Thursday, September 30, 2010

PAS Perlu Menang Di Galas

Pas terdesak pertahan Galas

KOTA BHARU 29 Sept. – Cadangan Pas supaya UMNO tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas menunjukkan sikap tidak ikhlas parti tersebut dalam soal mewujudkan perpaduan.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Dali Hussin berkata, cadangan tersebut juga sebenarnya membuktikan Pas terdesak untuk mengekalkan kerusi tersebut tanpa mahu mendapat tentangan daripada UMNO.

Beliau turut mempersoalkan kenapa baru sekarang Pas menunjukkan sokongan kepada perpaduan sedangkan cadangan itu yang sebelum ini dikemukakan oleh pemimpin mereka sendiri telah ditolak mentah-mentah.

“Apabila jatuh soal hak dan kawasan, maka mereka pun gunalah tema perpaduan ini dan minta kita jangan bertanding kononnya sebagai tanda menyokong perpaduan.

“Sedangkan dulu kita mahu bersatu dalam soal yang melangkaui batas politik terutama agama dan bangsa tetapi ditolak mentah-mentah oleh mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dali mengulas cadangan Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang menyarankan UMNO menjadikan pilihan raya kecil itu untuk membuktikan keikhlasannya menyatukan orang Melayu sebagaimana didakwa sebelum ini.

- utusanonline
....................................................................................................

PPUBT - PAS hanyalah parti yang menempek seperti pokok duit-duit. Jadi MB Perak dulu pun atas ehsan DAP setelah tiada calon melayu yang sesuai dari PKR. PERASAN yang melampau-lampau selepas PRU12. Alhamdulillah orang melayu telah kembali bersatu bersama UMNO selepas beberapa pilihan raya kecil. PAS masih hendak temberang pasal penyatuan melayu, sedangkan Nik Aziz tak bangga jadi melayu dan pemimpin yang lainnya berdolak dalik dengan pelbagai syarat. Bersama DAP, tiada syarat yang ditetapkan dan mereka bangga diperkudakan untuk menjatuhkan kuasa pemerintahan dan ketuanan melayu.



No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.