Friday, December 31, 2010

2011 Tahun Menguburkan Pakatan Rabak



Sejarah telah membuktikan, gabungan parti-parti untuk menjatuhkan Barisan Nasional akhirnya terkubur begitu saja. Matlamat penggabungan hanya untuk pilihan raya tanpa ada kesepakatan dari peringkat awal hanya mengundang masalah.

Idea mewujudkan gabungan antara parti seperti BN bermula dari akhir akhir tahun 80 an lagi. Bermula dengan pengharaman UMNO dan wujud parti serpihan Semangat 46. Usaha yang dipelopori oleh parti Semangat 46 untuk menyatukan PAS,DAP juga parti lain maka wujudlah Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah. Tapi nyata ianya tak mampu bertahan lama kerana parti-parti yang bergabung jelas mempunyai ideologi politik yang berbeza.

Anwar sedar hanya dengan kerjasama atau lebih tepat agenda kuda-memperkudakan antara satu sama lain adalah lebih berkesan untuk mengugat kestabilan BN. PAS dan DAP pada awalnya memang sukar untuk bekerjasama dengan sendirinya, maka parti KeAdilan menjadi orang tengah untuk mewujudkan gabungan baru parti pembangkang. Bermula dengan Barisan Alternatif kemudiannya Barisan Rakyat dan kini Pakatan Rakyat.

Sepatutnya penyokong pembangkang meluangkan sedikit masa untuk mengkaji dan berfikir, walau apapun nama gabungan yang diberikan, mereka ini masih tidak mampu untuk bersatu dari segi lambang seperti Barisan Nasional.

PKR,DAP dan PAS masih menggunakan lambang masing-masing dalam PRU mahu pun PRK. Kenapa mereka masih tidak berdaftar dan menggunakan lambang PR yang telah dilancarkan baru-baru ini ?

Rakyat boleh menilai tingkah laku dan pembohongan pemimpin pembangkang. Mereka sebenarnya tidak mampu bersatu dalam ertikata yang sebenar. Bila tiba masa, gabungan pembangkang yang seolah gunung berapi itu akhirnya akan meletus juga akhirnya. Kalau ahli sendiri pun dah meluat inikan pula rakyat Malaysia. Insya Allah 2011 kita akan lihat Pakatan Retak dan Rabak pembangkang ini akan tersungkur dan terkubur.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.