Sunday, April 25, 2010

Risalah Palsu, Fitnah, Hasutan Perkauman Banjiri Hulu Selangor


BUKIT BERUNTUNG (Hulu Selangor), 24 April – Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor yang memasuki fasa terakhir hari ini tercemar berikutan tindakan terdesak pembangkang untuk mendapat sokongan hinggakan sanggup menabur fitnah dan melemparkan tuduhan palsu kepada Barisan Nasional dan UMNO.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar tindakan sedemikian dan mengganggapnya ia sebagai tindakan terdesak menjelang hari mengundi, esok.

“Sememangnya ini bukanlah kali pertama berlaku apabila menjelangnya pilihan raya, malahan tindakan yang sering memburuk-burukkan BN dan calon termasuklah isteri calon sendiri adalah sesuatu yang terdesak,” katanya.

Dalam sidang media yang diadakan di Pusat Operasi BN di sini, beliau turut menunjukkan pelbagai risalah berbaur fitnah, dan perkauman termasuk menggunakan UMNO sebagai kononnya dalang dalam hal ini.

“Yang jelas mereka menggunakan sentimen perkauman sebagai taktik untuk mengelirukan pengundi dan mengalihkan perhatian penyokong-penyokong BN dengan harapan BN akan tewas.”

Katanya, perlu difahami, sebagai sebuah parti yang mengamalkan perkongsian kuasa, UMNO bersama BN tidak perlu melaksanakan tindakan dangkal sedemikian kerana tentunya, fokus utama BN adalah kesinambungan pembangunan, pentadbiran dan kemajuan berpanjangan untuk keselesaan dan kesejahteraan masyarakat keseluruhannya.

“Sesungguhnya, tindakan sedemikian adalah sesuatu yang tidak bermoral kerana sanggup menggunakan ‘jalan pintas’ bagi mendapatkan sokongan daripada penduduk tempatan,” tegasnya.

Sumber - huluselangor.com.my

1 comment:

  1. Biasa lah bro fitnah hasad dengki itu semua permainan syaitan ,kita harus menegakkan yg benar insha ALLAH pasti BN akan berjaya
    walid

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.