Friday, December 25, 2009

Mengata Dulang, Paku Serpih

Semasa Ariffahmi mahu dilantik menjadi 'Tauke' Perbadanan Menteri Besar Kelantan, tidak ada sesiapa yang menasihati Nik Aziz Menteri Besarnya supaya tidak berbuat demikian.

Ini termasuklah Penasihat Undang-Undang Negeri yang ada pengetahuan tentang undang-undang.

Itu seperti yang didakwa oleh Menteri Besar Kelantan. Bermakna MB itu tidak sedar kemungkinan boleh berlakunya 'conflict of interest'.

Namun sejak isu ini tercetus, bukan seorang malah terlalu ramai yang menasihatkan MB Kelantan itu termasuk menasihati menantu kesayangannya Ariffahmi agar segera meletakkan jawatannya di perbadanan yang diketuai oleh mertuanya.

Perbadanan tersebut bukan milik individu mertua Ariffahmi tetapi adalah milik rakyat.

Siapalah Mahfuz Omar, Pemuda PAS dan penasihat-penasihat lain dihadapan Ariffahmi dan Nik Amalina.

Masuk angin keluar asap. Masuk telinga kiri keluar ikut telinga kanan. Mencurahkan air didaun keladi. Bikin tak serupa cakap.

Nampaknya, sesudah dinasihati oleh orang dalam dan di luar parti, kasih sayang Nik Aziz kepada Ariffahmi suami kepada Nik Amalina Nik Abd Aziz mengatasi prinsip perjuangan demokrasi apatah lagi prinsip yang kononnya PAS perjuangkan.

Kalau dulu mereka melaungkan UMNO mengamalkan kronisme, kini mereka terpaksa menjilat kata-kata itu. Dalam parti pembangkang juga dipenuhi dengan anak beranak pemimpin.

Bagi menghalalkan perlantikkan menantunya dalam PMBK, Nik Aziz seperti biasa akan menyamakan tindakan dengan Rasulullah. Apabila terkena batang hidung sendiri, maka akan ada saja persamaan tindakan PAS dengan perjuangan Rasulullah. Seolah Islam itu PAS, PAS itu Islam dan mereka adalah golongan yang wajib disokong untuk meraih pahala serta syurga sekalipun.

Mana-mana Blogger pembangkang yang cuba menegur akan dituduh dibayar oleh UMNO untuk buat pendedahan. Adakah jawatan Mursyidul Am itu kebal lagi maksum ?

Sudah pasti 2010 akan membuka tirai dengan bahan jenaka Ariffahmi, Nik Aziz, Nik Amalina, demokrasi dan Islam ala PAS.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.