Sunday, February 28, 2010

Raja Lawak Peringkat Negeri Perak

Setelah kalah dengan pukulan 8-0 di mahkamah, bekas MB Perak yang pernah terguling kaki keatas kepala kebawah di hadapan pejabat UMNO ini melepaskan perasaan di majlis Tahun Baru Cina anjuran rakan-rakannya.

Puak PAS cukup berbangga kerana MB lawak mereka ini fasih menyanyikan lagu mandarin dengan penuh semangat. Bukan saja pandai memaki hamun dan terjerit-jerit dalam ceramahnya, dia juga boleh buat kelakar menyanyi sampai serak-serak suara.

Sama-samalah kita mendengar nyanyian syahdu YB terlampau ini.



Tuesday, February 16, 2010

Demi Guan Eng, Nik Aziz Sanggup Putar 69

Sikap Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memperkecilkan sambutan Maulidur Rasul kerana menganggap ia tidak mempunyai fadilat disifatkan sebagai 'menyimpang'.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah berkata, ini kerana memperingati Nabi Muhammad merupakan sunat muakad yang tertinggi dalam menghayati sejarah serta perjuangan baginda yang dapat menginsafkan diri setiap umat Islam.

Sehubungan itu, beliau menganggap sebarang pandangan yang menganggap hari keputeraan baginda itu tidak perlu disambut sebagai bertentangan dengan akidah.

"Dia termasuk dalam orang yang mengharamkan ijtihad kerana hukum ini ialah dalam empat perkara iaitu al-Quran, hadis, sunnah dan kias (ijtimak ulamak).

"Siapa yang menolak ini tak bolehlah kerana boleh diibaratkan macam sesat jadi bila sesat wajib kita tentang," ujar beliau di sini hari ini.

Abdullah yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengenai sebab utama Maulidur rasul tidak disambut di negeri ini.

Ketika ditemui semalam, Nik Abdul Aziz berkata, bulan Maulud tidak mempunyai fadilat dan sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan.

Bagaimanapun beliau berkata, corak pentadbiran yang diamalkan kerajaan negeri telah menerapkan nilai Maulud yang sebenarnya.

Abdullah menjelaskan, Maulidur rasul perlu disambut sebagai tanda orang Islam menyayangi baginda dan mengeratkan hubungan kerohanian antara baginda dengan umatnya.

Tegasnya, Allah sendiri memuliakan nabi maka adalah sunat bagi umat manusia turut meraikan hari kelahiran baginda.

"Apa ini maulud..maulud merupakan perhimpunan untuk memuji dan memperingati hari kelahiran nabi dengan mengadakan jamuan sedekah dan membaca kisah-kisah mengenai nabi.

"Nabi tak pernah larang dan tak pernah suruh tetapi zaman sahabat baginda dulu mereka meraikan kedatangan maulud dengan cara itu," tegas beliau.

Sumber - neutraldaily.blogspot


Wednesday, February 10, 2010

Nijar kena HEMPAP lagi



Setelah penat jerih si nijar mengembar-gemburkan keputusan mahkamah akan pasti memihaknya dengan 4 - 1...akhirnya, apa yang digempak dan diriuhkan itu menjadi beban kepada nijar sendiri.

Tak cukup dengan solat hajat yang telah dibuat, penyokong tegar nijar dengan muka tak malu solat hajat pula di kawasan mahkamah. Dengan kasut yang berterabur di hadapan mereka, dengan selamba berjemaah mengikut susun atur jubin bersaksikan tiang bendera. Pandai betul arkitek yang membina mahkamah yang bertepatan dengan kiblat.




Seperti biasa, puak PAS dan pakatan hanya mengiktiraf HASIL solat hajat dan ketentuan Allah itu semestinya berpihak kepada mereka. Jika tidak, ini semua adalah tidak adil dan bukan qada qadar. Inilah perangai orang-orang yang kononnya berasaskan agama islam sebagai perjuangan.

Tahniah kepada
Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang telah disahkan sebagai MB Perak. Dengan keputusan sebelumnya dan hari ini, nijar dan rakan-rakannya dah kena 8 - 0 !!

Sunday, February 7, 2010

Cadangan Nik Aziz hanya gula-gula, tutup kemelut pembangkang

KUALA LUMPUR 5 Feb. - Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdamai dengan UMNO hanyalah 'gula-gula' untuk terus menuntut royalti minyak bagi negeri Kelantan.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohamed Mustapha Ishak berkata, selain itu, tindakannya juga mencerminkan keresahannya untuk menutup kemelut politik dalam pakatan pembangkang.

