Saturday, June 18, 2011

Zulkifli Noordin : Saya Berdosa, Perdayakan Syeikh Yusof Al Qaradawi


AIDCNews – 18/06/11 – “Maksudnya beginilah”…kata YB Datuk Zulkifli Noordin yang nampak sangat ikhlas dan berterus terang … “kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik”, ketika diwawancara AIDC, di Bangunan Parlimen, 14 Jun 2011.

“Saya antara orang yang terlibat. Bila kita tengok balik, banyak dosa kita buat dalam benda macam ini. Sampai ulama macam itu pun, kita boleh perdayakan supaya percaya isu Anwar ini isu fitnah, isu Qazaf”, kata bekas salah seorang peguam bela Anwar untuk kes liwat I (1998) yang telah menyesali segala perbuatannya melakukan kesilapan semata-mata untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selalunya lelaki mempunyai ego yang sangat tinggi dan tidak mahu mengakui kesilapan yang telah dilakukan, namun berlainan dengan Zulkifli Noordin, beliau mengakui kesilapannya dan berusaha mencari dan memohon maaf kepada setiap manusia yang telah dipedayakannya.

Malah beliau pernah memohon maaf kerana melakukan kesilapan semasa ucapan di Parlimen, dan berharap kesilapan yang sama tidak dilakukan oleh rakan-rakannya yang lain.

Ini merupakan episod terakhir wawancara bersama Zulkifli, satu sesi temu bual yang sangat bermakna dan pendedahan maklumat sebenar yang belum terdedah selama ini.

Ikutilah wawancara itu sepenuhnya. AIDC

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.