Friday, January 22, 2010

Khalid Oh Khalid

Oleh - Kazman Kamal

Puchong -- Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini disaran meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar negeri itu setelah pembubaran PKR Kuala Selangor semalam.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Azmir Yuzaimi Mohd Yusof berkata pembubaran PKR di bahagian yang diketuai oleh Tan Sri Khalid itu merupakan satu indeks kegagalan beliau dalam pentadbiran.

Justeru katanya sebagai langkah yang bertanggungjawab, Tan Sri Khalid dinasihatkan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar secara terhormat demi kepentingan negeri dan rakyat.

”Bagaimana beliau mahu mentadbir sebuah negeri sedangkan di bahagian sendiri beliau telah gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai kapten sehingga menyebabkan 13 Ahli Jawatankuasanya meletakkan jawatan semalam. Ini adalah indeks prestasi yang menjadi ukuran.

"Kita tidak mahu mencampuri urusan dalaman PKR tetapi sebagai rakyat negeri ini yang peka terhadap perkembangan semasa, kita tidak mahu kegagalan Khalid di bahagiannya merebak kepada pentadbiran negeri.

"Yang akan menjadi mangsa keadaan adalah seluruh rakyat dan bukannya penyokong UMNO sahaja malah meliputi penyokong parti pembangkang yang lain. Inilah yang kita mahu elakkan", katanya.

Semalam, PKR Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibubarkan setelah 13 ajknya meletak jawatan.

Kesemua 13 AJK berkenaan termasuk Ketua Angkatan Muda (AMK), Nazaruddin Darmawan dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman meletak jawatan secara berperingkat bermula November lalu hingga kelmarin.

Mereka bertindak demikian kerana hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor. Pengumuman pembubaran PKR Bahagian Kuala Selangor itu dibuat oleh Timbalan Ketua bahagian itu, Arshad Abu Bakar.

Azmir yang juga Ketua Pemuda Puchong seterusnya menambah, apa yang berlaku itu menujukkan senario sebenar yang berlaku di dalam parti berkenaan hari ini.

"Kita percaya kemelut dalaman itu bukan hannya berlaku di Kuala Selangor sahaja, malah ke bahagian lain. Kita tahu semua ini dan hanya bakal pecah tidak lama lagi", ujarnya.

Menurut laporan, perletakan jawatan beramai-ramai dibuat kerana AJK telah hilang kepercayaan dan kecewa dengan kepimpinan Abdul Khalid yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua.



Hakmilik Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

2 comments:

  1. Salam bro,

    Khalid sebenarnya tidak layak jadi MB Selangor.... kalau tidak kerana termaktub dalam Undang-Undang tubuh Negeri, Selangor mungkin sudah di ketuai Ronnie, Ele Bogel.....

    ReplyDelete
  2. Begitu juga dgn Perak dulu. Memang terang2 DAP awal2 tolak pas utk jadi MB, tapi disebabkan pkr takda calon yg sesuai, baru mereka akur....itupun setelah cuba memulaukan majlis angkat sumpah. Orang pas mmg tak kisah jadi kuda dan dipermainkan dap+pkr.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.