Monday, January 18, 2010

Lagi-Lagi Anwar

AWANG bukanlah ghairah untuk menulis tentang Anwar Ibrahim dalam ruangan ini. Tetapi Awang tiada pilihan kerana tidak dapat berkompromi dengan manipulasi ketua pembangkang itu.

Terbaru, Anwar dan PKR menganjurkan siri jelajah atau road show di seluruh negara bagi mendapatkan sokongan rakyat menjelang perbicaraan kes liwat terhadap pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 25 Januari ini.

Siri jelajah pertama

diadakan di Kota Damansara, Selangor. Penganjur mengharapkan puluhan ribu datang ke majlis itu tetapi khabarnya yang hadir tidak sampai 200 orang.

Awang tidak faham mengapa perlunya siri jelajah itu?

Jika beliau mahu membicarakan kes itu di luar mahkamah terlebih awal, itu bercanggah dengan prinsip undang-undang.

Jika Anwar mahu

mempolitikkan kes tersebut dan memperlihatkan beliau di pihak yang benar, itu sama sekali tidak adil kepada Saiful, rakyat kecil yang juga punya hak keadilan.

Persoalannya lagi mengapa Anwar perlu heret rakyat kepada isu moral peribadinya?

Tetapi jika beliau takut, itu Awang tidak boleh buat apa-apa. Yang jelas strategi Anwar ialah untuk meningkatkan momentum agar orang ramai hadir membanjiri perkarangan mahkamah yang akan dilihat sebagai tanda sokongan besar kepada beliau. Sudah tentu juga, sekiranya Anwar didapati bersalah, beliau mengharapkan rakyat bersimpati kepadanya, yang sentimen itu dimainkan sekarang. Anwar ohh Anwar.

Sumber - Awang Selamat, Mingguaan Malaysia

3 comments:

  1. Salam 1Malaysia,

    Kami dari Unit Media Wangsa Maju mengambil kesempatan mengucapkan Syabas kepada anda kerana pengendalian blog yang begitu cekap dengan artikel2 yang bernas dan mantap.

    Harap kita dapat bekerjasama dalam menjayakan blog dan menjawab segala fitnah dan dakyah yang dilemparkan pembangkang pimpinan Anwar Al Juburi..

    Kami juga telah link blog anda dalam senarai blog kami. Sila layari http://mediawangsamaju.blogspot.com/.


    Sekian, Salam Ikhlas dari,
    UNIT MEDIA WANGSA MAJU.

    ReplyDelete
  2. w'salam,

    Terima kasih dan tahniah juga utk UMWM.

    Insya'Allah kita akan gempur selagi mampu.

    ReplyDelete
  3. Askm,

    Saya bukanlah orang yang sayang pada Anwar, saya juga dah muak dengan politik beliau, tapi saya juga menyampah dengan si Saiful.

    Ini kerana Doktor telah mengesahkan tiada juburnya diliwat, tapi beliau beriya-riya mengaku diliwat juburnya. Ini yang buat orang begitu pelik dan ajaib.

    Saya berharap orang-orang UMNO tak payahlah guna ayat-ayat kotor macam Anwar Al-Juburi, sebab itu seolah-olah mempersendakan gelaran-gelaran ulama. Lagipun UMNO terkenal dengan sopan santunnya sebelum ini.

    Semoga UMNO lebih Islamik, Insyaallah.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.