Sunday, June 26, 2011

Pembangkang Kelu Sehingga Merapu


Selepas Klinik 1 Malaysia,kini Kedai Rakyat 1 Malaysia pula. Tahniah DSN dengan satu lagi langkah mengurangkan beban rakyat.

Kedai 1 Malaysia ini diuruskan oleh Mydin Holdings. Rakyat Malaysia mempunyai pilihan alternatif untuk berbelanja dengan lebih murah terutama mereka yang berpendapatan rendah sudah tentunya memilih harga yang lebih murah berbanding mereka yang mungkin cerewet dengan jenama.

Belum pun sampai seminggu,sudah ada suara sumbang dari puak yang otak mereka tidak mampu membezakan isu-isu yang patut dipolitikkan.

"Alah,label aje 1 Malaysia tapi barang Mydin...", kata Lebai Kaduk.

"Kualiti barang ntah-ntah hancur...", kata Nyonya Tee Po.

Banyak lagi cakap-cakap negatif dari puak yang hanya tahu kondem. Ada yang sampai tahap nak boikot kedai ini. Tapi biasanya mereka inilah yang akan jadi pelanggan tetap, sebagai contoh kereta Proton. Dulu mereka jugalah yang bising mengatakan Tun Mahathir ada saham, sekarang...ntah berapa keturunan mereka masih membeli kereta keluaran Proton.

Syarikat besar yang lain sepatutnya mengambil langkah yang sama kerjasama Mydin dan kerajaan ini dengan mewujudkan rangkaian kedai harga patut mereka sendiri. Ini adalah tanggungjawab sosial kepada rakyat dan membantu usaha kerajaan menangani kenaikan harga barang.

Dengan wujudnya lebih banyak rangkaian kedai harga patut, pihak tertentu yang mempunyai agenda dan suka memanipulasikan harga barang tidak lagi bermaharajalela.

Tuesday, June 21, 2011

Program Kepimpinan Pemuda Dan Puteri


Pada 10 hingga 12 Jun 2011, Program Kepimpinan Pemuda Dan Puteri telah dijayakan di Melaka. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Sohaimi bin Shahadan, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Majlis juga telah mendapat kunjungan mesra dari Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Menteri Besar Melaka.

Saturday, June 18, 2011

Zulkifli Noordin : Saya Berdosa, Perdayakan Syeikh Yusof Al Qaradawi


AIDCNews – 18/06/11 – “Maksudnya beginilah”…kata YB Datuk Zulkifli Noordin yang nampak sangat ikhlas dan berterus terang … “kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik”, ketika diwawancara AIDC, di Bangunan Parlimen, 14 Jun 2011.

“Saya antara orang yang terlibat. Bila kita tengok balik, banyak dosa kita buat dalam benda macam ini. Sampai ulama macam itu pun, kita boleh perdayakan supaya percaya isu Anwar ini isu fitnah, isu Qazaf”, kata bekas salah seorang peguam bela Anwar untuk kes liwat I (1998) yang telah menyesali segala perbuatannya melakukan kesilapan semata-mata untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selalunya lelaki mempunyai ego yang sangat tinggi dan tidak mahu mengakui kesilapan yang telah dilakukan, namun berlainan dengan Zulkifli Noordin, beliau mengakui kesilapannya dan berusaha mencari dan memohon maaf kepada setiap manusia yang telah dipedayakannya.

Malah beliau pernah memohon maaf kerana melakukan kesilapan semasa ucapan di Parlimen, dan berharap kesilapan yang sama tidak dilakukan oleh rakan-rakannya yang lain.

Ini merupakan episod terakhir wawancara bersama Zulkifli, satu sesi temu bual yang sangat bermakna dan pendedahan maklumat sebenar yang belum terdedah selama ini.

Ikutilah wawancara itu sepenuhnya. AIDC

Saturday, June 11, 2011

Tilawah vs Badan Cantik

Pas Kelantan anjur pertandingan badan cantik

KOTA BHARU 9 Jun - Tindakan Pas Kelantan menganjurkan Pertandingan Badan Cantik Mr. Kelantan 2011 mencetuskan pers

oalan mengenai dasar Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri selama ini.

Pas Kelantan yang mendakwa berada di bawah kepimpinan ulama, sebelum ini telah mengharamkan penyertaan wanita dalam pertandingan tilawah al-Quran dengan alasan suara mereka adalah aurat.


Sebaliknya, Pertandingan Badan Cantik itu yang diadakan bersempena Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2011, jelas menunjukkan puluhan lelaki perkasa mendedahkan sebahagian besar tubuh mereka. Malah, pemakaian kain tambahan pada pinggang setiap peserta masih gagal menutup sepenuhnya aurat mereka.

Walaupun pertandingan itu diadakan dalam dewan tertutup iaitu Dewan Jubli Perak dengan setiap pintu masuk dijaga oleh individu berbaju merah tua, ia tetap 'menarik' beberapa penonton wanita yang mengintai-ngintai dari luar dewan.

Lebih menarik, terdapat kain rentang di belakang pentas yang memaparkan wajah dua pemimpin Pas Kelantan iaitu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood.

Kelibat peserta yang 'menayang' badan mereka di bahagian luar belakang dewan, turut mencetuskan persoalan mengenai peraturan berpakaian menutup aurat di khalayak yang dilaksanakan oleh kerajaan Pas selama ini.

Selain pertandingan badan cantik itu, beberapa acara lain yang diadakan bersempena sambutan tersebut ialah karnival sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), pertandingan gusti lengan, perarakan berkuda, bola sepak, perarakan bermotor 'Yang Berhormat Exco Belia Kita' dan anugerah Tokoh Anak Muda Kelate 2011.

Sambutan selama dua hari dengan tema 'Anak Muda Kelate Bermaruah' dan 'Memperkasakan Kerajaan Islam Kelantan' itu, turut menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa komputer riba sebagai tarikan kepada pengunjung.

........................................................................................................................................

PPUBT - Dulu Jom Heboh dan konsert tak dibenarkan di Kelantan. Peserta wanita Tilawah Al Quran pun gigit jari tak boleh nak turut serta. Kini, Jom Heboh,konsert dan yang terbaru Badan Cantik sudah pun dihalalkan oleh PAS. Nasib peserta wanita untuk menyertai Tilawah pulak nanti agaknya bagaimana ?