Thursday, September 30, 2010

PAS Perlu Menang Di Galas

Pas terdesak pertahan Galas

KOTA BHARU 29 Sept. – Cadangan Pas supaya UMNO tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas menunjukkan sikap tidak ikhlas parti tersebut dalam soal mewujudkan perpaduan.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Dali Hussin berkata, cadangan tersebut juga sebenarnya membuktikan Pas terdesak untuk mengekalkan kerusi tersebut tanpa mahu mendapat tentangan daripada UMNO.

Beliau turut mempersoalkan kenapa baru sekarang Pas menunjukkan sokongan kepada perpaduan sedangkan cadangan itu yang sebelum ini dikemukakan oleh pemimpin mereka sendiri telah ditolak mentah-mentah.

“Apabila jatuh soal hak dan kawasan, maka mereka pun gunalah tema perpaduan ini dan minta kita jangan bertanding kononnya sebagai tanda menyokong perpaduan.

“Sedangkan dulu kita mahu bersatu dalam soal yang melangkaui batas politik terutama agama dan bangsa tetapi ditolak mentah-mentah oleh mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dali mengulas cadangan Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang menyarankan UMNO menjadikan pilihan raya kecil itu untuk membuktikan keikhlasannya menyatukan orang Melayu sebagaimana didakwa sebelum ini.

- utusanonline
....................................................................................................

PPUBT - PAS hanyalah parti yang menempek seperti pokok duit-duit. Jadi MB Perak dulu pun atas ehsan DAP setelah tiada calon melayu yang sesuai dari PKR. PERASAN yang melampau-lampau selepas PRU12. Alhamdulillah orang melayu telah kembali bersatu bersama UMNO selepas beberapa pilihan raya kecil. PAS masih hendak temberang pasal penyatuan melayu, sedangkan Nik Aziz tak bangga jadi melayu dan pemimpin yang lainnya berdolak dalik dengan pelbagai syarat. Bersama DAP, tiada syarat yang ditetapkan dan mereka bangga diperkudakan untuk menjatuhkan kuasa pemerintahan dan ketuanan melayu.



Monday, September 27, 2010

Keghairahan Yang Melampau



Ahli PKR dan pemimpin semakin menggila disebabkan sudah berjaya memerintah beberapa negeri selepas PRU12. Semangat dan perasaan PERASAN tidak dapat dibendung lagi untuk masing-masing mengorak langkah untuk mengukuhkan kedudukan sebagai persediaan PRU13.

Berbekalkan undi protes dari pengundi-pengundi BN dan atas pagar pada PRU12 telah menenggelamkan pembangkang dengan mimpi untuk melebarkan kuasa politik pada PRU13 akan datang.

Pemilihan PKR 2010 jelas menampakkan kehangatan dan kegelojohan kumpulan-kumpulan dalam PKR untuk menempatkan diri masing-masing. Sikap tidak matang dan perangai seperti samseng mewarnai pemilihan PKR kali ini.

Golongan muda wajar berfikir dan menilai adakah mereka ini sesuai untuk memberikan perubahan dan harapan yang lebih baik kepada mereka.





Lagi foto DI SINI

Sunday, September 26, 2010

Memperingati Sejarah Kelakar



Tentu kita semua masih ingat betapa riuh rendahnya politik Malaysia ketika itu. Umat islam sedang menjalani ibadah puasa, sedangkan Anwar begitu ghairah menjual temberang kepada pengikut-pengikut tegarnya untuk mempercayai perubahan tampuk pemerintahan dan dia akan menjadi PM. Kepada pengikut-pengikut tegar pembangkang, hayatilah video ini supaya anda terbuka hati untuk tidak terus menerus ditipu oleh Anwar dan pemimpin pembangkang yang lain.

Friday, September 24, 2010

Mengata Dulang Paku Serpih


Mengata dulang paku serpih, mengata orang...dia yang lebih. Pepatah melayu ini memang cukup sinonim dengan puak pembangkang. Kalau dulu, mereka cukup lantang terpekik ke kampung-kampung tentang kronisme dan nepotisme. Kini, seperti meludah ke langit, terkena ke batang hidung mereka sendiri.

DAP dengan Lim Kit Siang,Lim Guan Eng dan menantu. Karpal Singh dan dua orang anaknya. PKR juga parti anak beranak dengan Nurul Izzah, Kak Wan dan Anwar. PAS juga tidak ketinggalan dengan Nik Aziz dan Nik Adli serta anak perempuan dan menantunya. Mereka ini semua memang terlibat sama dalam pergerakan parti masing-masing dan tak kurang juga memegang jawatan.

