Thursday, December 31, 2009

Dimana Logik Enjin F-5E Bernilai US$29 juta?

Semasa NST mula mendedahkan mengenai kehilangan enjin F-5E, enjin tersebut dikatakan bernilai US$29 juta. Kemudian ada pula pendedahan pihak berkuasa bahawa dua enjin yang hilang. Seterusnya bukan sahaja enjin tetapi ada barangan alatganti lain turut hilang. Ditambah lagi, ini sudah lama berlaku.

Aturan keluar berita pun ada benda tidak kena. Untuk maklumat jet pejuang F-5E kita sudah hampir
30 tahun lama. Sekarang bayangkan kita berada di akhir tahun 70an, dan negara baru merdeka dalam 20 tahun lebih.

Agak-agak mampukah negara membeli jet pejuang baru yang mana dua enjin untuk terbang saja boleh bernilai US$29 juta 30 tahun kemudian? Ini bermakna enjin itu bernilai lebih mahal semasa jet pejuang F-5E dibeli dan pastinya harga jet pejuang F-5E itu sendiri berharga berkali ganda lebih mahal dari harga US$29 juta.

Jangan sekali-kali lupa situasinya adalah akhir 70an yang mana minyak di Terengganu masih baru ditemui. Wang itu hanya diutamakan kerajaan untuk menghantar ribuan pelajar Bumiputera belajar ke luar negara bagi negara membina keupayaan dalam ilmu-ilmu asas perlu untuk membangun negara? Pastilah perbelanjaan besar-besaran dalam pertahanan bukan satu prioriti.

Jika anda baru sedar taksiran US$29 juta itu tidak masuk akal, sepatutnya kita semua tidak mudah menerima bulat-bulat sebarang maklumat. Inikan pula tidak ada sumber yang sah disebut. Perasaan kritis ini perlu walaupun yang dibaca adalah akhbar media perdana NST.

Kita sepatutnya ada sikap kritis dan objektif untuk tidak bulat-bulat menerima sebarang maklumat. Ini yang selalu menyebabkan salahfaham, tuduhan meliar, fitnah, dan pandangan ambil mudah mudah tersebar. NST boleh disalahkan tetapi kesalahan utama masih kita yang mudah tertipu.

Dari maklumat yang diterima dari rakan-rakan yang pernah berkhidmat dalam TUDM, squadron jet pejuang F-5E yang enjinnya hilang bukan jet pembelian baru tetapi sudah wujud hampir
30 tahun. Ketika jet ini dibeli, ia pun bukan belian baru atau baru keluar dari kilang tetapi barangan terpakai.

Untuk memahami bagaimana rupa jet pejuang terpakai, tentera Amerika sering membelanja untuk mempertingkatkan peralatan tentera mereka. Jet-jet yang tidak mahu diguna lagi dihantar kesebuah airfield di padang pasir Arizona. (sila lihat gambar)

Jet-jet itu dijual kepada pembeli dari dunia ke-tiga. Sebelum dihantar, jet-jet tersebut dibawa masuk kilang untuk diperbaiki dan dipulih penggunaannya. Sebenarnya jika tiada pembeli, jet-jet tersebut dibiar saja dan akhirnya dijual sebagai
besi skrap saja.

Malahan dipercayai pada masa jet pejuang F-5E mula dibeli, harga sebuah jet pejuang F-5E
secondhand hanya US$2 juta sahaja! Untuk enjin yang hilang itu bernilai US$29 juta, kita perlu hilang enjin untuk 15 buah jet pejuang F-5E. Logikkah nilai enjin tersebut bernilai US$29 juta.

Apabila NST membuat laporan sedemikian, jet pejuang yang mana dimaksudkan F-5 atau F-15 yang lebih baru untuk enjin bernilai sedemikian? Sebelum kita cuba membuat andaian wartawan tersilap atau kesilapan percetakan dan jet sebenar adalah F-15, fikir balik. Malaysia sendiri tidak ada F-15 dan hanya ada membeli MIG dan Sukhoi.

