Sunday, January 10, 2010

Juara Rakyat Ditenggelamkan Isu Gereja

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan secara rasmi Program Umno Juara Rakyat di Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 9 Jan semalam.

Logo dan lagu rasmi Juara Rakyat juga diperkenalkan dalam majlis tersebut disampingkan pemberiaan bantuan kepada pelajar-pelajar cemerlang dan penduduk disekitar. Ribuan hadirin telah memeriahkan majlis atas semangat 1 Malaysia.

Petikan dari ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

"Kita pilih Juara Rakyat sebagai tema kita kerana Umno dan rakan dalam Barisan Nasional (BN) dengan segala perasaan rendah diri menerima keputusan pilihan raya umum lepas, yang mana rakyat telah memberi isyarat kepada Umno dan BN.

"Kami dengar dan kami terima bahawa rakyat telah memberi teguran kepada Umno dan BN, teguran itu kami akan hayati bukan saja kami dengar tapi kami insaf bahawa dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat ialah kuasa keramat dan mutlak,"

Program ini seolah tidak digemburkan dengan sebaiknya oleh media kerajaan dan UMNO sendiri selepas pelancarannya. Bloggers Pro Kerajaan juga seolah terlupa menghebahkan program Juara Rakyat. Mungkinkah kerana kita disibukkan dengan isu-isu panas sehari dua ini.

Biro Penerangan UMNO juga seolah kembali seperti keadaan yang sebelumnya. Channel UMNO di Youtube apa dah jadi ? UMNO TV pula.

Semoga Juara Rakyat ini akan mengembalikan keyakinan rakyat dan membuahkan hasil sepertimana Program SEMARAK suatu ketika dulu.

2 comments:

  1. SLM ZIARAH TUAN..HARAP2 PM PASTIKAN JUARA RAKYAT TIDAK SUAM2 KUKU KERANA PEMBANGKANG BISA SAJE MENGAMBIL KESEMPATAN ATAS ISU INI

    ReplyDelete
  2. Insya'Allah sdr jeffry, kalau UMNO pandai mengambil peluang yg sebenarnya sudah terbuka luas utk meraih semula kepercayaan masyarakat melayu...UMNO akan kembali SEMARAK seperti dulu.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.