Menteri Besar Kelantan itu, katanya, sebelum ini dengan tegas mahu memperkukuhkan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, justeru tidak mungkin sewenang-wenangnya beliau mahu menamatkan perseteruan itu.

''Sukar untuk mentafsir Nik Abdul Aziz, kerana beliau boleh membuat pusingan sehingga 360 darjah untuk membuat sebarang keputusan.

''Sememangnya kita terkejut dengan cadangannya semalam, tidak ada ribut dan angin tiba-tiba ubah pendirian sedangkan selama ini beliau yang menjadi penghalang besar untuk Pas dan UMNO berdamai,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang mencadangkan Pas dan UMNO duduk semeja berbincang dan menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu.

Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini menolak usaha kerjasama Pas dengan UMNO melalui hujahnya bahawa Pas akan masuk perangkap UMNO dan kerajaan perpaduan hanyalah boneka UMNO, tetapi pendiriannya semalam berubah malah akan berasa gembira jika perbincangan itu menjadi kenyataan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, cadangan pemimpin paling popular dalam Pas itu telah menimbulkan kemusykilan banyak pihak.

''Nik Aziz benar-benar memeningkan kepala ramai orang, dia sudah tidak tahu apa dia sendiri cakap, adakah ini strateginya untuk tarik sokongan atau pun sebaliknya, kita belum pasti.

''Pendirian beliau tidak menentu, dulu siap letakkan syarat jika UMNO mahu duduk semeja dengan Pas, tapi semalam tiada sebarang syarat pula, apa sebenarnya beliau mahukan,'' katanya.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Ujang pula mengalu-alukan cadangan baik Menteri Besar Kelantan itu.

Beliau berharap, kali ini Nik Abdul Aziz benar-benar ikhlas dengan apa yang diperkatakannya itu.

''Kita minta supaya Nik Abdul Aziz tidak mempolitikkan cadangannya itu kali ini kerana jika tidak, beliau akan memburukkan imejnya sendiri sebagai guru agama yang disegani.

''Di pihak UMNO, saya merasakan mereka dari awal telah menunjukkan keikhlasan untuk sentiasa bersedia berunding dengan Pas tetapi kali ini terpulang kepada UMNO untuk mentafsir bahawa ia sebagai satu muslihat atau sebaliknya,'' kata beliau.

Friday, February 5, 2010

Liwat vs Gempak Bubar DUN

Ketika isu liwat di mahkamah hangat menjadi tumpuan dan topik kebanyakkan bloggers, rakan karib PKR iaitu PAS seakan tak berminat atau mungkin malu untuk turut sama menjadikan isu ini sebagai bahan di blog.

Bloggers PAS seolah tak sanggup nak menyokong dan menyanggah isu liwat Ketua Pakatan Reput mereka.

Kehadiran Nik Aziz di mahkamah untuk memberikan sokongan kepada AI pun tidak menarik perhatian bloggers pembangkang terutamanya PAS untuk mensensasikan cerita seperti selalu.

Agaknya bloggers PAS pun sudah pening dengan kerenah Tok Guru mereka yang sanggup meninggalkan tugasnya sebagai MB hanya untuk memberikan sokongan moral kepada kes 'LIWAT'.

Seperti kata Ibrahim Ali
"Dapat cutikah beliau untuk datang ke mahkamah bagi menyokong Anwar,"

Angan-angan Nijar dan rakannya DAP begitu juga bloggers PAS Perak masih setia merapu dengan kempen Bubar DUN sehingga terlupa membuat isu tentang mentor mereka yang sedang bergelut di mahkamah.

Lagak mereka yang menyondol keputusan mahkamah yang belum pun diumumkan seakan merekalah yang akan menang. Bagaimana pula kalau UMNO yang menang ?!

Belum apa lagi Nijar dah buat gempak dengan pelbagai program kononnya orang melayu masih menyokongnya dan PAS Perak semakin kuat. Banyak juga duit PAS Perak ?!

Pada 31 Januari yg lepas, Program HEMPAP 2010 10 Ribu Pemuda PAS telah berlangsung. Program in juga tidak disensasikan oleh bloggers PAS. Walaupun pelbagai tarikan seperti paintball, nasyid, tomoi dan lain disuap untuk penyokong PAS, tapi masih lesu.

Hancur luluh hati Nijar dengan angan 10 ribu pemudanya. Lihat videonya disini
.