Buat masa ini, NST masih berdiam saja dengan kesilapan itu. Mungkin sekali mereka termalu dan tidak mahu lagi mengaku salah kepada kesalahan maklumat tersebut selagi tiada pihak rasmi membetulkan fakta itu. Penulis hanya merasa curiga dan percaya ada cerita tersirat yang sebenar disebalik laporan-laporan akhbar yang kredibiliti mencurigakan.

Satu lagi, sebelum mengakhiri artikel ini, enjin yang hilang pun bukan enjin pada jet pejuang tetapi enjin alatganti yang biasa datang sekali dengan pembelian sebuah skaudron jet pejuang bersama latihan dan seterusnya. Dengan demikian, bukanlah yang hilang itu, enjin yang sedang digunapakai oleh skuadron jet f-5E tetapi “army surplus” yang tidak terpakai. Lagi mencurigakan?

Sementara itu, menjenguk di kedai jual suratkhabar pagi tadi, Suara Keadilan sudah menjana hikayat dan andaian baru untuk menghalakan tuduhan kepada Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Tidakkah bertambah-tambah curiga?

Sumber - www.mykmu.net

PPUBT - Pelik memang pelik, harga barang 2nd hand yg dah berumur 30 tahun jauh lebih mahal dari masa ianya dibeli. Kalau harga emas, hartanah, atau barangan antik dan lukisan karya agung memang harga akan melambung naik. Kalau nak bagi gempak berita pun, berpada-padalah. Cukuplah dengan ceramah anvar brahim, memang berdegar-degar gempak pasal duit kerajaan lesap.....juta dan billion aje !!

Tuesday, December 29, 2009

Puak Sendiri Pulak Terkena


KOTA BHARU: Suasana tegang menyelubungi perkarangan rumah isteri kedua bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kadir, 35, di Kampung Telipot di sini, semalam, apabila dikepung sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan terbabit yang didakwa enggan mematuhi perintah mahkamah syariah mengarahkan mereka dimufarakah (dipisahkan) sehingga perbicaraan kes mereka selesai.

Selanjutnya....



Mana dia saudara "Tantawi" kita ni????? Katanya dia ni pejuang isteri-isteri kedua, ketiga & keempat....

Masa saudara Rohaizat tempohari (PRK Permatang Pasir), begitu berkobar-kobar dia (Tantawi) "menelanjangi" isu Rohaizat "simpan" isteri keduanya dari pengetahuan umum. Walaupun nikah Rohaizat dengan isteri keduanya pada waktu itu tiada "masalah" dari segi syarak, tetapi disebabkan Rohaizat mengunakan "temberang Madu-Tiga (P. Ramlee)" demi masa depan politiknya, maka "isteri kedua Rohaizat dan Bapa Mertuanya" diusung ke sana-kemari di pentas-pentas politik untuk mengaibkan Rohaizat.

Mengapa kini, bila "puak" sendiri nikah tanpa wali yang sah, isteri kedua tersebut tidak dibela? Mengapa hanya dibiarkan perkara tersebut kepada pak mertua Rosli?

Saya bukan mahu mengaibkan sesiapa, semua manusia tidak sepi dari membuat kesilapan. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat mempelajari sesuatu dari insiden ini. Jangan jatuhkan maruah orang lain, negara ini ada undang-undang. Jika tersilap, maka kembalilah ke pangkal jalan. Katanya saudara Roslipun telahpun bernikah semula di Selatan Thailand, walaupun ianya bukan sesuatu yang patut dijadikan ikutan/dicontohi, bagi penulis perkara ini dianggap telah selesai.

Tidak perlulah diperpanjangkan lagi isu ini kerana ia dikira selesai. Ia lebih berbentuk peribadi dan melibatkan maruah diri dan keluarga mereka yang terlibat, biarlah pihak berkuasa yang memutuskannya. Sebagai seorang Islam kita ditegah membuka aib orang lain terutamanya untuk mereka yang telah insaf. Jadikan ianya sebagai panduan.

Sumber - bumiyang.blogspot

Saturday, December 26, 2009

Friday, December 25, 2009

Mengata Dulang, Paku Serpih

Semasa Ariffahmi mahu dilantik menjadi 'Tauke' Perbadanan Menteri Besar Kelantan, tidak ada sesiapa yang menasihati Nik Aziz Menteri Besarnya supaya tidak berbuat demikian.

