Sunday, September 13, 2009

Cawangan DAP Melayu

Cita-cita DAP untuk meletakkan lebih ramai calon melayu atas tiket DAP dalam PRU13 sebagai gula-gula untuk meraih sokongan diterima segelintir melayu.

Bermula di Perak dengan keahlian seramai 53 orang kesemuanya melayu pelbagai peringkat umur di Kampung Ayer Tawar telah menyertai cawangan baru DAP pada januari lepas. Kini, sebuah cawangan DAP melayu dibuka di Lembah Kinrara dalam Parlimen Puchong yang diwakili oleh Teresa Kok. Dalam majlis itu, Ketua Cawangan DAP Lembah Kinrara yang dilantik dari orang melayu telah menyerahkan 50 borang keahlian orang melayu.

Adakah melayu yang menyertai DAP ini faham dengan ideologi dan tuntutan perjuangan parti ini ? Bagi penulis, tidak mustahil mereka ini adalah dikalangan orang-orang melayu yang kecewa. Orang yang kecewa dan mempunyai daya tahan yang lemah memang mudah terjerumus melakukan tindakan yang bodoh merugikan bangsa.

Kalau kecewa sekalipun, masih ada PAS dan PKR yang boleh dijadikan alternatif. Atau mungkin, kerana peluang berjawatan dalam DAP nanti sudah tentunya terbuka luas kerana kuota melayunya. Masih berbaloikah untuk kepentingan kuasa dan perpaduan melayu di negara ini....

Sindrom mudah kecewa, kalau dapat sokong....kalau tak dapat lompat, adalah satu sikap yang menunjukkan lemahnya prinsip dalam perjuangan kita. Kita tidak akan dapat semua dan hilang kesemuanya. Kalau sudah puas kita menikmati apa yang kerajaan telah berikan, takkan hanya kerana satu, dua atau berapa sebab sekalipun yang kurang enak kita perlu berpatah arang,berkerat rotan ?

DAP kegembiraan apabila melihat mereka semakin mendapat sambutan orang-orang melayu. Pak Lebai dan Mak Lebai pun bersorak gembira dengan kerjasama yang diberikan tanpa sedar perlahan-lahan mereka sedang dikerjakan.

PAS pula semakin liberal dan ke arah membuka pintu untuk orang bukan islam. Baguslah begitu, telanlah sedalam-dalamnya kahak yang telah dihamburkan kepada UMNO satu waktu dulu.

PAS masih tidak sedar cita-cita DAP untuk meletakkan ramai calon dikalangan orang melayu yang bergelar ustaz dan peguam atas tiket DAP adalah satu proses untuk menyisihkan PAS. Apa perlunya PAS lagi... kalau mereka sendiri sudah ada calon-calon yang boleh dibaruakan untuk dijadikan MB.

Mungkin juga slogan PAS FOR ALL adalah proses yang sama, iaitu untuk menyisihkan pengaruh DAP dan PKR dalam meraih undi bukan melayu. Sudah pastinya banyak lagi hukum-hukum lama yang telah dilemparkan kepada UMNO terpaksa di halalkan dengan nas nas yang baru ikut sedap perut Tok Tok Guru mereka.

Pengikut-pengikut totok PAS juga janganlah berkecil hati sekiranya di masa akan datang akan ada cawangan PAS bukan melayu. Ketua cawangannya terdiri dari orang siam,india,cina dan lain-lain lagi. Kalau hukum Allah pun boleh di'fleksibel'kan ikut kepala Tok Guru PAS, apalah sangat perlembagaan PAS.

ALL FOR ONE PAS !!


- PPUBT

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.