BERNAMA

Monday, June 21, 2010

Tiba Masa Serang Balas Pembangkang



BAGAN DATOH, 20 Jun – Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mahu seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bangkit menyerang balas pembohongan pembangkang.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya untuk menyerang balas kerana seperti permainan bola sepak Piala Dunia, UMNO dan BN tidak boleh bertahan semata-mata, akhirnya benteng pertahanan ‘bocor’ juga.

Beliau menegaskan, pakatan pembangkang memang pandai berbohong dan putar alam bagi mempengaruhi rakyat supaya memandang buruk kepada UMNO dan BN.

“Pihak satu lagi (pembangkang) memang pakar pusing cerita, hanya 10% ceritanya betul, malah kadang kala 2% saja ceritanya, tetapi dihebahkan seolah-olah cerita itu besar.

“Mereka (pembangkang) gunakan permainan persepsi untuk kepentingan politik mereka, bukan kerana UMNO tidak baik, bukan kerana BN tidak baik, bukan UMNO dan BN tidak banyak berjasa kepada negara, tetapi memburukkan persepsi adalah mainan politik mereka.

“Suasana politik kini berbeza, janganlah guna cara lama, orang lain guna cyberspace, kita kena buktikan kita lebih cekap daripada mereka kerana kita benar,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan UMNO Bahagian Bagan Datoh, di sini, hari ini.

UMNO Online

.........................................................................

Cerita pembangkang mengenai lawatan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Teluk Intan di - misabah.blogspot.com/

" 20hb ini PM Dato' Seri Najib akan turun ke Bagan Datoh. Kunjungan ke Bagan Datoh tiada siapa yang menghalang, itu tugas beliau sebagai PM Menteri Malaysia. Rakyat Bagan Datoh sentiasa mengalu-alukannya.

Masalahnya apa kena mengena dengan lawatan kerjanya ke Bagan Datoh dengan peniaga-peniaga di Pasar Pekan Bagan Datoh yang itulah kerja sehari-harian mencari rezeki? Mengapa ada arahan dari Majlis Perbandaran Teluk Intan mengarahkan supaya pada 19 dan 20hb Jun ini para peniaga menutup gerai-gerai ikan dan sayur mereka sempena lawatan PM ke Bagan Datoh.

Semata-mata meraikan PM pintu rezeki mereka pula ditutup. Inilah UMNO BN yang lebih mengutamakan pemimpin dari rakyat jelata. Di mana perginya slogan "Rakyat didahulukan..............". Cacatkah program menyambut Najib di Bagan Datoh hanya kerana para peniaga tetap meneruskan perniagaannya? Yang jelas para peniaga yang terjejas pendapatannya gara-gara Najib melawat Bagan Datoh.

Semua para peniaga kesal dan membantah arahan menutup Pasar Pekan Bagan Datoh selama dua hari oleh MPTI sempena lawatan Najib ke Bagan Datoh. Orang ramai yang setiap hari membeli ikan dan sayur juga kesal di atas arahan ini. "

Thursday, June 17, 2010

PAS Sebenarnya Lebih Telus




Sesiapa yang pernah pergi ceramah PAS tentu sudah biasa dengan kopiah terbalik. Dalam keadaan samar-samar malam, akan ada seorang dua lebai yang bertugas menjaja kopiah terbalik supaya senang orang nak menderma apa yang patut.

Kalau penceramah seperti Mat Sabu memang ramailah orang yang datang untuk mendengar celoteh merabannya. Kebarangkalian kutipan derma meningkat pasti tinggi.

Dari zaman dulu lagi, inilah modus operandi PAS mengisi duit poket parti atau mungkin si penceramah. Ahli-ahli tegar PAS dengan rela hati yang tertipu dengan 'perjuangan islam' PAS akan sanggup menghulurkan derma walaupun mereka sendiri pun tak cukup.

Ahli PAS juga dengan sepenuh hati melabur dalam KOHILAL iaitu koperasi PAS. Hampir 20,000 ahli PAS menyertai KOHILAL dengan pelaburan yang mencecah 45 juta !

Kini timbul semula skandal KOHILAL dengan 45 juta pelaburannya yang telah lesap. Disebabkan leka dengan retorik politik PAS yang memperkudakan ISLAM, ahli PAS tak sedar atau tak kisah mereka kena kencing dalam KOHILAL PAS.

Kalau bercerita tentang hukum,ketelusan dan ISLAM, puak PAS lah yang mendabik dada. Ekor bergelumang dengan najis mereka buat selamba bodoh.

