Thursday, April 28, 2011

Tahniah Dan Syabas Melayu PAS

Tahniah dan syabas kepada barisan kepimpinan PAS kerana memudahkan usaha UMNO untuk menyatu padukan orang melayu dengan kembali menyokong perjuangan murni UMNO. Orang melayu sudah kembali menyokong perjuangan UMNO walaupun melayu tegar PAS masih berdolak dalik.

Tindakan kepimpinan PAS yang rela hati untuk diperbodohkan dan menjadi korban dalam Pakatan sememangnnya memalukan. Akhirnya melayu semakin sedar wajah sebenar PAS yang dulunya dicanangkan parti yang kononnya menegakkan Hukum Allah.

Mereka yang dulunya terlampau fanatik dan sensitif dengan perjuangan islam kini tersungkur di kaki DAP dan Anvar. Tembelang DAP dan PKR pula semakin nyata dan PAS terperangkap didalam lubang biawak. Ditelan mati emak, diluah mati bapa.

Dengan izin Allah jua, PAS kini terpaksa mendukung biawak hidup dan menanggung malu. Mereka masih menunggu ketetapan takdir yang mengikut selera perut mereka. Tidak pula mereka bermuhasabah, mungkin apa yang sedang berlaku kini adalah ketetentuan Allah. Adakah mereka berharap sangat solat-solat hajat yang mereka buat perlu terjadi keburukan kepada UMNO ?

PPUBT yakin masih ada melayu yang waras dalam PAS yang jauh dilubuk hati mereka sedar betapa PAS menyimpang jauh perjuangan yang sebenarnya adalah retorik semata. Marilah bersama UMNO berjuang demi agama,bangsa dan tanah air tercinta serta mengeratkan silaturahim umat melayu di Malaysia.

Tinggalkan PAS dan biarkanlah PAS berkubur seperti mana parti serpihan yang hanya merugikan agama dan bangsa. Melayu dalam PKR hanya melukut dan telah ramai yang kembali kepada UMNO.

Orang melayu perlu bersatu padu untuk menyanggah pembangkang yang tak sedar diuntung, tidak kira dalam BN mahupun Pakatan.

Kepada orang melayu PAS,PKR dan atas pagar yang telah sedar pentingnya perpaduan melayu,tahniah dan syabas.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.