Tuesday, September 29, 2009

Meriahnya Hari Raya


Kartun Hakmilik Pemuda UMNO Malaysia

Kalau ikutkan adat melayu, raya sebulan. Rumah terbuka masih meriah. Masih ada juga anak-anak yang meneruskan aktiviti kutip duit raya. Tak kira rumah siapa, mereka tanpa segan silu akan memberikan salam untuk menyempurnakan program mereka. Janganlah dihalau kalau tak mahu melayan sekalipun. Gunakanlah cara yang lebih berhikmah. Niatkanlah sedekah kita kepada mereka itu nanti diterima Allah.

Sebagai ibu bapa pula, kita didiklah anak-anak kita agar jangan jadikan duit raya itu sebagai keutamaan. Ianya hanyalah bonus atas ziarah yang dilakukan. Kalau ibu bapa berperanan dengan lebih berkesan, budaya 'kutip duit' akan menjadi lebih tertib dan tidak terlalu rakus.

Sesi tangis menangis sepertimana dalam drama Hari Raya sudah kembali reda. Bagi yang bergaduh di Hari Raya tak perlulah dipanjangkan sampai ke raya yang berikutnya. Realiti manis dan pahitnya di musim raya apabila sanak saudara berkumpul sudah menjadi adat. Oleh kerana itu juga, melambak-lambak drama raya yang mempunyai jalan cerita yang begini.

Warga kota sudah mula kembali ke bandar. Tentu banyak juga bekalan yang dibawa dari kampung yang boleh dijadikan 'simpanan makanan' kalau bajet untuk bulan ini tersasar. Kuih muih raya yang tak dipandang di Hari Raya sememangnya akan dicari 2, 3 minggu selepas raya.

Kepada mereka yang sudah mula bertugas, janganlah kenangan di Hari Raya menganggu tugas seharian. Terutama mereka yang bertugas dengan kerajaan. Tersilap berbelanja di musim raya, sudah tentunya akan menepuk dahi untuk menunggu gaji yang seterusnya.

Statistik kematian di musim raya kali ini juga kembali meningkat. Seperti biasa, polemik isu ini kembali hangat. Bermula dengan kecederaan di bulan puasa kerana bermain mercun buatan sendiri dan tragedi jalan raya pulang ke kampung....rakyat Malaysia memang 'Raya Sakan' !

- PPUBT

Saturday, September 19, 2009

Kembara Ramadhan Menjelang Syawal

Salam Aidil Fitri...

Naib Ketua Bahagian UMNO Tapah, Encik Isham Shahruddin menyampaikan sumbangan di Majlis Berbuka Puasa Darul Aitam, Temoh.

Kembara Ramadhan PPUBT menyampaikan sumbangan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan. Dengan sokongan dan bantuan dari AJK PPUBT, Program Kembara Ramadhan kali ini berjaya disempurnakan selama beberapa hari menjelang syawal.

Gulai tempoyak ikan mayong
Deghoyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal kite selamat sampai

Wednesday, September 16, 2009

Sejarah Kelakar Yang Tak Patut Dilupakan

Bulan puasa tahun lepas kita digegarkan dengan gempak peralihan kerajaan BN. Disaat umat islam sibuk menjalankan ibadah puasa, Bung Nuar sibuk menjual temberang tentang Ahli Parlimen BN yang akan melompat menyertai pembangkang.

Penyokong serta pemimpin Pakatan bagaikan hilang akal dan mabuk seolah terminum air ketum turut sama ghairah dengan temberang Bung Nuar. Setiap masa dan detik dikatakan angka AP BN yang akan melompat semakin bertambah dan 16 september adalah tarikh keramat ianya akan terjadi.

Walaupun sebelum dari itu sudah banyak tarikh telah ditetapkan tetapi pengikut totok mereka meleleh air liur apabila mendengar Bung Nuar mengatakan jalan ke Putrajaya semakin hampir. Apa yang mereka tak sedar, mereka sebenarnya telah dikencing basah kuyup oleh Bung Nuar. Begitu juga dengan Nik Aziz, Kit Siang, Abe Hadi dan lain-lain.

Apabila tiba hari 16 September...tiada apa yang berlaku ! Bung Nuar sudah bersedia dengan ceritera baru untuk membuai terus perasaan penyokong pembangkang. Seperti biasa, mereka sanggup ditipu untuk kali yang ntah ke berapa.