Tuesday, June 15, 2010

PKR Gegar DAP Yang Luruh


ADUN Malim Nawar keluar DAP

15/06/2010 2:33pm

SHAH ALAM 15 Jun - Terlalu banyak berpolitik hingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, K.Keshvinder Singh mengumumkan keluar dari DAP berkuatkuasa hari ini.

Serentak dengan itu Keshvinder turut melepaskan semua jawatan dalam parti dan memilih untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN). - Utusan

...............................................................................

PPUBT - Baru saja PKR nak bikin gempak dan nak menggegar DUN Perak kononnya 3 ADUN BN lompat parti...tiba-tiba ADUN DAP pula yang jadi BEBAS keluar DAP. Berapa juta pula puak pembangkang nak kata UMNO sogok kali ni ?!

Semoga lebih ramai ADUN pembangkang mengambil langkah yang sama. Mereka ini mungkin sudah bosan dan jelak apabila tugas utama sebagai ADUN dilupakan apabila parti mereka asyik berpolitik sehinggakan mengabaikan janji dan tanggung jawab kepada pengundi.

Adakah tindakan ADUN Malim Nawar ini hanya lakonan...biarlah masa yang menentukan. Apapun, tahniah dan syabas kepada YB. K.Keshvinder Singh.

Saturday, June 12, 2010

Permintaan Pertama Dewan Penyokong PAS

oleh : Jimadie Shah Othman
malaysiakini.com/
Jun 12, 10
10:39am

Tampil julung-julung kalinya sebagai perwakilan dalam muktamar parti, Dewan Himpunan Penyokong PAS hari ini mengutarakan permintaan sulung mereka, antaranya bantuan untuk sekolah vernakular dan pelantikan jentera pentadbiran di peringkat daerah.

Setiausaha dewan itu K Deepakaran berkata permintaan itu dibuat ekoran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) serta sekolah agama rakyat tidak mendapat perhatian sewajarnya sebelum ini.

"Saya minta PAS tegas supaya SJKC, SJKT termasuk sekolah agama rakyat yang tidak dilayan adil, dengan perutukan kementerian pelajaran.

"Seterusnya, semua usul di parlimen yang menyentuh tentang masyarakat bukan Islam, PAS akan bersuara untuk bukan Islam," katanya.

Deepakaran juga mengusulkan, dalam pelantikan penghulu, ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan ahli majilis haruslah dibuat dengan "sokongan" daripada kesemua dewan dalam parti itu.

"(Mudah-mudahan) penyokong akan berganding dalam dewan-dewan... untuk menjayakan program turun padang bagi mengukuhkan sokongan," tambahnya.

Selepas dinaiktarafkan daripada kelab kepada dewan hujung bulan lalu, penyokong bukan Islam PAS kini dibenarkan menghantar 15 perwakilan dan terlibat secara rasmi dalam muktamar tahunannya.

'Saya dengan taksub...'

Walaupun dibenarkan berucap sebelum ini, kumpulan tersebut hanya mengambil bahagian dengan status pemerhati.

Ketika membahaskan ucapan dasar presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pengkalan Chepa pagi ini, Deepakaran berkata pihaknya berharap PAS terus menjamin hak bukan Islam seperti sunah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad.

"Nabi Muhammad minta dijamin hak orang Islam bila sebarkan Islam di Mekah dan Madinah. Dengan itu, saya harap pemimpin PAS berani mencari ruang bagi mengubah senario politik akan datang.

"Takbir!" katanya disambut laungan "Allahu Akbar", tepukan serta sedikit ketawa kecil daripada kira-kira 1,500 perwakilan dan pemerhati.

Ucapan Deepakaran kira-kira 10 minit hari ini mencuit hati pelbagai pihak, antaranya ekoran 'kefasihannya' mengulas hal ehwal agama Islam, menyebabkan beliau sering mendapat tepukan.

Malah sejak awalnya lagi, dewan di Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan (PUTIK) - tempat muktamar PAS ke-56 berlangsung - mulai ceria apabila beliau tersilap menyebut perkataan Arab dalam ucapannya: "Saya dengan taksub syukur pada Tuhan yang Maha Esa."

Sementara itu, Deepakaran juga berkata penampilannya sebabagi perwakilan PAS di pentas muktamar, menggambarkan usaha parti bagi membuktikannya "bukan hak umat Islam semata-mata tetapi seluruh rakyat Malaysia".

"Islam bermaksud sejahtera dan aman sesama Islam atau dengan bukan Islam. Islam dilihat amalan beragama penuh dengan semngat toleransi di mana rumah ibadat, tokong, kuil, gereja terpelihara dengan baik," katanya.

