Saturday, June 11, 2011

Tilawah vs Badan Cantik

Pas Kelantan anjur pertandingan badan cantik

KOTA BHARU 9 Jun - Tindakan Pas Kelantan menganjurkan Pertandingan Badan Cantik Mr. Kelantan 2011 mencetuskan pers

oalan mengenai dasar Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri selama ini.

Pas Kelantan yang mendakwa berada di bawah kepimpinan ulama, sebelum ini telah mengharamkan penyertaan wanita dalam pertandingan tilawah al-Quran dengan alasan suara mereka adalah aurat.


Sebaliknya, Pertandingan Badan Cantik itu yang diadakan bersempena Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2011, jelas menunjukkan puluhan lelaki perkasa mendedahkan sebahagian besar tubuh mereka. Malah, pemakaian kain tambahan pada pinggang setiap peserta masih gagal menutup sepenuhnya aurat mereka.

Walaupun pertandingan itu diadakan dalam dewan tertutup iaitu Dewan Jubli Perak dengan setiap pintu masuk dijaga oleh individu berbaju merah tua, ia tetap 'menarik' beberapa penonton wanita yang mengintai-ngintai dari luar dewan.

Lebih menarik, terdapat kain rentang di belakang pentas yang memaparkan wajah dua pemimpin Pas Kelantan iaitu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood.

Kelibat peserta yang 'menayang' badan mereka di bahagian luar belakang dewan, turut mencetuskan persoalan mengenai peraturan berpakaian menutup aurat di khalayak yang dilaksanakan oleh kerajaan Pas selama ini.

Selain pertandingan badan cantik itu, beberapa acara lain yang diadakan bersempena sambutan tersebut ialah karnival sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), pertandingan gusti lengan, perarakan berkuda, bola sepak, perarakan bermotor 'Yang Berhormat Exco Belia Kita' dan anugerah Tokoh Anak Muda Kelate 2011.

Sambutan selama dua hari dengan tema 'Anak Muda Kelate Bermaruah' dan 'Memperkasakan Kerajaan Islam Kelantan' itu, turut menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa komputer riba sebagai tarikan kepada pengunjung.

........................................................................................................................................

PPUBT - Dulu Jom Heboh dan konsert tak dibenarkan di Kelantan. Peserta wanita Tilawah Al Quran pun gigit jari tak boleh nak turut serta. Kini, Jom Heboh,konsert dan yang terbaru Badan Cantik sudah pun dihalalkan oleh PAS. Nasib peserta wanita untuk menyertai Tilawah pulak nanti agaknya bagaimana ?

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.