Apabila berlaku ADUN Pakatan melompat menyertai kerajaan BN di Perak, kerajaan dikatakan menjadi perampas, tidak adil, tidak demokrasi, zalim dan segala macam mak nenek alasan puak Pakatan hamburkan.

Sebelum mengamuk peralihan kuasa di Perak, PPUBT sekadar ingin mengingatkan kepada penyokong Pakatan, belajarlah dari sejarah 16 September ciptaan Bung Nuar. Video dibawah ini mungkin mampu untuk memulihkan ingatan anda semua tentang 16 September.

- PPUBT


Sunday, September 13, 2009

Cawangan DAP Melayu

Cita-cita DAP untuk meletakkan lebih ramai calon melayu atas tiket DAP dalam PRU13 sebagai gula-gula untuk meraih sokongan diterima segelintir melayu.

Bermula di Perak dengan keahlian seramai 53 orang kesemuanya melayu pelbagai peringkat umur di Kampung Ayer Tawar telah menyertai cawangan baru DAP pada januari lepas. Kini, sebuah cawangan DAP melayu dibuka di Lembah Kinrara dalam Parlimen Puchong yang diwakili oleh Teresa Kok. Dalam majlis itu, Ketua Cawangan DAP Lembah Kinrara yang dilantik dari orang melayu telah menyerahkan 50 borang keahlian orang melayu.

Adakah melayu yang menyertai DAP ini faham dengan ideologi dan tuntutan perjuangan parti ini ? Bagi penulis, tidak mustahil mereka ini adalah dikalangan orang-orang melayu yang kecewa. Orang yang kecewa dan mempunyai daya tahan yang lemah memang mudah terjerumus melakukan tindakan yang bodoh merugikan bangsa.

Kalau kecewa sekalipun, masih ada PAS dan PKR yang boleh dijadikan alternatif. Atau mungkin, kerana peluang berjawatan dalam DAP nanti sudah tentunya terbuka luas kerana kuota melayunya. Masih berbaloikah untuk kepentingan kuasa dan perpaduan melayu di negara ini....

Sindrom mudah kecewa, kalau dapat sokong....kalau tak dapat lompat, adalah satu sikap yang menunjukkan lemahnya prinsip dalam perjuangan kita. Kita tidak akan dapat semua dan hilang kesemuanya. Kalau sudah puas kita menikmati apa yang kerajaan telah berikan, takkan hanya kerana satu, dua atau berapa sebab sekalipun yang kurang enak kita perlu berpatah arang,berkerat rotan ?

DAP kegembiraan apabila melihat mereka semakin mendapat sambutan orang-orang melayu. Pak Lebai dan Mak Lebai pun bersorak gembira dengan kerjasama yang diberikan tanpa sedar perlahan-lahan mereka sedang dikerjakan.

PAS pula semakin liberal dan ke arah membuka pintu untuk orang bukan islam. Baguslah begitu, telanlah sedalam-dalamnya kahak yang telah dihamburkan kepada UMNO satu waktu dulu.

PAS masih tidak sedar cita-cita DAP untuk meletakkan ramai calon dikalangan orang melayu yang bergelar ustaz dan peguam atas tiket DAP adalah satu proses untuk menyisihkan PAS. Apa perlunya PAS lagi... kalau mereka sendiri sudah ada calon-calon yang boleh dibaruakan untuk dijadikan MB.

Mungkin juga slogan PAS FOR ALL adalah proses yang sama, iaitu untuk menyisihkan pengaruh DAP dan PKR dalam meraih undi bukan melayu. Sudah pastinya banyak lagi hukum-hukum lama yang telah dilemparkan kepada UMNO terpaksa di halalkan dengan nas nas yang baru ikut sedap perut Tok Tok Guru mereka.

Pengikut-pengikut totok PAS juga janganlah berkecil hati sekiranya di masa akan datang akan ada cawangan PAS bukan melayu. Ketua cawangannya terdiri dari orang siam,india,cina dan lain-lain lagi. Kalau hukum Allah pun boleh di'fleksibel'kan ikut kepala Tok Guru PAS, apalah sangat perlembagaan PAS.

