Monday, June 28, 2010

Sabah Catat Anggota UMNO Teramai


SEMPORNA 27 Jun - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, parti itu kini mempunyai 3,159,484 anggota di seluruh negara dan Sabah mencatatkan keanggotaan paling ramai dengan 449,805 orang.

Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, senarai baru itu yang telah melalui proses pembersihan juga menunjukkan Johor berada di tempat kedua dengan 428,663 anggota, diikuti Selangor (414,142).

"Selepas proses pembersihan, kita telah mengeluarkan daripada senarai hampir 300,000 orang termasuk yang telah meninggal dunia dan tidak dapat dikesan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Semporna di sini hari ini.

Beliau berkata, UMNO sedang menjejaki anggota yang gagal dikesan bagi mendaftarkan semula mereka dan usaha itu harus dibantu cawangan dan bahagian di seluruh negara.

UMNO juga menerima sambutan menggalakkan daripada masyarakat yang berminat menyertai parti itu dan pada bulan ini sahaja hampir 2,000 orang didaftarkan sama ada menerusi talian atau cawangan, katanya.

Keanggotaan tertinggi adalah menerusi sayap Pemuda UMNO, kata beliau.

Terdahulu, semasa berucap Mohd. Shafie meminta anggota UMNO di bahagian itu agar terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bukan sahaja melaksanakan transformasi dalam kerajaan tetapi juga dalam parti.

Beliau berkata, kepimpinan UMNO pada masa kini lebih bersikap terbuka dalam mendengar pandangan dan teguran sama ada daripada anggotanya atau golongan lain demi perpaduan dan keutuhan parti. - BERNAMA

1 comment:

  1. Fakta yang menggerunkan : Nisbah Pengundi Melayu 1 : 40 bukan melayu.

    Apa yang UMNO buat? Apa yang UMNO buat? Apa yang UMNO buat?

    Tolong la sedar UMNO oi. Jangan sampai dah hilang semua baru nak tunjuk hebat.

    Jgn la cari KP yang hanya pandai bertengkar dengan Ibrahim Ali je....

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.