Saturday, January 30, 2010

Mahasiswa Yang Lupa Diri

Baca lagi....Angin Perubahan.Blogspot


Gambar atas menunjukkan kumpulan pelajar Pro M telah mengepung dan menyerbu masuk pejabat Naib Canselor di Universiti Malaya pada 29 Januari 2010 setelah mereka kalah dalam PRK. Mengapakah Pro Mahasiswa perlu menjadi radikal, provokatif dan ektrems sebegini?. Sedangkan mereka rata-ratanya datang dari Akademi Pengajian Islam? Apakah Islam mengajar kita untuk bertindak di luar batasan bila keputusan tidak menyebelahi kita? Dalam isu kalimah Allah SWT, tiada seorang pun pelajar Pro M yang berani bersuara kerana takut dengan bayangan Anwar Ibrahim. Kerana agama mereka takut, tetapi kerana kepentingan kelompok sendiri mereka bertindak di luar batasan.

Pelajar Pro M bertindak menendang CPU dan monitor komputer sebagai membantah e-voting. Setahun yang lepas, bila mereka menang dan menguasai MPP apakah aktiviti dan faedah besar yang mereka sumbangkan kepada pelajar di UM? Tiada sebarang impak yang positif ke arah pembangunan akademik dan menjaga kebajikan pelajar secara lebih berfokus diadakan oleh mereka. Aktiviti yang dibuat hanyalah berdemonstrasi, berkonflik dengan HEP dan menjemput beberapa tokoh pembangkang masuk ke dalam Universiti Malaya. Teresa Kok, Nik Nazmi dan beberapa orang lagi wakil rakyat PKR, PAS dan DAP masuk ke kampus atas jemputan MPP yang dikuasai Pro M. Apakah mereka ini yang meracuni fikiran pelajar ini menjadi ekstrems sebegitu rupa? Beranikah wakil rakyat pembangkang tersebut menegur perbuatan Pro M yang melampaui batas ini? Dari mana Pro M dapat sebegitu banyak duit untuk buat banner, badut, baju, bendera dalam kempen PRK kali ini? Ada sesiapa yang membantu gerakan mereka?
........................................................................................................................................................................

PPUBT - Budaya begini kalau dibiarkan akan menjadi barah di IPTA. Walaupun bukan semua pelajar yang berperangai seperti ini, tetapi ianya tidak boleh dibiarkan menjadi budaya dikalangan pelajar melayu yang persis tindakan penyokong pembangkang di luar kampus.

Jangan biarkan segelintir pelajar yang kurang ajar ini menganggu ketenteraman mereka yang benar-benar ingin belajar bukan sibuk sangat berpolitik kampus. IPTA adalah tempat untuk menimba ilmu bukan untuk tunjuk samseng dengan protes yang tak berkesudahan. Belajarlah menerima kekalahan apabila bertanding.

AUKU perlu dikuatkuasa dalam situasi begini untuk menyedarkan apa tugas sebenar mahasiswa di universiti. Kalau mahu berpolitik sangat, tunggulah mendapat segulung ijazah dan berpolitiklah sampai hilang suara.




Friday, January 22, 2010

Khalid Oh Khalid

Oleh - Kazman Kamal

Puchong -- Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini disaran meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar negeri itu setelah pembubaran PKR Kuala Selangor semalam.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Azmir Yuzaimi Mohd Yusof berkata pembubaran PKR di bahagian yang diketuai oleh Tan Sri Khalid itu merupakan satu indeks kegagalan beliau dalam pentadbiran.

Justeru katanya sebagai langkah yang bertanggungjawab, Tan Sri Khalid dinasihatkan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar secara terhormat demi kepentingan negeri dan rakyat.

”Bagaimana beliau mahu mentadbir sebuah negeri sedangkan di bahagian sendiri beliau telah gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai kapten sehingga menyebabkan 13 Ahli Jawatankuasanya meletakkan jawatan semalam. Ini adalah indeks prestasi yang menjadi ukuran.