Ini termasuklah Penasihat Undang-Undang Negeri yang ada pengetahuan tentang undang-undang.

Itu seperti yang didakwa oleh Menteri Besar Kelantan. Bermakna MB itu tidak sedar kemungkinan boleh berlakunya 'conflict of interest'.

Namun sejak isu ini tercetus, bukan seorang malah terlalu ramai yang menasihatkan MB Kelantan itu termasuk menasihati menantu kesayangannya Ariffahmi agar segera meletakkan jawatannya di perbadanan yang diketuai oleh mertuanya.

Perbadanan tersebut bukan milik individu mertua Ariffahmi tetapi adalah milik rakyat.

Siapalah Mahfuz Omar, Pemuda PAS dan penasihat-penasihat lain dihadapan Ariffahmi dan Nik Amalina.

Masuk angin keluar asap. Masuk telinga kiri keluar ikut telinga kanan. Mencurahkan air didaun keladi. Bikin tak serupa cakap.

Nampaknya, sesudah dinasihati oleh orang dalam dan di luar parti, kasih sayang Nik Aziz kepada Ariffahmi suami kepada Nik Amalina Nik Abd Aziz mengatasi prinsip perjuangan demokrasi apatah lagi prinsip yang kononnya PAS perjuangkan.

Kalau dulu mereka melaungkan UMNO mengamalkan kronisme, kini mereka terpaksa menjilat kata-kata itu. Dalam parti pembangkang juga dipenuhi dengan anak beranak pemimpin.

Bagi menghalalkan perlantikkan menantunya dalam PMBK, Nik Aziz seperti biasa akan menyamakan tindakan dengan Rasulullah. Apabila terkena batang hidung sendiri, maka akan ada saja persamaan tindakan PAS dengan perjuangan Rasulullah. Seolah Islam itu PAS, PAS itu Islam dan mereka adalah golongan yang wajib disokong untuk meraih pahala serta syurga sekalipun.

Mana-mana Blogger pembangkang yang cuba menegur akan dituduh dibayar oleh UMNO untuk buat pendedahan. Adakah jawatan Mursyidul Am itu kebal lagi maksum ?

Sudah pasti 2010 akan membuka tirai dengan bahan jenaka Ariffahmi, Nik Aziz, Nik Amalina, demokrasi dan Islam ala PAS.

Thursday, December 24, 2009

Pertandingan Keras Kepala

Dimulakan cerita diadakan sukan antara lebai-lebai Parti Ajaran Songsang di Kelantan. Salah satu acara ialah pertandingan keras kepala. Cara pertandingannya ialah seseorang itu perlu terjun dari bangunan tinggi dan kepala didahulukan dan dapat kebawah tanpa apa-apa kecederaan. Dimulakan pertandingan peserta dari Kedah, Lebai Mahput naik ke tingkat 1 dan terjun...whooosh! Gedegam! kepalanya menghentam tanah. Dia bangun tanpa apa-apa kecederaan.

Peserta kedua dari Perak, Lebai Neeja@Ngeh naik ke tingkat 2 dan terus terjun Zooooom ! Gedebuk ! Dia bangun dan mengossokkan kepalanya sambil melaungkan Makhal Sakhti. Penonton bertepuk tangan. Peserta ke 3 dari Terengganu, Lebai Adie berlari ke tingkat 3 dan terus terjun ala Sommersault dan terus sampai ke bawah dengan pantas. Beliau dengan tangkas bangun dan mencuci kotoran dikepalanya.

Tiba pula peserta tuan rumah Dol Arip Miesue dari Kelantan yang harus terjun dari tingkat 4. Beliau dengan perlahan berjalan ke tingkat 4. Sampai ditepi beliau berdiri sahaja. Pengadil menjerit jerit suruh dia terjun. Dia mengeleng-ngelengkan kepalanya kerana tidak mahu terjun. Jurulatihnya bertempik menyuruh dia terjun. Dia masih berdiri dan tidak mahu terjun. Oleh kerana beliau adalah peserta terakhir, pengadil-pengadil memutuskan untuk bermusyawarah yang diketuai oleh pengadil Pulau Pinang. Akhirnya, keputusannya pemenang pertandingan KERAS KEPALA adalah dari..... KELANTAN !