..............................................................
PPUBT - PAS semakin hari semakin terperangkap dan lemas. Apa agaknya perasaan ahli keluarga mangsa peristiwa di Memali apabila melihat perjuangan PAS yang 4 ALL....
PAS kini boleh ikut apa saja stail politik, depan,atas,bawah,kiri,kanan hatta belakang sekalipun dengan tekad hanya untuk menjatuhkan UMNO.

Tuesday, June 8, 2010

Pengurusan Koperasi Al-Hilal Tutup Mulut


KOTA BHARU 7 Jun - Pihak pengurusan Koperasi Al- Hilal Berhad (Kohilal) mengambil sikap 'menutup mulut' berhubung dakwaan skandal melibatkan pelaburan ahli-ahli Pas sebanyak RM45 juta.

Ahli Lembaga Pengarahnya, Md. Shukor Aziz ketika dihubungi bagaimanapun mengakui koperasi berkenaan sedang disiasat oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Sehubungan itu, Setiausaha Kohilal itu meminta mana-mana pihak yang mahu mengetahui berkenaan isu berkenaan agar berhubung terus dengan SKM.

"Sebenarnya isu ini sudah lama dan sedang disiasat oleh SKM. Jadi biarlah kerajaan yang tentukan apa keputusan seterusnya, saya tidak boleh kata apa-apa. Anda berhubung terus dengan SKM," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini bagi mendapatkan penjelasan.

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) semalam mendesak agar Pas tampil mendedahkan ke mana wang berjumlah RM45 juta itu dilaburkan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, banyak dakwaan timbul mengenai kewujudan skandal penyelewengan menyebabkan koperasi itu hanya mampu membayar dividen yang terlalu sedikit kepada ahlinya dan kali terakhir pada 1997.

Ibrahim turut mendedahkan beberapa dokumen menyatakan bahawa Kohilal yang ditubuhkan Pas pada 1986 sedang disiasat oleh Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) atas dakwaan berlaku penyelewengan pengurusan sejak 2001.

Turut didedahkan adalah beberapa skim pelaburan tidak menguntungkan Kohilal yang dikendalikan oleh sebuah anak syarikatnya yang sudah gulung tikar.

Sementara itu, ketika diminta mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan skandal itu, Md. Shukor berkata:

"Saya tidak boleh cakap apa-apa mengenai itu. Kami ahli lembaga yang baru dilantik dan hanya berusaha memperbaiki apa yang sudah berlaku,"

Dalam pada itu, Naib Pengerusi Kohilal, Ahmad Othman Maseri semasa dihubungi pula berkata, hanya Pengerusinya, Mat Samsudin Abdullah yang layak memberi ulasan.

Mat Samsudin berjaya dihubungi namun selepas wartawan memperkenalkan diri, talian telefon kemudiannya terputus.

Sumber - Utusan Malaysia

Tuesday, June 1, 2010

Cadangan Beri 40% Kampung Baru Kepada Bukan Melayu

Dari blog - anginperubahan

29 Oktober 2010, Raja Nong Chik mencadangkan nisbah kuota setinggi 40% kepada bukan Melayu untuk membangungkan Kampung Baru. Rasionalnya adalah untuk meningkatkan nilai pemilikan tanah di kawasan tersebut. 40% untuk bukan Melayu adalah terlalu tinggi. Di Malaysia populasi bukan Melayu iaitu Cina hanyalah 25% manakala India adalah 8%, tidak rasional untuk memberi peratusan yang begitu besar kepada orang bukan Melayu di Kampung Baru. Mana lagi tempat untuk orang Melayu di tengah-tengah Kuala Lumpur melainkan kalau bukan Kampung Baru?

Mengapa tidak cadangkan agar pemilikan kedai milik Melayu di KLCC adalah 60% milik Melayu? Biarpun KLCC jadi mercu kebanggaan negara namun susah hendak cari kedai Melayu di sana. Mengapa tidak strukturkan sama milikan ekuiti kedai-kedai yang hampir 100% dimiliki oleh orang bukan Melayu di bandar-bandar?. Kalau ini dilakukan sama, barulah adil. Cheras, Kajang, Serdang, Bukit Bintang siapa yang monopoli perniagaan? Ada peniaga Melayu dari kampung yang ada premis di kawasan tersebut? Kerajaan perlu membatalkan cadangan 60:40 di Kampung Baru. Banyak lagi cara dan kaedah yang "win-win situation" daripada menggadai tanah kepada orang lain. Pilihlah kaedah lain.



forum yang berkaitan tajuk - mykmu