Friday, September 24, 2010

Mengata Dulang Paku Serpih


Mengata dulang paku serpih, mengata orang...dia yang lebih. Pepatah melayu ini memang cukup sinonim dengan puak pembangkang. Kalau dulu, mereka cukup lantang terpekik ke kampung-kampung tentang kronisme dan nepotisme. Kini, seperti meludah ke langit, terkena ke batang hidung mereka sendiri.

DAP dengan Lim Kit Siang,Lim Guan Eng dan menantu. Karpal Singh dan dua orang anaknya. PKR juga parti anak beranak dengan Nurul Izzah, Kak Wan dan Anwar. PAS juga tidak ketinggalan dengan Nik Aziz dan Nik Adli serta anak perempuan dan menantunya. Mereka ini semua memang terlibat sama dalam pergerakan parti masing-masing dan tak kurang juga memegang jawatan.

Seperti biasa, kalau isu ini dibangkitkan sudah tentunya UMNO dan BN pula akan disondol dengan isu-isu yang mengikut sedap perut mereka yang belum tentu benarnya. Kerana itu jugalah, pengikut tegar pembangkang ini mempunyai perangai yang tak ubah seperti pemimpin mereka yang suka memanipulasikan keadaan dengan mengalih isu sebenar.

Sudah jelas PKR kini akan menuju parti yang didominasi oleh anak beranak di hieraki tertinggi parti jika semua agenda Anwar menjadi. Nurul Izzah sudah bersedia untuk jawatan Naib Presiden.

Namun pengikut tegar pembangkang masih terus dibuai mimpi indah dengan harapan baru yang sebenarnya adalah retorik untuk memperkukuhkan lagi KUASA dikalangan pemimpin pembangkang.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.