"Kita tidak mahu mencampuri urusan dalaman PKR tetapi sebagai rakyat negeri ini yang peka terhadap perkembangan semasa, kita tidak mahu kegagalan Khalid di bahagiannya merebak kepada pentadbiran negeri.

"Yang akan menjadi mangsa keadaan adalah seluruh rakyat dan bukannya penyokong UMNO sahaja malah meliputi penyokong parti pembangkang yang lain. Inilah yang kita mahu elakkan", katanya.

Semalam, PKR Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibubarkan setelah 13 ajknya meletak jawatan.

Kesemua 13 AJK berkenaan termasuk Ketua Angkatan Muda (AMK), Nazaruddin Darmawan dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman meletak jawatan secara berperingkat bermula November lalu hingga kelmarin.

Mereka bertindak demikian kerana hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor. Pengumuman pembubaran PKR Bahagian Kuala Selangor itu dibuat oleh Timbalan Ketua bahagian itu, Arshad Abu Bakar.

Azmir yang juga Ketua Pemuda Puchong seterusnya menambah, apa yang berlaku itu menujukkan senario sebenar yang berlaku di dalam parti berkenaan hari ini.

"Kita percaya kemelut dalaman itu bukan hannya berlaku di Kuala Selangor sahaja, malah ke bahagian lain. Kita tahu semua ini dan hanya bakal pecah tidak lama lagi", ujarnya.

Menurut laporan, perletakan jawatan beramai-ramai dibuat kerana AJK telah hilang kepercayaan dan kecewa dengan kepimpinan Abdul Khalid yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua.



Hakmilik Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Monday, January 18, 2010

Lagi-Lagi Anwar

AWANG bukanlah ghairah untuk menulis tentang Anwar Ibrahim dalam ruangan ini. Tetapi Awang tiada pilihan kerana tidak dapat berkompromi dengan manipulasi ketua pembangkang itu.

Terbaru, Anwar dan PKR menganjurkan siri jelajah atau road show di seluruh negara bagi mendapatkan sokongan rakyat menjelang perbicaraan kes liwat terhadap pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 25 Januari ini.

Siri jelajah pertama

diadakan di Kota Damansara, Selangor. Penganjur mengharapkan puluhan ribu datang ke majlis itu tetapi khabarnya yang hadir tidak sampai 200 orang.

Awang tidak faham mengapa perlunya siri jelajah itu?

Jika beliau mahu membicarakan kes itu di luar mahkamah terlebih awal, itu bercanggah dengan prinsip undang-undang.

Jika Anwar mahu

mempolitikkan kes tersebut dan memperlihatkan beliau di pihak yang benar, itu sama sekali tidak adil kepada Saiful, rakyat kecil yang juga punya hak keadilan.

Persoalannya lagi mengapa Anwar perlu heret rakyat kepada isu moral peribadinya?

Tetapi jika beliau takut, itu Awang tidak boleh buat apa-apa. Yang jelas strategi Anwar ialah untuk meningkatkan momentum agar orang ramai hadir membanjiri perkarangan mahkamah yang akan dilihat sebagai tanda sokongan besar kepada beliau. Sudah tentu juga, sekiranya Anwar didapati bersalah, beliau mengharapkan rakyat bersimpati kepadanya, yang sentimen itu dimainkan sekarang. Anwar ohh Anwar.

Sumber - Awang Selamat, Mingguaan Malaysia

Saturday, January 16, 2010

Semua Ketua Agama Islam Negeri Patut Bersuara

Kontroversi yang melanda umat Islam berikutan permohonan The Herald memohon penggunaan kalimah Allah digunakan oleh Kristian di dalam pengeluaran mereka mendapat perhatian pelbagai pihak.

Raja Dr Nazrin Shah, selaku Raja Muda Perak juga menyeru umat Islam supaya berusaha memadamkan segera perkara-perkara kontroversi di peringkat awal supaya tidak merebak hingga boleh mencetuskan konfrontasi.

"Perkara-perkara berunsur kontroversi tidak harus dipandang kecil malah hendaklah dipadamkan segera di peringkat awal dari dibiarkan merebak," titah baginda ketika merasmikan persidangan ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di sini, hari ini.

