Sunday, April 25, 2010

Undi Melayu Dan India Kembali Bersatu



Tahniah untuk P.Kamalanathan dan BN dengan majoriti 1725 telah berjaya merampas semula Hulu Selangor.

Bermula PRK di Bukit Gantang, undi melayu sudah mula menunjukkan telah kembali kepada UMNO. Alhamdulillah, Hulu Selangor pula memperlihatkan lebih jelas bukan sahaja orang melayu, malahan orang india juga telah mula kembali kepada BN.

Ramalan dan analisis PKR akan menang oleh satu syarikat yang kononnya non-profit nyata meleset. Sudah tentu belanja telah banyak dihabiskan oleh pembangkang untuk pengkaji dan penganalisis tersebut yang sebenarnya lebih berbentuk psywar.

Dalam seminggu dua ini, sudah tentu akan ada riuh rendah dari kem pembangkang untuk memberikan 1001 alasan kenapa mereka kalah. Diantara alasannya sudah pasti pengundi hantu, SPR tak telus, polis tidak adil, dan macam-macam lagi.

Nasihat PPUBT untuk pengikut muda PKR, orang-orang yang lebih lama berjuang dalam PKR dari zaman KEADILAN dan amat rapat derngan Anvar Ibraim pun telah satu persatu meninggalkan Anvar...adakah anda yang baru setahun jagung mengenal dunia politik lebih arif tentang Anvar dan PKR ?!

1 comment:

  1. Disyorkan pihak UMNO menjemput En Saiful 013-365 5715 yang sedang menjelajah secara sukarela ke seluruh negara untuk menjelaskan kedududukan BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Beliau tidak mengharapkan sebarang bayaran dan apa yang dilakukan ialah bersifat fisabilillah

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.