Bapa mertua Dol Arip Miesue yang turut hadir dalam pertandingan, tersengih gembira sambil berkata kepada menantu kesayangannya, " Mu meme hebatk, tapi mu tok leh lawe denge ambo.... kepalo ambo lagi keghah wei !! "

Friday, December 18, 2009

Tak Jadi Jadi



PPUBT - Kalau dahulu, hanya tinggal satu anak tangga sahaja untuk menjadi PM ke-5 musnah. Seterusnya cubaan untuk merampas kerajaan melalui Angau 16 September juga gagal. Baru-baru ini pula, seperti biasa masih mahu menggunakan taktik kotor dengan rancangan membuat undian mengagalkan Bajet 2010. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala-galanya, akhirnya...perancangan menumbangkan kerajaan secara licik di parlimen juga akhirnya 'GAGAL' dan alhamdulillah ianya tidak menjadi kenyataan.

Perancangan kotor anvar dan pembangkang agaknya tak direstui Allah. Mengapakah rancangan rampasan kuasa anvar menjadi buntu dan gagal, sedangkan pengambilalihan Kerajaan Perak dari Boneka DAP berjalan dengan lancar dan mudah oleh Najib Tun Razak untuk kembali kepada kuasa orang islam.....

Orang melayu islam sepatutnya bersyukur, merenung dan banyakkan mengkaji kemelut politik cacamarba pembangkang yang jelas bercanggah dan hanya merugikan agama dan bangsa.

"Walaupun sejuta manusia mahu membantu kamu, ianya tidak berlaku sekiranya ALLAH tidak mengizinkannya, dan walaupun sejuta manusia tidak mahu membantu kamu, ianya tetap akan berjalan dengan keredhaan ALLAH"

Monday, December 14, 2009

AnWAR JUGA GUNA BTN

1. Bercabang sungguh lidah manusia ini demi kelangsungan 'survival' politiknya. AnWAR, Khalid Ibrahim dan Hasan Ali pernah menjadi sebahagian dari Biro Tatanegara (BTN) dan hari ini mereka mencaci organisasi yang pernah mereka beroleh manfaat darinya. AnWAR bukan setakat beroleh manfaat besar dari BTN, malah terlibat merubah dan merangka modul program latihan BTN semasa menjadi Pengerusi J/Kuasa Kabinet Mengenai Latihan dan Perubahan Sikap dahulu.

2. Modul Program Bina Negara yang diubah AnWAR menggantikan Program Wira Waja bagi memupuk semangat patriotisma untuk setiap rakyat Malaysia. Modul diubah bagi melindungi strategi AnWAR yang mahu mengawal sepenuhnya organisasi berkenaan. Atas nama 'perubahan sikap' AnWAR memupuk semangat patriotisma kepada negara dan dirinya sekaligus. Mana-mana pegawai BTN yang ingkar serta ikhlas menunaikan tugas dibuang atau ditukar serta-merta.

3. Sesungguhnya AnWAR tahu program-program anjuran BTN adalah program yang baik serta memupuk semangat cintakan negara, terutama di kalangan anak-anak muda. Program-program BTN secara tidak langsung akan mendedahkan tembelang AnWAR yang mementingkan diri sendiri demi mencapai cita-citanya. Ini juga bakal membuka pekung AnWAR yang tidak punya semangat patriotisma kepada negara Malaysia.

4. Maka itulah, petugas-petugas dilingkungan AnWAR dihalang dari mengikuti program BTN bagi menutup kelemahan dirinya. BTN hanya menerapkan semangat cintakan negara dalam programnya, bukannya 'menelanjangkan' personaliti-personaliti tertentu seperti yang didakwa AnWAR. Betullah kata pemerhati politik, AnWAR ibarat 'sesumpah' yang boleh bertukar warna mengikut keadaan semasa.