"Sedarilah bahawa api yang besar lagi memusnahkan bermula dari bara-bara kecil yang gagal dipadamkan. Kembalikanlah minda untuk mencapai kejayaan sejati yang tidak menjejaskan keharmonian insan dan perpaduan warga dari sifat tidak mahu berganjak semata-mata untuk mempertahankan ego masing-masing yang akhirnya mengakibatkan kesemua pihak menanggung rugi," titah Raja Nazrin.

Kita memerlukan lebih ramai golongan kerabat Di Raja yang berpendidikan tinggi dan juga vokal seperti Raja Nazrin.

Amat menghairankan kerana kerabat Di Raja lain seakan-akan tidak tahu apa yang sedang berlaku di negara kita ini kerana mereka tidak pula mengeluarkan kenyataan seperti Raja Nazrin atau Sultan Selangor yang melarang keras penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.

Begitu juga dengan ulama-ulama Islam di Malaysia ini terutamanya mufti-mufti negeri yang tidak berani bersuara.

Sepatutnya mereka yang lebih arif tentang Islam seperti mufti-mufti negeri serta jabatan-jabatan agama negeri inilah yang lebih cepat dan lebih lantang bersuara membangkang penggunaan kalimat Allah oleh Kristian ini.

Kita tidak mahu Malaysia menjadi Indonesia kedua di mana perkahwinan antara si suami yang beragama Kristian dan si isteri yang beragama Islam dibenarkan kerana nanti anak-anak ingin mengikut agama apa?

Sumber - mykmu.net


Tuesday, January 12, 2010

Kita Tak Perlu Mengalah


Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj
ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj

DAULAT TUANKU



Titah Baginda itu adalah selaras dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuaratnya yang ke-82 pada 5 Mei, 2008 yang berbunyi:

“Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khas bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimat tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Sunday, January 10, 2010

Juara Rakyat Ditenggelamkan Isu Gereja

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan secara rasmi Program Umno Juara Rakyat di Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 9 Jan semalam.

Logo dan lagu rasmi Juara Rakyat juga diperkenalkan dalam majlis tersebut disampingkan pemberiaan bantuan kepada pelajar-pelajar cemerlang dan penduduk disekitar. Ribuan hadirin telah memeriahkan majlis atas semangat 1 Malaysia.

Petikan dari ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

"Kita pilih Juara Rakyat sebagai tema kita kerana Umno dan rakan dalam Barisan Nasional (BN) dengan segala perasaan rendah diri menerima keputusan pilihan raya umum lepas, yang mana rakyat telah memberi isyarat kepada Umno dan BN.

"Kami dengar dan kami terima bahawa rakyat telah memberi teguran kepada Umno dan BN, teguran itu kami akan hayati bukan saja kami dengar tapi kami insaf bahawa dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat ialah kuasa keramat dan mutlak,"

Program ini seolah tidak digemburkan dengan sebaiknya oleh media kerajaan dan UMNO sendiri selepas pelancarannya. Bloggers Pro Kerajaan juga seolah terlupa menghebahkan program Juara Rakyat. Mungkinkah kerana kita disibukkan dengan isu-isu panas sehari dua ini.

Biro Penerangan UMNO juga seolah kembali seperti keadaan yang sebelumnya. Channel UMNO di Youtube apa dah jadi ? UMNO TV pula.

Semoga Juara Rakyat ini akan mengembalikan keyakinan rakyat dan membuahkan hasil sepertimana Program SEMARAK suatu ketika dulu.

Thursday, January 7, 2010

FAKTA BENAR Yang Tak Berkaitan Politik

Disebabkan kebanyakkan blog sarat dengan isu-isu politik yang panas, elok sangatlah kita merehatkan minda. Sekurang-kurangnya dapat lari sekejap dari perasaan geram dan ralat apabila mengenangkan agama juga bangsa kita kini cukup mudah diperkotak-katikkan di tanahair sendiri.


FAKTA BENAR

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca fakta ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. Ha,ha,ha…..sentuh la telinga anda dengan siku sampai ia kena…….tak normal maknanya tu.