Seperti biasa, kalau isu ini dibangkitkan sudah tentunya UMNO dan BN pula akan disondol dengan isu-isu yang mengikut sedap perut mereka yang belum tentu benarnya. Kerana itu jugalah, pengikut tegar pembangkang ini mempunyai perangai yang tak ubah seperti pemimpin mereka yang suka memanipulasikan keadaan dengan mengalih isu sebenar.

Sudah jelas PKR kini akan menuju parti yang didominasi oleh anak beranak di hieraki tertinggi parti jika semua agenda Anwar menjadi. Nurul Izzah sudah bersedia untuk jawatan Naib Presiden.

Namun pengikut tegar pembangkang masih terus dibuai mimpi indah dengan harapan baru yang sebenarnya adalah retorik untuk memperkukuhkan lagi KUASA dikalangan pemimpin pembangkang.

Wednesday, September 22, 2010

Kapal Yang Semakin Karam


Zaid dedah Wan Azizah kurang dihormati

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Persaingan merebut jawatan nombor dua Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan akhir bulan depan semakin hangat apabila Datuk Zaid Ibrahim mendedahkan bahawa Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail kurang dihormati oleh ahli-ahlinya.

Menurut calon Timbalan Presiden itu, perbuatan berkenaan dilakukan sendiri oleh kepimpinan parti yang lebih selesa memberikan kepercayaan kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengakui beliau juga memberi kepercayaan dan sokongan penuh kepada Anwar atas kapasitinya sebagai pengasas parti dan Ketua Pembangkang, Zaid bagaimanapun menegaskan dari segi struktur parti, Anwar pada masa ini hanyalah ahli biasa.

"Kita tidak boleh membiarkan Presiden kita dianggap oleh sesetengah pihak hanya sebagai lambang, terlalu kerap saya dengar bisikan kononnya Wan Azizah bukan ketua sebenar.

"Malah ada pula yang mengatakan beliau tidak ada kuasa. Keadaan ini berlaku kerana ada di kalangan kepimpinan parti yang kurang menghormati jawatan Presiden," katanya dalam entri bertajuk "Hormatilah presiden dan perlembagaan parti" yang disiarkan laman webnya, hari ini.

Selain Zaid, seorang lagi calon yang telah melayakkan diri untuk bertanding ialah Naib Presiden, Azmin Ali yang dilihat lebih berpeluang untuk menang kerana menerima sokongan Anwar.

Azmin selama ini dilabelkan sebagai anak emas Anwar dan sentiasa mendapat pelbagai keistimewaan namun anak sulung Anwar, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai pada Khamis lalu menyatakan sokongan terbuka kepada Zaid.

Kenyataan berani itu dianggap oleh bekas wakil rakyat PKR, Zulkifli Noordin sebagai mewakili isi hati Wan Azizah yang tidak mahukan Azmin manakala bekas Naib Presiden, Datin Saidatul Badru Tun Said melihatnya sebagai mengesahkan dakwaan bahawa wujud konflik antara keluarga Anwar dengan Azmin.

Sementara itu, Zaid berkata, pemilihan parti pada 29 Oktober ini adalah peluang bagi ahli-ahli PKR membuat keputusan seperti berikut:

"Siapakah antara calon yang lebih berkebolehan, lebih mampu menolong dan menghormati Presiden parti."

Katanya, menjadi tanggungjawab Timbalan Presiden untuk memberi sokongan dan bantuan sepenuhnya kepada Presiden manakala kesetiaan kepada parti bererti taat setia kepada Presiden dan menolong beliau menjalankan tugas.

"Kalau saya menang, saya akan membantu Presiden memenuhi tanggungjawab beliau. Presiden parti tidak akan dianggap sebagai lambang semata-mata," katanya.

Friday, September 10, 2010

Salam Aidil Fitri


Syukur alhamdulillah kita masih berkesempatan menyempurnakan ibadah puasa dan menyambut 1 syawal dalam keadaan aman dan harmoni. Semoga generasi baru dapat menginsafi segala yang dinikmati ini memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit.

Generasi baru seharusnya tidak mudah termakan dengan janji-janji kosong pembangkang kononnya mampu memberikan masa depan yang lebih baik, sedangkan janji-janji manifesto PRU 12 masih tidak tertunai sehingga kini.

PPUBT
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir dan batin. Hayatilah senikata lagu ini dan berhati-hatilah di jalan raya sepanjang musim perayaan ini.