5. Begitu juga TS Khalid Ibrahim. Beliau pernah menjadi penceramah popular di BTN. Ceramahnya padat dengan isi dan fakta w/pun sering tersasul dan tergagap sejak dari dulu lagi. TS Khalidlah yang mengeluarkan data-data betapa orang melayu jauh ketinggalan di segi ekonomi dari bangsa-bangsa lain di negara ini. Begitu juga apabila BTN menganjurkan program perdana yang melibatkan tokoh-tokoh besar, TS Khalid terhegeh-hegeh meminta nama beliau dimasukkan sebagai penceramah!

Betapa 'sesumpahnya' mereka berdua ini! Dulu cakap lain, sekarang cakap lain. Jika dahulu BTN boleh menaikkan geraf dan mempopularkan diri mereka, maka disanjunglah BTN sebagai sebuah organisasi yang baik tiada tolok bandingnya. Kini program BTN 'menelanjangkan' diri mereka secara tidak langsung, maka dihalang perserta dari menyertainya. Dicaci dan dihina BTN memecahbelahkan masyarakat.

Yang menjadi mangsa adalah pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di BTN dari dahulu hingga sekarang. Mereka ini dilatih menjadi seorang pegawai yang patuh kepada dasar-dasar kerajaan, bukan patuh kepada orang politik yang silih berganti. Sewajarnya kita memberi penghargaan kepada pegawai-pegawai BTN yang berkorban masa dan tenaga demi memberi kesedaran kepada semua bangsa Malaysia betapa berharganya kemerdekaan yang kita perolehi pada hari ini. Bukan seperti AnWAR yang mahu mencorakkan kemerdekaan kita seperti acuan barat yang penuh muslihat..............

Sumber - x-pkr.blogspot

Thursday, December 3, 2009

Hadi menguatkan cengkaman terhadap Nik Aziz?

Dalam sistem PAS, Dewan Syura ada peranan penting sebagai penasihat kepada pucuk kepimpinan PAS. Agak susah nak faham Mursyidul Am yang tidak dipilih boleh melebihi dari kuasa Presiden yang dipilih jemaah PAS. Keadaan ini sudah menjadi teruk hingga Nik Aziz pernah mengaku jawatan Mursyidul Am itu lebih tinggi dari Presiden.

Keadaan ini menjadi bertambah mengarut hingga Nik Aziz boleh membuat kenyataan menuntut dipanggil Mesyuarat Luar Biasa parti untuk menyingkirkan Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan Pesuruhjaya Negeri Selangor. Percubaan itu telah dapat ditepis dengan digantikan dengan Seminar yang tidak mengubah keadaan.

Nik Aziz merasa dirinya tewas dari mula dalam mesyuarat AJK PAS Pusat berkenaan usulnya. Tidak mustahil, dia berpura-pura sakit masuk IJN untuk meraih simpati.

Hadi sudah mula lebih mendesak terhadap Nik Aziz dengan permintaannya supaya Ariffahmi digugurkan dari jawatan CEO PMBK. Hadi Dipercayai akan menguatkan cengkaman kuasanya. Nyawa politik Nik Aziz hanya menuggu masa untuk dikebumikan.

Kenyatan Hadi semalam menyatakan Nik Aziz bersikap ikhlas tetapi menyalahkan Penasihat di atas kesilapan perlantikan Ariffahmi yang turut tidak dipersetujui oleh anaknya Nik Abduh.

Ini sesuatu yang pelik. Kesilapan boleh sesekali disalahkan disalahkan keapda orang lain melainkan orang yang membuat keputusan. The onus will always be on the decision maker. Penasihat memberi nasihat sebarapa yang jujur dan terdaya mengikut keadaan. Pembuat keputusan boleh terima atau tolak nasihat itu. Tanggungjawab tetap jatuh kepadanya.

Nik Aziz ada memberi alasan dia tidak mendapat bangkangan dari Penasihat Undang-undang. Pertama, siapa berani tentang apabila Nik Aziz nampaknya sudah bersungguh-sungguh mahukan Ariffahmi. Nik Abduh ada mengtakan ayahnya sudah tawarkan pada Ariffahmi dari tahun lepas lagi.

