Tuesday, September 29, 2009

Meriahnya Hari Raya


Kartun Hakmilik Pemuda UMNO Malaysia

Kalau ikutkan adat melayu, raya sebulan. Rumah terbuka masih meriah. Masih ada juga anak-anak yang meneruskan aktiviti kutip duit raya. Tak kira rumah siapa, mereka tanpa segan silu akan memberikan salam untuk menyempurnakan program mereka. Janganlah dihalau kalau tak mahu melayan sekalipun. Gunakanlah cara yang lebih berhikmah. Niatkanlah sedekah kita kepada mereka itu nanti diterima Allah.

Sebagai ibu bapa pula, kita didiklah anak-anak kita agar jangan jadikan duit raya itu sebagai keutamaan. Ianya hanyalah bonus atas ziarah yang dilakukan. Kalau ibu bapa berperanan dengan lebih berkesan, budaya 'kutip duit' akan menjadi lebih tertib dan tidak terlalu rakus.

Sesi tangis menangis sepertimana dalam drama Hari Raya sudah kembali reda. Bagi yang bergaduh di Hari Raya tak perlulah dipanjangkan sampai ke raya yang berikutnya. Realiti manis dan pahitnya di musim raya apabila sanak saudara berkumpul sudah menjadi adat. Oleh kerana itu juga, melambak-lambak drama raya yang mempunyai jalan cerita yang begini.

Warga kota sudah mula kembali ke bandar. Tentu banyak juga bekalan yang dibawa dari kampung yang boleh dijadikan 'simpanan makanan' kalau bajet untuk bulan ini tersasar. Kuih muih raya yang tak dipandang di Hari Raya sememangnya akan dicari 2, 3 minggu selepas raya.

Kepada mereka yang sudah mula bertugas, janganlah kenangan di Hari Raya menganggu tugas seharian. Terutama mereka yang bertugas dengan kerajaan. Tersilap berbelanja di musim raya, sudah tentunya akan menepuk dahi untuk menunggu gaji yang seterusnya.

Statistik kematian di musim raya kali ini juga kembali meningkat. Seperti biasa, polemik isu ini kembali hangat. Bermula dengan kecederaan di bulan puasa kerana bermain mercun buatan sendiri dan tragedi jalan raya pulang ke kampung....rakyat Malaysia memang 'Raya Sakan' !

- PPUBT

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.