Thursday, August 13, 2009

Bila Nik Aziz Bermadah

Kenyataan terbaru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ‘tak kisah’ sesetengah pemimpin DAP hina Islam atas alasan tidak faham mengenai agama itu sebenarnya tidak selari dengan pendirian beliau dan parti PAS dalam soal penghinaan terhadap Islam.

Semasa isu karikatur Nabi Muhammad s.a.w. disiarkan oleh sebuah akhbar Denmark, Nik Aziz turut sama dalam perhimpunan bantahan yang dianjur oleh Pemuda PAS Kelantan di Kota Bharu pada 17 Februari 2006.

Kenapa pada masa itu Nik Aziz tidak kata “tak apa sebab orang Denmark yang Kristian tidak faham Islam”.

Selain itu Ketua Pemuda PAS ketika itu Salahuddin Ayub turut membawa usul ke Dewan Rakyat pada 14 Mac 2006 bagi membantah penyiaran karikatur berkenaan. - Agendadaily

Berikut adalah laporan Bernama mengenai perhimpunan yang turut dihadiri Nik Aziz tersebut:

KOTA BHARU 17 Feb. 2006 - Kira-kira 3,000 orang menghadiri perhimpunan aman di pekarangan Pejabat Pas di sini hari ini bagi membantah tindakan akhbar Denmark, Jyllands Posten menyiarkan karikatur Nabi Muhammad s.a.w.

Perhimpunan anjuran Dewan Pemuda Pas Kelantan itu disertai Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub.

Perhimpunan itu dimulakan sebaik sahaja Nik Abdul Aziz selesai menyampaikan kuliah mingguannya yang turut menyaksikan pembakaran patung Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush.

Pelbagai sepanduk dikibarkan pada perhimpunan itu yang antara lain mengutuk tindakan penyiaran karikatur itu dan menggesa umat Islam memboikot barangan buatan Denmark.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Zaki Ibrahim berkata, perhimpunan aman itu bertujuan memberi kesedaran kepada umat Islam di negeri ini supaya menentang mana-mana pihak yang cuba menghina agama Islam.

``Pemuda Pas Kelantan menyokong keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggantung permit akhbar Sarawak Tribune pada 9 Februari lalu, kerana menyiarkan semula karikatur itu dan kami berpendapat kebebasan akhbar juga ada batasannya'', katanya kepada pemberita selepas perhimpunan itu. - Bernama














.....................................................................................
Ulasan*
Terlalu banyak komen-komen Nik Aziz yang sebenarnya memeningkan orang pas sendiri. Seperti biasa,pengikut-pengikut totok pas lebih rela menelan lidah mereka untuk menyanggah Morsyidol mereka itu. Alhamdulillah, pengikut dan pemimpin UMNO bukanlah jenis angguk-angguk sahaja. Buktinya, UMNO kini mempunyai Perdana Menteri yang baru. Pemimpin datang dan pergi, platform perjuanganlah yang perlu disokong selagi ianya memperjuangkan agama,bangsa dan tanahair.

5 comments:

  1. Salam,

    Semoga umat Melayu dapat pertunjuk dari Allah akan kemungkaran PAS untuk memusnahkan bangsa dan agama.....

    ReplyDelete
  2. salam, kalau ikutkan logik akal... yang tak belajor sekolah agama pun boleh memberi pendapat tentang tindakan yang di lakukan oleh TGNA. Betul, DAP bukan islam.. tetapi, TGNA boleh meminta jasa baik DAP supaya DAP tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menyebabkan agama kita dipermainkan.. dan TGNA perlu memesan kepada pemimpin-pemimpin DAP supaya kalau tak tahu pasal agama islam, jangan cakap pasal islam,jangan sentuh pasal islam, pergi belajar dulu, belajar dengan TGNA. Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Sesuatu perkara yang benar kita memperkatakan tentang seseorang itu dinamakan mengaibkan individu tersebut dan sesuatu perkara yang tidak benar kita memperkatakan tentang individu tersebut dinamakan fitnah.Kedua-duanya berdosa besar. Tolong beritahu saya di dalam agama islam,dimanakah kita dibolehkan melakukan kedua-dua perkara seperti yang di atas,pada masa yang sama kita menyeru orang ramai menyokong kita..Nauzubillah...

    ReplyDelete
  4. Saya cabar organisasi Pemuda UMNO Tapah untuk menyediakan kumpulan imam pelapis bagi meneraju Masjid dan surau-surau di peringkat cawangan..Saya dah muak dengan santapan berbentuk duniawi ni..

    ReplyDelete
  5. Kita atau organisasi kita terlalu kecil untuk memperkatakan perihal manusia yang seperti yang dinyatakan dalam artikel KP..Eloklah sekiranya kita memperkatakan atau membincangkan halatuju organisasi kita..agak tidak keterlaluan kalau dikatakan macam langit dengan bumi..Dan artikel yang dihidangkan boleh didapati di blog-blog yang telah lama bertapak di Malaysia..Sekian Terima Kasih

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.