Kedua, kesalahan Nik Aziz adalah dari segi moral dan etika dan bukan undang-undang kerana perhubungan keluarga dalam undang-undang sering didefinasi sebagai ayah ibu, adik beradik dan anak-anak – atas, bawah dan tepi dan bukan yang berkait-kait jauh. Pengukur PAS berkenaan nepotisma yang diguna untuk mengkritik UMNO termasuk sekali menantu.

Alasan Nik Aziz dan tuduhan Hadi untuk menyalahkan Penasihat adalah salah. Namun begitu, Hadi ada dilaporkan berkata, "Benarlah keadaan yang digambarkan Rasulullah SAW: Akan berlaku di akhir zaman keadaan yang celaru, orang amanah dikatakan khianat, orang khianat dikatakan amanah, orang benar dikatakan bohong dan orang bohong dikatakan benar."

Dengan demikian tuduhan salah Hadi keapda penasihat dan menyatakan Nik Aziz hanya untuk memberi muka, tetapi sebenarnya dia menyalahkan dan mengatakan Nik Aziz sebagai tidak amanah.

Dari pandangan politik, keadaan menunjukan Hadi sedang mengasak sedikit demi sedikit supaya Nik Aziz berundur dari jawatan Menteri Besar. Nik Aziz nampaknya enggan lakukan dan mahu kekal dalam jawatan.

Alasannya mungkin adalah tidak ada orang yang layak. Dia sudah mula memperlecehkan semua calun potensi untuk menggantikannnya.

Husam dikatakan hanya “untuk rakyat Malaysia” dan bukan untuk rakyat Kelantan. Kalau Nik Aziz dianggap Jeneral, dia sudah menuduh “Kolonel” atau Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaacob sebagai dalang mahu menjatuhkannya. Nik Amar tidak dilihat langsung walaupun cuba mengampu meminta Nik Aziz yang menentu penggantinya.

Nik Aziz boleh berdalih untuk tidak mempedulikan tuntutan mengundur semalam oleh kumpulan pemuda dengan mengenepikan tuntutan yang sebahagian kecil dihadiri oleh Pemuda UMNO. Tapi dia jangan lupa yang menuntut adalah rakyat dan pengundi Kelantan.

Tembok yang kuat pun boleh runtuh jika diasak setiap hari. Nik Aziz tidak boleh lagi bertahan tetapi menerima realiti bahawa dia sudah melakukan kesalahan dan patut berundur. Hadi pun ada tahap kesabarannya dan pasti terpaksa menggunakan kuasanya kerana terlalu lama Nik Aziz dan penyokong-penyokongnya memperlecehkan Hadi sebagai Presiden yang dipilih.

Kuasa sebenar yang menentukan Menteri Besar adalah perkenan Sultan dan Hadi yang berkuasa untuk membuat cadangan untuk diperkenan pada Tuanku Sultan. Bukan Nik Aziz seperti yang disarankan oleh Nik Amar yang cuba nasib sebagai kuasa ke tiga.

Nik Aziz sedar Ahmad Yaacob yang paling diterima untuk memnggantinya setelah ada kesediaan dari Husam dan juga Nik Amar. Masaalahnya dia tidak yakin dengan rakannya semasa berguru bawah Tok Guru Kob Tumpat. Ahmad Yaacob pun ada perwatakan hampir menyerupainya semasa mula naik Menteri Besar untuk diterima rakyat. Mungkin dia masih bermain politik kerana Ahmad Yaacob dilihat adalah dari fraksi ulamak pimpinan Hadi.

Jika Nik Aziz susah untuk menerima realiti ini dan cuba melawan dari berundur, Hadi pasti akan terus menghantar lagi pelbagai mesej dan peringatan. Tidak hairan Hadi menutup ‘sementara’ Majlis Syura yang diketuai Nik Aziz dan melucut jawatannya dalam parti sebagai Mursyidul Am. Ini pasti adalah paling memalukan Nik Aziz.

Masa itu, Nik Aziz tidak boleh salahkan sesiapa melainkan diri sendiri. Dr Mahathir ada memperingatinya supaya turun semasa orang masih menyanginya. Tak dengar, nasiblah ...

Sumber - ruangbicarafaisal.blogspot.com