Tuesday, May 25, 2010

Lesen Judi....Apa Dah Jadi ?!

Dr Novandri Hasan Basri

Tidak ada baiknya judi ini. Dan tidak ada paksaan daripada sebarang kelompok masyarakat yang memaksa atau menggesa kerajaan Malaysia supaya meluluskan lesen judi Piala Dunia 2010. Tidak ada sesiapa pun!

Setakat ini penulis tidak pernah mendengar keluhan atau pun rungutan daripada masyarakat terutamanya bukan Islam sehinggakan kerajaan terpaksa tunduk dan mengikut kata-kata masyarakat di dalam hal judi Piala Dunia 2010.

Yang kita faham ialah tahu-tahu sahaja lesen judi akan diluluskan dan that's it! Tidak ada angin atau puting beliung sehinggakan kerajaan terpaksa meluluskan satu isu yang pasti akan menimbulkan persepsi negatif dan 'peluru politik' kepada parti pembangkang.

Tentunya kita akan faham dengan tindakan kerajaan jika ramai pihak yang menggesa kerajaan meluluskan lesen judi tersebut tetapi tidak ada pun!

Alasan untuk membendung judi haram tidak kukuh dan boleh diputar-belitkan dengan senang sahaja tanpa peluh dan otak yang bergeliga.

Judi haram yang cuba dibendung kerana wang daripada judi tersebut akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti haram dan underworld merupakan satu alasan yang subjektif dan boleh dipertikaikan.

Penulis sangat skeptikal dengan alasan tersebut kerana organisasi haram yang mengelolakan judi haram itu pastinya tidak akan mengundurkan diri dan mengaku kalah.

Mereka pastinya akan mewujudkan insentif dan lain-lain tawaran yang sangat menarik tidak akan dapat diketepikan begitu sahaja oleh penjdui tegar.

Dalam masa yang sama, kelompok penjudi akan bertambah besar dengan wujudnya sistem judi yang 'halal'. Jika dahulu mereka takut dan was-was untuk berjudi tapi sekarang telah terbuka jalan untuk mereka mencuba nasib.

Tatkala itu, beberapa kemungkinan akan berlaku :-

1. Mereka mungkin akan menggunakan wang keperluan seharian untuk menampung judi mereka.

2. Mereka mungkin akan menambah taruhan mereka dengan meminjam wang daripada keluarga.

3. Yang lebih berbahaya ialah ramai yang akan meminjam wang daripada Ah Long dengan impian mereka akan untung dan berjaya.
DAN jika Ah Long tidak dapat lagi dibenteras sehingga ke hari ini dan nombor telefon mereka senang di dapati di tempat-tempat umum, apakah kerajaan boleh memastikan bahawa tidak akan berlaku peningkatan kepada isu meminjam daripada Ah Long ketika musim Piala Dunia ini?

Berkemungkinan besar akan berlaku peningkatan Ah Long di sepanjang musim Piala Dunia ini untuk menampung lebih ramai penjudi-penjudi yang sudah mempunyai jalan sama ada 'diluluskan' atau yang 'haram'


Realitinya, organisasi haram yang terlibat di dalam judi Piala Dunia tidak akan berganjak daripada terlibat di dalam sistem judi ketika piala Dunia nanti kerana ianya merupakan satu bisnes yang mudah, lucrative dan melibatkan keuntungan berjuta ringgit. Begitu juga dengan Ah Long.

Nak bagi tahu kepada mereka itu, "Tak payahlah buat bisnes judi haram yang boleh untung berjuta-juta ringgit!". Logik tak??

Lagi pun, sudah banyak portal-portal antarabangsa yang menyediakan judi on-line untuk sesiapa yang mahu menghabiskan wang mereka dengan bodoh.

Tentunya kita memerlukan stastistik mengenai perbandingan di antara 'tiada lesen judi' dengan 'ada lesen judi'. Statistik tersebut mungkin akan mengambil masa untuk dikumpulkan dan dibahaskan.

Makanya, cara yang afdhal ialah untuk mengikut apa yang telah termaktub di dalam ajaran agama masing-masing. Maksudnya :- No to lesen judi Piala Dunia 2010!


Sudah tentu tindakan kerajaan untuk membatalkan lesen itu tidak ada kena mengena dengan demonstrasi dan segala aktiviti yang dilakukan oleh parti pembangkang kerana parti itu sendiri tidak dapat berbuat apa-apa kepada negeri yang diperintah oleh mereka dan rakan-rakan politik mereka. Parti PAS sendiri gagal untuk membatalkan lesen premis judi dan arak di negeri yang ditadbir oleh mereka.

Makanya, ketepikan sahaja lakonan parti pembangkang terutamanya parti PAS yang sentiasa mengambil peluang kepada sebarang isu sedangkan isu sosial di negeri yang ditadbir mereka belum lagi diselesaikan.

Tindakan kerajaan itu adalah berdasarkan kepada kemahuan rakyat Malaysia.

......................................................................

Memo Pemuda Seputeh

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.