Saturday, January 2, 2010

Doa Pecahkan Perut Orang, Perut Sendiri Dah Mula Senak

KOTA BHARU 1 Jan. - Kerajaan Pas Kelantan tidak boleh menuding jari kepada Barisan Nasional (BN) apabila terpaksa membayar ganti rugi RM800 juta kepada syarikat pembalakan, Timbermine Sdn. Bhd. ekoran pelanggaran kontrak.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad berkata, segala keputusan yang dibuat termasuk penamatan kontrak pada 1975 dilakukan oleh kerajaan Pas yang ketika itu berada di bawah komponen BN.

Beliau berkata, Pas jangan hendak berselindung di sebalik lalang sehelai dengan tidak mengambil tanggungjawab ini apabila tewas di mahkamah.

"Kita pun mewarisi daripada dia juga dulu... apa yang BN buat adalah membetulkan keputusan yang salah pada 1964 yang memberikan kontrak kepada syarikat pembalakan ini.

"Lagi pun Menteri Besar Kelantan pada 1975 ialah Datuk Mohd. Nasir, kerajaan BN Kelantan yang diterajui oleh Pas, dia tak fahamkah kerana pada ketika itu kerajaan campuran terbentuk di Kelantan dengan Pas 22 kerusi, UMNO (13) dan MCA satu kerusi. Macam kerajaan BN di Pulau Pinang dulu diterajui oleh Gerakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan kerajaan Pas Kelantan bahawa mereka hanya mewarisi tinggalan kerajaan BN dahulu dan terpaksa menanggung beban atas warisan tersebut.

Ia disebabkan kerajaan BN pada 1975 telah membatalkan perjanjian dengan sebuah syarikat pembalakan Timbermine Sdn. Bhd. yang diberikan kuasa untuk mengeluarkan balak di kawasan seluas 204,095 hektar di Hulu Kelantan.

Pada prosiding di Mahkamah Tinggi Kota Bharu Rabu lalu, kerajaan negeri diarah membayar ganti rugi kira-kira RM800 juta kepada Timbermine kerana melanggar perjanjian.

Jumlah ganti rugi tersebut dikatakan yang tertinggi dalam kes saman sivil di negara ini.

Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata, pembatalan kontrak itu dibuat disebabkan kerajaan BN pada ketika itu mahu membangunkan kawasan tersebut dan ia terbukti dengan penubuhan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

"Tanah itu diambil balik untuk Kesedar hari ini, semua kawasan Kesedar adalah kawasan Timbermine yang diselesaikan melalui rundingan sebab itu kena bayar pampasan RM3.5 juta.

"Kawasan Hulu Kelantan hanya dibangunkan pada 1974 selepas Kesedar dibangunkan dengan Datuk Ariffin Said menjadi pengurus besar yang pertama dan mula mengambil orang miskin sebab itu pada zaman BN semuanya dah selesai dan mereka tidak saman ketika itu," katanya.

Katanya, perjanjian pada 1964 amat longgar dan ia tidak dapat membangunkan kawasan tersebut disebabkan kontrak itu hanya untuk mengeluarkan balak serta sebagai timbal balas, Timbermine perlu menyediakan jalan bagi penduduk.

Tambahnya, sewajarnya tidak timbul soal kerajaan BN dahulu kerana berdasarkan prinsip Pas perlu mewarisi semua pusaka yang ditinggalkan sebelum ini.

"Kenapa hendak perintah hendak ambil yang baik sahaja, bila kita ambil kena ambil semua aset dan liabiliti. Macam kita kahwin takkan hendak ambil yang elok saja daripada perempuan yang bakal menjadi isteri, kita harus menerima semuanya.

"Kalau begitu alasannya, keluar sajalah dari Kota Darulnaim, Balai Islam dan JKR 10 kerana semua itu dibuat oleh BN dan peninggalan kerajaan BN.

"Pada masa yang sama, kenapa mereka tidak berunding sebelum 2004 sebab pada masa BN dulu kerajaan boleh selesai di meja rundingan," katanya.