Tuesday, July 26, 2011

Rakyat Bersama PR Di Selangor




Stadium penuh sesak dengan 'rakyat' Selangor sempena pelancaran slogan 'Selangorku'. Diceritakan kerajaan negeri telah mengedarkan 40,000 kupon percuma bernilai RM5 kepada pengunjung untuk membeli makanan dan minuman di gerai-gerai yang disediakan.

Akhirnya, pelancaran majlis tidak lebih kepada ceramah politik yang asyik dengan isu Altantuya,scorpene dan isu-isu basi.

Tahniah rakyat Selangor kerana tidak mudah diperbodohkan oleh pemimpin rakus PR. Tumbangkan Pakatan Retorik di Selangor pada PRU 13 nanti, insyaAllah boleh.

Sunday, July 24, 2011

Lakon Layar Hebat 2011

Sumber -Mingguan Malaysia. Klik gambar untuk besarkan.

Orang nombor 2 PAS kata kena rempuh Land Rover dan Malaysiakini pun siarkan tajuk sadis dakwaan Mat Sabu. Sekarang ni pulak kata Kereta Waja Polis yang langgar dia, alahai penganut PAS, malangnya dapat pemimpin penipu dalam parti yang mendakwa lebih islam dari rang lain. BOS PKR pula macam dah nazak tapi masih boleh berceramah dengan rancak walaupun pakai topang leher. Menipu pulak pasal layanan polis kepada Haji Hadi. Penganut PR masih menganga kena kencing berkali-kali.

Sunday, July 17, 2011

Saya nak tumbuk Anwar - Kamariya


Menurut Kamariya, dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sanggup berulang-alik ke rumahnya di Desa Pandan, Kampung Pandan di sini sejak enam bulan lalu untuk menguruskan persiapan perkahwinan anak perempuan tunggalnya, Rehan Jaharudin, 29.

"Rehan adalah satu-satunya anak saya dan sudah lebih 50 tahun saya menunggu detik manis untuk menyaksikan majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana meriah.

"Selama lebih 20 tahun saya bekerja keras menyimpan wang untuk perbelanjaan perkahwinannya tetapi alangkah kecewanya apabila ia berlangsung dalam suasana muram disebabkan ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan dan Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi seperti 13 Mei 1969," katanya.

Kamariya ditemui pemberita semasa datang untuk mendapatkan khidmat guaman percuma yang disediakan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Bazar Masjid India di sini, hari ini.

Menurut Kamariya, dia menjemput seramai 3,000 tetamu untuk meraikan majlis perkahwinan Rehan dengan menantunya, Mohd. Dzulfikar Mahtar, 29, pada Sabtu lalu di kediamannya tetapi hanya 1,000 orang yang hadir.

Baca lagi

Sunday, July 10, 2011

Raja Drama



BERSIH adalah Drama terkini dan mungkin terakhir. Raja Drama diceritakan dibelasah oleh polis, tapi masih sempat mengutuk pentadbiran DS Najib selepas itu baru dikejarkan ke hospital.

Syabas PDRM kerana berjihad mempertahankan negara dari anasir asing yang ingin melihat sebuah lagi benteng negara islam hancur selepas Mesir dan negara islam yang lain.

Monday, July 4, 2011

Golongan Pondok Menyeru Hentikan BERSIH

Tuan Guru Hj.Abdullah Annajmimelalui kuliah subuh beliau menyentuh tentang Perhimpunan "BERSIH 2.0" yang akan diadakan pada 9/7/201