Monday, June 21, 2010

Tiba Masa Serang Balas Pembangkang



BAGAN DATOH, 20 Jun – Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mahu seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bangkit menyerang balas pembohongan pembangkang.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya untuk menyerang balas kerana seperti permainan bola sepak Piala Dunia, UMNO dan BN tidak boleh bertahan semata-mata, akhirnya benteng pertahanan ‘bocor’ juga.

Beliau menegaskan, pakatan pembangkang memang pandai berbohong dan putar alam bagi mempengaruhi rakyat supaya memandang buruk kepada UMNO dan BN.

“Pihak satu lagi (pembangkang) memang pakar pusing cerita, hanya 10% ceritanya betul, malah kadang kala 2% saja ceritanya, tetapi dihebahkan seolah-olah cerita itu besar.

“Mereka (pembangkang) gunakan permainan persepsi untuk kepentingan politik mereka, bukan kerana UMNO tidak baik, bukan kerana BN tidak baik, bukan UMNO dan BN tidak banyak berjasa kepada negara, tetapi memburukkan persepsi adalah mainan politik mereka.

“Suasana politik kini berbeza, janganlah guna cara lama, orang lain guna cyberspace, kita kena buktikan kita lebih cekap daripada mereka kerana kita benar,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan UMNO Bahagian Bagan Datoh, di sini, hari ini.

UMNO Online

.........................................................................

Cerita pembangkang mengenai lawatan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Teluk Intan di - misabah.blogspot.com/

" 20hb ini PM Dato' Seri Najib akan turun ke Bagan Datoh. Kunjungan ke Bagan Datoh tiada siapa yang menghalang, itu tugas beliau sebagai PM Menteri Malaysia. Rakyat Bagan Datoh sentiasa mengalu-alukannya.

Masalahnya apa kena mengena dengan lawatan kerjanya ke Bagan Datoh dengan peniaga-peniaga di Pasar Pekan Bagan Datoh yang itulah kerja sehari-harian mencari rezeki? Mengapa ada arahan dari Majlis Perbandaran Teluk Intan mengarahkan supaya pada 19 dan 20hb Jun ini para peniaga menutup gerai-gerai ikan dan sayur mereka sempena lawatan PM ke Bagan Datoh.

Semata-mata meraikan PM pintu rezeki mereka pula ditutup. Inilah UMNO BN yang lebih mengutamakan pemimpin dari rakyat jelata. Di mana perginya slogan "Rakyat didahulukan..............". Cacatkah program menyambut Najib di Bagan Datoh hanya kerana para peniaga tetap meneruskan perniagaannya? Yang jelas para peniaga yang terjejas pendapatannya gara-gara Najib melawat Bagan Datoh.

Semua para peniaga kesal dan membantah arahan menutup Pasar Pekan Bagan Datoh selama dua hari oleh MPTI sempena lawatan Najib ke Bagan Datoh. Orang ramai yang setiap hari membeli ikan dan sayur juga kesal di atas arahan ini. "

2 comments:

  1. memang patut umno bangun menentang..jangan hanya berdiam diri macam ayam betina.bahagian penerangan umno harus bekerja keras menangkis dakyah pembangkang..jangan harapkan blogger pro kerajaan semata mata.

    ReplyDelete
  2. Dgn kemudahan yg ada, UMNO sepatutnya lebih pantas menangkis isu2 yg berunsur fitnah dari pembangkang.

    Blog2 pembangkang bermaharajalela mengusutkan keadaan, kita masih mahu rela dan terima seadanya. Dalam masa yg sama, pengundi2 baru dan atas pagar disuapkan dgn cerita2 yg separuh benar yg akhirnya diterima benar apabila tidak ditangkis dgn baik.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.