ALL FOR ONE PAS !!


- PPUBT

Thursday, September 10, 2009

Ziarah Ramadhan


Sempena Nuzul Al Quran dan bulan Ramadhan yang mulia ini program ziarah bersama Belia Putra Bidor pada 7 September 2009 telah disempurnakan. Ketua Pemuda bersama AJK PPUBT, pengerusi Belia Putra sdr. Hasbulah dan Tok Sidang Cikgu Mansor bersama menziarahi seorang pesakit di Taman Bidor Permai. Pada hari yang sama turut membuat kunjungan mesra keluarga orang asli di Kampung Sungai Kenoh Tapah.

Monday, September 7, 2009

Tangguh Tetap Tangguh

HARAPAN banyak pihak dan orang ramai untuk mengikuti perbicaraan sebenar kes dakwaan liwat Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, dalam masa terdekat, tidak kesampaian.

Sejak kes tersebut disebut pertama kali Ogos lalu, sampai kini, ia belum dapat dibicarakan antaranya kerana Anwar mengemukakan permohonan demi permohonan untuk penangguhan. Nampaknya motto baru Anwar ialah Tangguh Tetap Tangguh berbeza dengan Lawan Tetap Lawan ketika kempen pilihan raya umum lalu.

Terbaru, kes tersebut akan dipanjangkan lagi pada bulan Oktober. Maknanya, sudah dua kali Ramadan dan Aidilfitri terpaksa dilalui oleh Saiful dengan perasaan tertekan menanti kesnya. Awang sudah banyak kali menulis tentang penangguhan perbicaraan utama kes berkenaan dan tidak terkejut dengan perkembangan tersebut.

.........................................................................................................................................................................

Ulasan SAIFUL BUKHARI - Terima kasih Awang Selamat serta seluruh warga Utusan Melayu kerana prihatin dan tidak putus-putus membela nasib saya untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

Saya ini hanya insan kerdil(tiada pengaruh dan kuasa), lawan saya pula adalah antara 100 orang yang terpengaruh di dunia(Times Top 100 2008), bagaikan tikus dengan gajah. Hatta, penulisan dan liputan berita yang diberi sedikit sebanyak telah/dapat membantu dalam perjuangan saya dalam mendapatkan keadilan yang tidak kunjung tiba ini.

Setuju dengan Awang, kali ini, motto tertuduh ''Tangguh tetap Tangguh'', bukan lagi ''Lawan tetap Lawan''. Ada juga rakyat diluar sana kata ''Lari tetap Lari'' dan macam-macam lagi.

Mengenai dua Aidilfitri dan Ramadhan yang terpaksa dikorbankan, saya redha. Bukan sahaja itu, malah banyak lagi yang terpaksa saya korbankan. Tidak mengapa, adat perjuangan, mesti perlu berkorban. Namun, saya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada serta ketenangan yang diberi-Nya.

Saya pasti, banyak hikmah disebalik semua ini kerana Allah swt Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Akhir kalam, walaupun kita tidak pernah bertemu/kenal, keikhlasan serta sokongan Awang dan Utusan Melayu amat saya dan seluruh keluarga hargai. Semoga budi dan jasa Awang serta warga Utusan sekalian dibalas Allah swt. Amin

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

Saturday, September 5, 2009

Gambar Sekitar Program Nur Ramadhan

Pemuda UMNO Bahagian Tapah mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Dato' Khairun Aseh
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan kesemua mereka yang terlibat menyempurnakan majlis Nur Ramadhan ini. Semoga Allah memberkati segala usaha yang telah kita lakukan.

Thursday, September 3, 2009

Program Nur Ramadhan

Program Nur Ramadhan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tapah.

1. Majlis bacaan yassin UPSR.
2. Penyampaian sumbangan anak yatim.
3. Meraikan Nuzul Quran.
4. Berbuka puasa, solat maghrib dan terawih.

Tarikh - 4 September 2009 ( Jumaat )
Masa - 5:00 petang
Tempat - Surau Assadikin, Jalan Damai, Tapah, Perak.

Tetamu Khas - YBhg. Dato' Khairun Aseh
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Anjuran Biro Kebajikan Pemuda UMNO Bahagian Tapah

Kehadiran saudara amatlah dihargai. Harap Maklum.